“Harap Kak Long menyepi terus tapi” tuIar vdeo g0yang d4da pula, akaun FBKak Long 7E dah kena b4nned!

Meskipun sudah dua minggu berlalu, nama ‘Kak Long 7E’ masih menjadi perbualan ramai sehingga hari ini apabila ada sahaja tindakannya yang mengundang rasa kurang senang oleh masyarakat sekeliling.

Terbaru, tular satu rakaman video memaparkan seorang individu mirip Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura melakukan aksi dianggap tldak sen0noh secara siaran langsung di laman Facebook.

Video itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, KJ Nilam memperlihatkan Kak Long tanpa segan silu beberapa kali menggoyangkan bahagian dadanya sambil bercakap dalam loghat Terengganu di dalam kereta.

Rakaman berdurasi 42 saat tersebut turut kelihatan seorang wanita dipercayai ibunya berada di tempat duduk belakang dan anaknya yang berada di sisi seolah-olah tidak menghiraukan aksi wanita berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh siaran langsung video berkenaan sebelum tiba-tiba tular sehingga mendapat sebanyak 194 perkongsian dan 548 komen dalam kalangan netizen.

Sementara itu, seorang pengguna laman Twltter Mulut_Cabai mendkwa akaun Facebook milik ibu kepada dua cahaya mata itu sudah disekat kemungkinan hasil ‘report’ pengguna media sosial. Hasil korang repot, FB dah kena banned.

“Tapi, korang makl dia macam mana sekali pun, tkda kesan. Yang pasti hasil korang report tu berjaya. Bagus. teruskan. Jangan ada lagi yang jemput masuk TV dah la,” tulis Mulut_Cabai.

Hasil pemerhatian mendapati dua Facebook digunakan Kak Long sebelum ini sudah tiada di ruangan carian, namun terdapat satu lagi akaun bernama Wan Noor Baizura didakwa netizen milik suaminya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen pada salah satu di akaun terbabit yang bertanya sekiranya semua akaun Facebook Kak Long sudah ‘terbenam’ selain berharap orang ramai tidak lagi mengikuti sebarang sosial media wanita tersebut.

Harap takde dah netizen ‘follow’

FB dia dah takde kan?

Selain memarahi pekerja 7 Elevan dan KFC, Kak Long juga terpalit k0ntroversi melakukan aksi badan dan memek seolah-olah mempersendkan golongan Orang KurangUpaya (0KU) menerusi satu video tular baru-baru ini.

Terdahulu, VIDEO tular memperlihatkan aksi Kak Long berlakon gaya tempang dan herot seperti orang kelainan upaya (OKU) terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Aksi spontan Kak Long atau Wan Nor Baizura itu dilihat seolah-olah mempermainkan golongan OKU dan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling.

Tampil mewakili suara OKU di Malaysia, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyelar tindakan keji yang dilakukan oleh usahawan berasal daripada Terengganu itu.

“Hangat di media sosial perbuatan keji seorang wanita yang telah mempersendakan komuniti OKU di Malaysia. Kami OKU amat kecewa dan marah dengan tindakan sesetengah individu yang sentiasa melakukan perbuatan seperti ini.

Ras Adiba kongsi luahan rasa kurang senang tindakan Kak Long menerusi Instagram.

“Saya menyeru agar individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada beliau dan orang lain. Berlakon seperti OKU bukan modal untuk membuat kandungan (content) dan menjadi terkenal di media sosial.

“Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari semua akan menjadi OKU,” katanya pada Khamis.

Kita perlu pastikan bahawa menghina OKU bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkongsi luahan kesalnya itu menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata penghinaan terhadap OKU ini dilihat kerap berlaku dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana kelemahan undang-undang sedia ada.

“Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebekalangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU yang kerap berlaku. Penguatkuasaan AKTA OKU 2008 yang rapuh dan lemah telah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU.

“Sudah hampir tiga tahun sejak mengumumkan cadangan pindaan Akta OKU 2008 tetapi sehingga saat ini pindaan akta ini tidak dibentangkan di Parlimen Malaysia.

“Saya menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan melalui penguatkuasaan undang-undang,” ujarnya.

Sementara itu, Ras Adiba turut menyeru persatuan OKU untuk segera membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak melakukan penghinaan atau mempersendakan komuniti mereka.

“Saya menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU di luar sana untuk melakukan laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang- undang.

“Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman yang lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.

“Kita perlu pastikan bahawa menghina OKU bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU. Kami mempunyai perasaan, kehendak dan maruah. Jadi ini mesti dihentikan,” katanya.

Kak Long masej minta maaf

Sebelum ini, nama Kak Long menjadi sebutan netizen di laman sosial selepas tular video amukan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC.

Pada Isnin lalu, wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.

Belum pun reda isu berkenaan, dia sekali lagi dikecam kerana melakonkan gaya tempang dan herot seperti OKU.

Sebelum ini juga ramai yang minta pekerja pekerja 7 Eleven yang telah menahan sabar dengan karenah Kak Long diketengahkan.

Ramai yang simpati dengan pekerja tersebut kerana mereka yang diuji tetapi orang lain yang dapat nama.

Tetapi kadang kadang ada hikmahnya, hari ini seorang individu bernama Mohd Asri Jusoh telah memuat naik satu posting di Facebook beliau dimana telah pergi ke 7 Eleven tempat kejadian.

Datang dengan niat untuk ‘belanja’ 2 pekerja 7 Eleven tersebut. Ini kenyataan dari beliau/

“Done belanja lunch McD pada staff 7Eleven Paka harini. Melunaskan janji dua hari lepas. Ada warga Twitter yang menyumbang ni. Staff yang terlibat (Ira dan Faza) cuti harini tapi anak Manager 7E (dalam gambar) beritahu tadi nanti akan ajak makan sekali.

Mereka mereka ini yang sepatutnya kita raikan, yang kita sambut, yang kita jemput ke program di TV.

Cerita pahlawan tak didendang ini yang patut kita dengar dan teladani. Jika kita di tempat mereka, kita pun mungkin tak sekuat mereka. Mereka ucap thank you pada warga Twitter atas keprihatinan”

Sumber : Kosm0 / trendingsangat / IayanduIu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *