Selepas gagal dalam tiga perkahwinan, bekas suami kepada selebriti Erra Fazira, Laudya Cythia Bellu dan usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran berhasrat untuk mencari calon isteri berasal dari Korea Selatan.
Engku secara berselorah meluahkan hasrat itu ketika membalas komen daripada penyanyi
Alif Satar yang memujinya kelihatan bergaya seperti oppa (lelaki Korea)
Komen itu dibalas menerusi perkongsiannya mengenai pengalaman dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lalu di Instagram.
“Nak cari isteri Korea pula lepas ni bro. Oleh kerana saya tidak faham wanita mungkin memahami wanita mungkin tidak faham dengan apa yang mereka katakan sepenuhnya.” tulis Engku
Bagaimanapun Alif turut menganggap apa yang dibalas Engku itu sekadar gurauan antara mereka sahaja.
Untuk info, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira dan berceral tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan laitu Engku Aleesya.
Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira dan berceral tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan laitu Engku Aleesya,
Engku kemudian berkahwin dengan selebriti Indonesia iaitu Laudya Cythia Bella pada September 2017 namun bercerai pada Julai 2020.
Selepas itu, Engku bertemu jodoh dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai pada September lalu.
Sumber : gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.