“Hanya ada 10 peratus lelaki sempurna, itu pun susah jumpa nak buat calon suami” – Afifah Nasir

Belum merancang untuk berkahwin meskipun sudah mempunyai teman lelaki, pelakon Afifah Nasir mengakui cerewet memilih bakal pasangan hidup.

Jelas pemilik nama lengkap Nur Afifah Md. Nasir itu, dia mengimpikan jejaka berpakej lengkap yang tampan dan mempunyai ilmu agama tinggi sebagai calon suami namun sedar tidak ramai lelaki memiliki ciri sedemikian.

“Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil.

“Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.

“Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup sebab Allah kurniakan kepada saya lelaki sebegitu, tetapi hakikatnya hanya 10 peratus yang macam tu (ciri lelaki), susah nak jumpa,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Insta Story.

Dalam hantaran sama, aktres berusia 30 tahun itu turut berpesan kepada kaum Adam agar sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa menghargai golongan wanita.

“Apa yang boleh saya katakan, selamat berjaya untuk wanita di luar sana dalam mencari pasangan hidup.

“Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu,

“Hargai kami sebagai wanita. Tahu betapa tingginya nilai seorang perempuan. Anggap dan layan kami seperti permata maka insha-Allah kalian akan menemui wanita yang baik,” katanya panjang lebar.

Terdahulu, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu tampil mendedahkan wajah teman lelakinya yang bernama Syed Hariz menerusi sebuah perkongsian dalam TikTok baru-baru ini.

Enggan mengulas lanjut, Afifah seolah menyimpan kemas identiti dan latar belakang jejaka yang kini merajai hatinya. Dia juga belum sedia bercerita tentang perancangan menamatkan zaman bujang

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *