“Ibu Bell Ngasri Menangis” Bell Ngasri tak tahan sebak cerita keadaan ibu

Pelakon Bell Ngasri memberitahu ibunya menangis apabila dirinya diumum sebagai calon Top 5 bagi kategori Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular.

 

Memetik Kosmo, Bell berkata ibunya, Habibah Jaafar menitiskan air mata mungkin kerana terharu melihat anaknya akhirnya tercalon.
Reaksi ahli keluarga bila dapat tahu saya tercalon, memang seronok. Bagi mereka, akhirnya ada satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam keluarga.

 

“Beberapa hari ini, entah kenapa mak saya sedih sangat. Mungkin terharu melihat anak yang dia sendiri bawa masuk dalam industri sejak kecil akhirnya tercalon. Namun saya pesan kepadanya, ‘buat biasa sudahlah’,” katanya.
Dalam pada itu, Bell mengakui terkejut dengan sokongan diberikan peminat serta meluahkan rasa syukur dengan kasih sayang daripada mereka.

“Alhamdulillah, entah macam mana ramai yang menyokong saya. Kalau boleh nak jumpa dengan semua yang membuatkan saya berjaya tersenarai sebagai finalis. Satu sahaja harapan saya, kalau boleh tidak mahu terlalu dibuai dengan mimpi.
“Saya tak mahu piala atau anugerah lain pun. Sokongan dan kasih sayang peminat seperti sekarang pun sudah cukup buat saya bersyukur,” katanya.
Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *