MASIH aktif menerima tawaran, pelakon veteran Hamidah Wahab, 65, belum melihat dirinya akan berundur dari dunia seni lakonan dalam masa terdekat.
Sebagai seorang pelakon berpengalaman, dia cukup faham ragam dunia seni dan tahu bila masanya yang sesuai untuk menamatkan kerjaya lakonan.
“Waktu muda saya pernah menjadi model, ketika itu saya tahu bila nak berhenti. Sebelum orang halau lebih baik perlahan-lahan tarik diri.
“Dalam dunia lakonan juga sama. Sentiasa bersedia sebab kita semakin tua.

Hamidah akan perlahankan kerjaya seni apabila tiba masanya
“Terima apa yang akan berlaku dan dorongkan diri saya ke arah yang lebih baik,” ujarnya kepada mStar.
Pelakon Tanah Kubur ini ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran restoran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur pada Isnin.
Hamidah turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir golongan muda dalam bidang seni ini yang tidak menghargai bakat lama sepertinya.
Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi
HAMIDAH WAHAB
PELAKON
Dia sendiri pernah berhadapan dengan situasi apabila tidak dikenali pelakon baharu.
Bukan minta disanjung, namun baginya cukup ada rasa hormat terhadap artis veteran yang lama mencipta nama.
“Mungkin dia tidak kenal kerana saya mula aktif berlakon ketika dia belum lahir. Apabila saya datang set dia hanya tengok sahaja sehinggalah diperkenalkan.
Hamidah terkilan bayaran tidak setimpal.
“Jika tidak diperkenalkan hanya sekadar bertegur hai sahaja.
“Saya biarkan sahaja. Bagi saya suatu hari nanti mereka betul-betul belajar apa makna seorang pelakon,” jelasnya.
Dalam masa Hamidah juga turut merasa terkilan soal bayaran artis lama yang dianggap tidak berpatutan.
“Bayaran kepada artis veteran tidak berbaloi berbanding pengalaman yang mereka ada.
“Sedih apabila orang baharu menerima bayaran lebih tinggi,” katanya.
Antara komen dari netzen
“Xtegok tanah kubur ke …dia kn ada berlakon
“Isteri Tok Adi ni.. tak pasal kena tan4m hidup2 nanti kalau tak kenal haa.. ank dia panas baran pulak tu…
“Saya minat sgt lakonan dia..kenapa la pula kan byaran tu sikit .sepatutnya lebih tinggi paling idak sama rata la..
“memamg terkenal dgn tahi lahi lalat atas hidung itu pemanis..tpi skrg dah x ada tetap anggun..dgn lakonan garangnya
“Kenal sangat2.. dia kan model S’pura masa dulu aku kecik2.. pernah terserempak masa dia jln2 kat Plaza S’pura..kenangan tu!
Sumber : m star / kakijaIan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.