Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan kandungan sudah mencecah 10 minggu.
Perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram, semasa Nurul Shuhada hadir ke mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai isteri.
“Semalam, waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak, ibu tak mampu tahan hati ibu.
“Air mata mengalir tak henti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu,” kongsinya.
Ibu dua anak itu memaklumkan, dirinya sangat memerlukan kekuatan dari orang sekeliling, ditambah pula dengan proses mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapinya sekarang.
“Ibu akan usaha sepenuh hati, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baharu kepada sis dan Umar,” katanya.
Lebih membimbangkan, katanya, usia kandungan masih terlalu awal yang menyebabkan dia tidak boleh mengambil ubat hospital untuk mengurangkan tekanan.
“Ibu takut bagi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” luahnya.
Sumber : utusan
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.