Connect with us

Keluarga

Hantaran bukan sikit keluarga dia minta, 15k tak masuk barang2 hantaran sebab mak aku sangat berkenan sangat2 dengan dia, masa kahwin tu mak aku yang sponsor barang2 hantaran

Published

on

Hantaran bukan sikit min15 ribu tak masuk barang2 hantaran sebab mak aku sangat berkenan sangat2 dengan dia, masa kawen tu mak aku yang sponsor barang2 hantaran

Asalamualaikum admin. nie fb kawan saya. Tolong hidekan ye. Hujung tahun lepas saya telah bernikah dengan janda anak 2 orangnya baik lemah lembut pandai uruskan rumah tangga pandai ambil hati orang tua serba serbi sempurna la.

Walaupun tak berniqab, dia pandai jaga penampilan sebagai wanita muslimah. Bertudung labuh dan tetap aurat dengan sempurna. dia handle bisnes yang dia sama2 buat dengan ex husband dia sebelum ex dia pergi menghadap illahi. Dia tak la kaya sangat tapi cukup untuk dia dan anak2 dia hidup selesa. aku pun ada bisnes sendiri yang boleh kata setaraf dengan bisnes dia..

Gambar hiasan

Tapi kan min, aku betul2 tak sangka kebaikan dia semua tu cuma lakonan je. Rupa2nya dia dah tak ada dare, dah tak suci dan semua tu terbongkar selepas malam pertama kami bersama.

Hantaran bukan sikit min15 ribu tak masuk barang2 hantaran sebab mak aku sangat berkenan sangat2 dengan dia, masa kawen tu mak aku yang sponsor barang2 hantaran dan barang kemas dia. Cincin, gelang dan rantai je dah lebih 13 ribu. Tak masuk lagi perfume dan jam tangan berjenama.

Bapak aku pulak sanggup nak sponser tiket untuk kami ke luar negara. Bukan kami berdua je tapi dengan pengasuh dan anak2 dia sekali

Aku buntu min nak berpisah aku takut nanti kalau mak bapak aku tidak boleh terima sebab mak bapak aku memang sayang sangat2 dengan dia min tatang dia macam minyak yang penuh anak2 dia pun mak bapak aku sayang sangat2 mcm cucu sendiri tapi aku tak sanggup min hidup dengan perempuan yang acah2 suci dan talam 2 muka macam tu.

Nampak baik. Tapi tak ade dare dan murahan. Aku stress min. Tolong aku min. Aku buntu. Tak tau nak buat apa. Sekarang aku rasa jiijik nak sentuh dia. Dia asyik nak mengo da aku. Apa perlu aku buat?

sumber : krt

Keluarga

Suaml sampai tudoh istri kolot gara2 istri menghalang suaml mandi dgn ank perempvan yang berumur 15 thn

Published

on

By

Anak-anak yang telah akil baligh atau telah mencapai usia 10 tahun, tidak boleh tidur bersama ibu atau bapa.

Hal ini demi menjaga kemaluan dan menjauhkan diri dari ftnah. SAYA seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak.

Anak perempuan (sulung) berusia 15 tahun, dibawahnya anak lelaki berusia 11 tahun dan anak bongsu lelaki berusia 7 tahun. Alhamdulillah anak-anak tak banyak karenah.

Cuma saya nak minta pendapat dari ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana. Perlu ke saya bataskan pergaulan anak dengan suami saya?

Begini ceritanya. Anak perempuan saya sangat rapat dengan ayahnya dan boleh dikatakan lebih kurang lima kali seminggu suami saya tidur dengan anak perempuannya.

Saya pernah menegur perbuatan suami bahawa adalah tidak elok buat begitu sebab anak perempuan kami sudah berusia 14 tahun, dah besar.

Tetapi suami tidak dapat menerima teguran itu dan menuduh saya berfikiran kolot serta negatif. Padahal saya langsung tidak berfikiran seperti itu.

Anak perempuan saya dah akil baligh dan badan dia dah menyamai remaja perempuan berusia 21 tahun ke atas.

Suami saya juga selalu mandi dengan anak perempuan saya, padahal dengan anak lelaki dia tak pernah mempelawa mereka untuk mandi bersama. Suami juga agak suka bergurau kasar. Contohnya seperti menampar punggung anak perempuan saya.

Setiap pagi saya bangun utuk kejutkan suami dan anak solat Subuh. Pagi itu saya rasa agak sedih apabila saya melihat suami tidur berpelukan dengan anak saya sambil tangannya di buah dada (maaf kalau agak tidak senonoh).

Saya terdiam seketika. Pagi itu saya ada beritahu suami tentang perkara itu. “Abang, lepas ni tak payah tidur dengan anak perempuan. Abang itu suami saya, ayah kepada anak-anak kita.

Tolong jangan main-main dengan agama, bang. Kita orang Islam ada batas-batas yang perlu kita ikut,” kata saya. Suami saya mengiakan sahaja. Allahurabbi. Apa yang perlu saya buat? Risau jika semakin lama, perkara ini merebak menjadi benda yang lain.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Antaranya lagi

Mengejutkan Bila 4 Pg Wanita Ini Ketuk Rumah Pengasuh Untuk Hntar Ank Dia. Bila Ckp Dah Tak Nak Jga Selamba Je Dia Tinggalkan Anknya Depan Pgar Rmah Pastu Terus Pecut Lari.

Saya seorg pengasuh. Saya jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pkul 4 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak orang ni macamana penatnya.

Terima kasih Min sebab siarkan. Saya sudahpun berkahwin dan anak 3 orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni.

Saya tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sebab tujuan saya bekerja pun memang perlu duit, tapi kebanyakan mereka ini,da la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat2 lupa yang bulan lepas tak bayar.

Memekik macam saya berkira duit. Tp pkul 4 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi amik anak boleh terlupa sampai pkul 9 malam baru nak amik. Setiap hari pula tu.

Ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat2 muka b0doh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga.

Bila kata saya da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pkul 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tgh sibuk layan budak2 makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari. Saya pun bukan jahat nak suh budak tu dok luar.

Tu belum lagi yang langsung xde bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila kol, selamba je suruh saya amik susu anak orang dan pampers anak orang. Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot.

Tak kan saya nak amik hak orang lain. Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak.

Ni apa nama mak bapak mcm ni? Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan.

Belum lagi kes yang amik anak pkul 9-10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap,

baru datang buat muka bodh ambik anak yang menunggu berjam-jam yang da tidur. Pastu hantar anak pagi buta pkul 4 pagi dengan baju yang sama saya pakaikan malam semalam dengan pampers bocor.

Tahu tak tekanan para pengasuh ni macamana? Ni baru kt rumah sendiri. Klo di taska, lebih teruk rasanya. Saya nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni.

Dengan anak-anak saya pun da jd macam pengasuh da sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan saya da bagitau awal-awal saya cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat. Saya tak kisah jika ber bayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis.

Jgn kata awak yang keje ofis penat jaga anak yang 2-3 orang, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan ofis. Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak abis sebab takut ada budak cederra kat luar tu macamana rasanya?

Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung. Kami manusia kot. Ada masa kami terpaksa naik suara juga. Berpada la.

Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yang nak anak awak sentiasa dibuai dan dibelai. Anak saya pun saya tak sempat nak belai.

Saya bukan minta banyak. Saya minta di layan seperti manusia. Bukan sebab saya tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri.

Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lg kami. Cuma xpernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pkul. Dan tahu rasanya jika orang pkul anak kita tanpa sebab.

Jgn kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika orang kata kat awak “lenakali berhenti jadi mak budak”

hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan? Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri.

Sebab saya tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave mcm ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat.

Kalo cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la.

Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu da untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.

Luahan pengasuh ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka. Marsha Amin Hamid –Kini saya fahm knpa ada je kes anak kena ckik mti oleh pengasuh.. Salmiza Che Mansor –rsnya lebih bagus sis buat wassap group..

dan apa2 info berkaitan anak asuhan  ibu bapa masukkan dalam group.. mention nama parent yang x bagi susu n pampers lambat ambik anak.. list kan jg nm2 orang yang lambat bayar upah bulanan.. lekatkan jadual pembayaran di depan pintu.. boleh tick siapa yang byr  x bayar.. semoga allah murahkan rezeki kpd sis atas ihsan kpd anak2 yang terabai

Miza Sanusi –Ambil budak tu, bawa ke balai, bgtau polis mak ayah tinggal depan rumah, tunjuk bukti Wasap cakap dh tanak jaga, tapi parents tetap hantar, semua benda kena hitam putih sekarang ni, jgn la baik sgt, ni kadang tgk ada pengasuh letak harga seikhlas hati, memang kena ambil kesempatan la.

Buat hitam putih semua kena bayar on time, kalau OT kena bayar, jangan ganggu sabtu ahad, suruh la suami yang cakap dengan parents tu, biar diorang takut sikit, sebab tu orang cakap baik berpada2, berbaloi ke nak bertahan sampai rumah tangga tunggang langgang..

Afiza Yahaya –Mak saya pun mengasuh budak jgk, macam2 ragam doq ada, ada jenih yang antar anak x reti bagi mandi walau jam dah tghari!! Ada yang antaq anak umur dah 5@6 tahun sedikit bekalan makan untuk anak pun x di sediakan, dah laa bayar gaji 250/budak kalau nak di kira mkn lg brapa pengasuh nak dpt!!

Faiza Sharmira –Kesiannya.. Sebab tu saya tak nak jadi pengasuh.. Rsiko tinggi.. Kak benti ja keje ni.. Stress tu bhya.. Jaga family sendiri dulu.. Buat bisnes lain.. Insayaaallah rezeki Allah luas.. Biar bgi pengajaran sikit Pd mak bapak yang x hargai anak lgsung tu.. Macam2 ragammm doq ada!! Tp ada yang bagus memang bagus bab makan anak selalu di bekalkan kdg anak x mkn pun, segelintir laa mak pak jenih cemehhh tu memang akan buat halai balai jaaa.

Dayangsitihasmah –Buat group BS dengan mak bapa yang hantar anak. Sebelum nak buat group tu. Sis buat karangan siap2. Siapa xbawa perpers n susu anak akan di denda 1 pempers rm2. Makin besar saiz pempers makin besar lain harga dia. Xbawa susu anak akan di denda juga.

Bayar lambat saya akan bagi denda 1 hari rm5 mak bapa kira lah ye berapa kali lambat bayar. Saya nak mak bapa xbawa susu pempers anak tu. Bayar pada hari itu juga. Jika tak bayar pada hari itu juga. Sila ambil anak anda di balai.

Misal ye. Tak ada perubahan kepada mak bapa ni.. Jika sis tahu mane mak bapa budak ni kerja. Ni hati kena keras. Hantar ke tpt krj dia. Kepada mak bapa yang buat2 lupa anak ni. Jangan lupa nye. Saya caj duit makan malam rm20 1 kepala. Saya akan up muka2 mak bapa ni dekat fb nanti. Biar kena tular.

Sumber : krt fan

Continue Reading

Keluarga

Jijikrasanya dimadukn dgn prempuan sama umur dengan ank sulong prempuan sendiri

Published

on

By

Sejak kawin hingga sekarang suami saya tak pernah tidur dirumah isteri baru dia yang sedang sarat mengandung walaupun semalam.

Assalamualaikum min tolong hidekn profile saya. Saya nak share dan minta pendapat kawan2 tentang masalah saya sekarang.. saya dah berkhawin 24 tahun, anak saya 3 orang yang sulong 23 tahun kedua 20 tahun dan bongsu 16 tahun.

Sejak mula kahwin suami saya memang kaki ar4k, disk0 dan kaki prempuan.. saya fikir satu hari dia akan berubah. Bila saya mengandung anak bongsu dia semakin teruk naik tangan bila saya tegur kepala saya pun pecah berjahit dia kerjakan. pukol jangan cakap laa.. depan anak-anak pun dia pukol tanpa rasa bersalah.

Saya lahirkn anak bongsu saya pun saya bawa bag keperluan saya bersalin dan bawa kereta sendiri ke hospital sebab dia taknak balik asyik bercinta dengan perempuan sama krusus dia hana. Saya sebar je dengan semua dugaan demi besarkn anak2 saya.

suami bawa saya dengan anak2 pindah kl. dia cakap nak mulakn hidup baru tak nak mnum ar4k lagi.. saya rasa bersyukur.. tapi perangai kaki prempuan tu dia tak boleh tinggalkan.. walapun ada bukti dia tak kan mengaku malah mgamok pada saya.

Ada masa kantoi juga.. dia minta maaf dan pilih saya dengan anak-anak. banyak kali dia cakap nak berubah tapi tak berubah juga. sehingga la sebulan lepas dia mengaku pada saya yang dia banyak d0sa dan betul-betul nak bertaubat dia minta beri peluang setelah itu dia mengaku yang dia dah megandungkan perempuan ni dah msuk 7 bulan..

perempuan yang sama umur dengan anak sulong kami yang sedang gigih berbakti menuntut ilmu di universiti pendidikan sultan idris kos digree pendidikan tahun depan tamat.

Saya rasa jijikk dengan dia. memalukan saya. Saya gigih mendidik dan cari rezeki untuk keluarga dan anak-anak. Dia gigih buat m4ksi at.. yang perempuan tu pun dah tau suami saya dah berkeluarga tapi melayan. Cari ws suami saya pkl4-5 pagi saya pernah baca bila tanya suami tak mengaku..

saya mintak dia lepaskn saya.. sebab saya tak mampu lagi nak jaga dia. dah 24 tahun saya jaga sepenuh hati saya tapi dia tak berubah.. saya tak pernah tinggikan suami jika dia m4ki-m4ki saya diam dan iyakn.

Mungkin saya tak cukup baik lagi untuk dia.. Anak-ank semua ikut keputusan saya.. diaorang dah melihat 24 tahun saya menderiita.. suami saya mohon p0ligami dia heret saya ke mhkamah seperti saya tak ade hati walaupun hancor berkecai hati saya tetap saya gagahkn juga.. kes tertangguh sebab dia tak layak.

Family perempuan tu mendesak kawin sgera sebab kandungan dah masuk 7 bulan.. saya mintak lepaskan saya cara baik suami saya tetap enggan.. suami senyap ke Thai kawin disana. Dia mengaku dan saya rasa tak boleh terima semua ini.

saya nak lepaskan semua ni tapi suami saya taknak. dia asyik merayu jangan tingalkan dia.. dia akan mengamok kalau saya cakap nak pegi mhkamah.

Sejak kawin hingga sekarang suami saya tak pernah tidur dirumah isteri baru dia yang sedang sarat mengandung walaupun semalam. siang malam ada disisi saya. Saya banyak kali halau dia..

saya nak failkn cerrai tapi dia tak boleh terima sedangkn saya pun dah takboleh terima lagi dia dah banyak makan hati.

Sejak kawin saya dah lama berdikari semua saya uruskn sendiri anak2 hingga urusan rumahtangga. Bagaimana pendapat min dan kawan2. J1jik rasanya dim4dukn dengan perempuan sama umur dengan anak sulong perempuan sendiri. Kalau cantik dari saya takmgapa laa. ini yang muka Alamakk.. seram.

Reaksi warganet.

Iza Mk – erm….itulah permainan syaitan…. haram bagaikan nikmat tnpa rasa bersalah… yg kuat alhamdulillah.. yg lemah hanyut begitu shj….bile dh sah jadi is3, nikmat ditarik begitu shj..

hati x tenang jiwa meracau… alhamdulillah ank2 sis berjaya… move on je sis.. mohon pada allah… semoga dipermudhkn segla urusan buat sis n ank2.

Sharifah Hassan – Bgtu sbr ya puan hadapi rmhtngga mcm ni ya.. Thniah.. Klu saya.. Awal2 dh surrender.. Bab sush boleh lg.. Tp klu pukul balun. Maki hamun. Sepk terajng.. Minta maaf la.. Kita hrus cri jln kluar dn bhgia kn dri kita n ank2!! Smh puan brjya kluar Dr konflik yg memenatkn jiwa ni!

Muhd Ayub – Part last tu sy suka..seram.. Gamaknye pompuan tu x pernah rasa ada pakwe.. Tu sbb lelaki sebaya bapak dia pun dia sanggup serahkan tubuh.. Sbb dah gatei sgt.

Mdm Nour – part last tu alamak..hahaa… pelik lelaki otak ijau ni kdg tgok muka pmpuan tu bkn lawa muka pecah rumah pn bini lg lawa baik lg tp tetap nk cari lain jgk..nfsu apa x tau la.

Hasnie Has – Kalau dah tawar hati mintak di lpas kan saja puan. Saya pun 24 tahun bersama di lpas kan bertapa perih waktu tu hampir 2 tahun hari hari saya menangis. sekarang saya dah kahwin dng lelaki bujang yg muda setahun dari saya.. Yg banyak merawat duka saya. Tima kasih pd dia… Syukur ya Allah.

Missz Irie – Mgkin dia xnk cerrai sbb tkt hilang punca pndapatan la tu..kn puan yg cari rzki kluarga slama ni..kang dia nk dpt sumber dr mana.

Qairina Nina – Dah 24thn selama hidup bersama, kak yg bela dia..dia dah selesa kak tanggung dia memang lah taknak lepas.dia buat kak jd bank dia.

Siti Zaiemah Hashim – Pendapat sy… anak2 puan dah besar-besar…elok la puan pun cari kebahagiaan sendiri…alangkan madu yg muka seram tu pun laki puan terhegeh… apatah lg puan yg segak…bercerai je puan…di hujung-hujung ni carilah imam yg blh membimbing kita ke syurga…penat hidup seperti sekarang kan.

Sumber: krt

Continue Reading

Keluarga

Terpksa angkut gadis form 3. Mat rempit terkedu lps pintu blik dibuka. Terus dia lari utk bersolat

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.

Nama aku Man. Memang nama sebenar dan aku harap jika dia membaca confession aku ni dia tahu yang dia masih dalam doaku. Oleh kerana dialah aku berubah walaupun aku terlupa untuk bertanyakan namanya.

Terima kasih juga kepada admin sekiranya sudi memilih confession aku ni untuk disiarkan…

Terima kasih juga kepada penulis (CPA) yang sudi memilih kisah aku ini untuk di jadikan sebuah penulisan yang lengkap walaupun cerita yang aku hantar itu agak berterabur dan lintang pukang ayatnya.

Malam itu dalam lingkungan jam 12 malam. Aku bersama beberapa orang kawan sedang minum minum di restoran mamak di sekitar Bandar Jerantut.

Tiba tiba dalam kesamaran cahaya lampu jalan, aku terpandang sesusuk tubuh sedang berjalan sambil menjinjing beg besar. Daripada paras rupa dan bentuk tubuh aku dapat teka usianya mungkin dalam belasan tahun.

” ‘Ushaa’ lah Man. Ada ‘rezeki’ kita shared lah. Kau kan romeo…”

Ujar kawan aku yang mungkin perasan aku sedang memerhatikan lenggok gadis itu. Atas desakkan dan cabaran kawan kawan, aku bangun dengan laju menuju ke arahnya. Dia kelihatan agak ketakutan dan cuba mempercepatkan langkahnya.

” Nak pergi mana bawa beg besar ni…?”

Tegur aku lembut. Dia diam dan masih berjalan.

” Depan sana tu gelap. Adik jalan sorang sorang ni bahaya. Nak kemana…? Bas stop dah tak ada bas. Teksi pun dah tutup.”

Dia berhenti dan memandang aku. Tepat ke mata aku. Jantung aku terhenti sebentar. Pandangan mata nya benar benar menusuk. Paras wajahnya yang lembut itu membuat aku akui memang sempurna sekali ciptaan tuhan.

” Bas malam pun tak ada ke…? ”

Soalnya naif. Aku menggeleng dan memujuk dia supaya ikut aku ke kedai mamak itu.

” Mari ikut abang kita minum minum dulu. Kat sana kawan kawan abang semuanya baik baik. Mamak tu buka 24 jam. Kita ‘lepak’ sana dulu tunggu sampai pagi. Lepas tu abang hantar pergi bas stop…”

Beberapa minit mendiamkan diri akhirnya dia bersetuju. Aku membantu dia membawa begnya. Keras dan berat…!! Aku hairan kerana anggaran berat yang berada di dalam beg itu bukanlah seperti membawa sejumlah baju.

Dia duduk di sebelah aku. Tenang menyedut Nescaffe ais.

” Saya nak buat ‘call’ sekejap…”

Dia bangun meninggalkan begnya berjalan menuju ke ‘public phone’ yang berada tidak berapa jauh daripada kedai mamak itu. Aku mengambil kesempatan itu membuka beg yang dibawanya tadi.

Bukan niat untuk menceroboh peribadinya tetapi untuk pastikan kami selamat berada bersamanya. Bimbang jika dia salah seorang yang dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh pengedar ddah.

Benar jangkaan aku. Bukan pakaian sahaja yang berada di dalam beg tersebut tetapi ada beberapa buah buku sekolah dan senaskah Al Quran.

” Bawah umur lah. Aku tak nak masuk penjara sebab r0g0l budak bawah umur. Aku rasa budak ni lari daripada rumah lah sebab dia bawa dengan buku buku sekolah sekali. Nak pergi mana malam malam ni. Esok isnin kan sekolah…”

Kawan aku bersuara berdasar kan apa yang di tulis di buku tersebut dia masih di tingkatan 3. Aku segera tutup zip beg tersebut. Dia datang menghampiri kami tanpa sebarang syak wasangka.

” Call siapa…? So nak pergi mana ni…?”

Aku juga mula berasa bimbang untuk berada bersama budak bawah umur yang kemungkinan besar sedang melarikan diri daripada rumah itu. Kawan kawan aku seorang demi seorang berlalu pergi meninggalkan aku bersama dia.

” Entah. Tak tahu. ‘Call’ kawan tadi dia tak angkat…”

Jawab dia perlahan. Ada air mata mengalir di pipinya. Aku tewas. Tidak sampai rasanya hati untuk meninggalkan dia keseorangan di situ. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia bersamaku. Tapi kemana…?

Aku buntu. Mana mungkin aku membawa dia pulang ke rumah. Mengamuk pula mak dan ayah aku nanti kerana bawa anak dara orang balik ke rumah pada malam malam buta begini.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia ke rumah satu satunya kakak yang aku ada di Felda Kota Gelanggi. Agak jauh daripada bandar tersebut supaya dia dapat berehat dengan tenang.

Setibanya di rumah kakak ku, aku disoal dengan pelbagai soalan. Semuanya aku jawab hanya dengan mendiamkan diri. Bukan niat aku untuk membisu tetapi memang aku tiada jawapan untuk setiap soalan soalannya tadi.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku sanggup membawa dia dengan hanya menunggang RXZ di malam hari, meredah hujan dan kabus ke rumah kakak aku. Bukan ke hotel atau ke rumah bujang kawan kawan.

Aku juga tidak tahu siapa dia, daripada mana asalnya dan kenapa dia berada di tengah tengah bandar itu sendirian. Apa yang paling melucukan, aku sendiri tidak boleh menjawab soalan kakak kepadaku tentang siapa nama gadis itu.

” Kau ni tempah maut betul lah Man. Bawa anak orang malam malam macam ni. Nama tak tahu, anak siapa, dari mana… Kakak tahu esok kau bawa dia keluar sebelum abang kau balik. Kau bukan tak tahu abang kau kerja apa…? Nanti dengan kau, aku dia campak dalam lokap…”

Omel kakakku terus masuk dalam bilik. Aku menghampiri dia. Kakakku langsung tidak menegur dia. Tapi tak apalah asalkan kami dapat tumpang bermalam.

Aku pimpin tangannya bawa ke bilik. Aku ambil tuala yang diberikan oleh kakak ku tadi. Aku lap muka dan rambut nya yang basah. Aku minta dia mandi untuk segarkan diri.

” Abang tak tahu kenapa adik boleh berada bersama abang malam ni. Abang juga tidak tahu dan tidak mahu tahu apa masalah adik. Cuma abang mahu adik rehat dan tenangkan diri. Adik selamat dengan abang di sini. Esok abang akan hantar adik ke mana sahaja adik nak pergi.”

Nyataku padanya. Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh jadi ‘semulia’ itu pada malam tersebut. Sedangkan aku bukanlah golongan orang yang baik.

Aku seorang ‘mat rempit’ yang sering mendapat habuan tubuh wanita sebagai hadiah. Jika minta dipilih sebatang tubuh perempuan dengan wang ringgit aku rela memilih tubuh itu.

Berbekalkan wajah yang agak menarik dan poket yang tebal memudahkan lagi aku mencari mngsa daripada seorang perempuan kepada perempuan yang lain dalam masa itu terus terang aku nyatakan aku tidak pernah ‘merasa’ dara…! Mungkin belum ‘rezeki’ aku.

Malam itu aku gelisah bila memikirkan tubuh kecil molek yang sedang lena di bilik. Aku kepanasan tidur di ruang tamu sedangkan hujan diluar tidak berhenti mencurah. Aku bangun dan membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

Dia lena memakai kain batik yang sedikit tersingkap menampakkan betisnya yang putih. Aku berpaling, akal ku melarang memandangkan dia masih di bawah umur dan jika dia buat report aku akan di cas seorang per0g0l.

” Kenapa…?”

Tiba tiba dia bangun dan duduk dibirai katil. Aku menelan air liurku yang terasa amat pahit sekali.

” Owh abang nak pastikan adik okay dan jangan lupa kunci pintu… Bimbang….”

” Adik okay… Abang kan ada… Apa adik nak takut…”

Dia jawab lalu kembali baring di katil sambil menarik selimut. Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana aku menahan nfsu yang selama ini aku gagal mengawalnya. Aku terus menutup pintu bilik dan laju menekan lock dari dalam.

Aku berlari ke bilik air, mandi dan terus berwuduk. Aku solat Isya’…!! Yaaa aku solat Isya’ yang pertama setelah hampir belasan tahun aku tinggalkan. Baru aku tahu betapa letih dan lesunya jika kita berlawan dengan godaan nfsu. Alhamdulillah aku berjaya.

Azan Subuh bergema dan aku juga solat Subuh…!! Allahuakbar…. Sepanjang malam itu aku hanya duduk di sejadah. Kuasa tuhan… Disaat aku hampir tewas berlawan dengan nfsu aku minta pertolongan dariNya dan ternyata aku tidak gagal…

Aku ketuk pintu bilik dia minta dia bersiap dan seperti aku janjikan dengan kakak sebelum kakak aku bangun, sebelum terbit fajar aku akan bawa dia pergi.

” Kemana…?”

Soalku padanya bila dia membisu. Pelukkan tangannya erat dipinggangku dan dapat aku rasakan kepalanya lentok di belakang ku. Mungkin masih mengantuk.

” Lena tak tidur malam tadi…?”

Soalku lagi bila dia masih membisu.

” Lena… Abang…?”

Soalan apakah ini dik… Hatiku bersoal kembali.

” Tentulah lena… Hujan kan…!”

Aku tipu sedangkan mataku tidak mampu lena walau sesaat pun. Tubuhnya yang sedang memekar itu menari nari dimataku seorang lelaki yang punyai nfsu.

” Cepat lah buat keputusan nak kemana adik oi… Sekejap lagi kita nak keluar simpang Felda. Samada nak balik ke Jerantut semula atau ke Jengka…”

Kataku perlahan.

” Saya nak buat call…”

Katanya perlahan. Aku berhentikan motor di sebuah ‘public phone’.

” Kawan adik cakap apa…?”

Soalku lembut dan dia tunduk lalu menangis… Aku terdiam kaku…

” Dia tak angkat. Malam tadi dia suruh saya tunggu dekat bas stop nanti dia ambil. Kemudian saya call dia dah tak angkat…”

Jawabnya perlahan…

” Boyfriend…?”

Aku cuba meneka. Dia mengangguk.

“Lari dari rumah sebab boyfriend…?”

Aku meneka lagi.

” Saya keluar dengan dia tengok wayang, balik dah lewat. Abang dapat tahu saya keluar tengok wayang dia marah. Abang nak hantar saya ke sekolah budak budak jahat. Saya tak mahu. Saya takut…”

Akhirnya dia bercerita…

” Allah dik… Meh sini abang nak cakap. Abang ada 3 orang adik. Salah seorang tu sebaya dengan adik tingkatan 3. Abang mana yang nak tengok adik dia buat jahat. Abang pun tak nak tengok adik abang jadi jahat walaupun abang sendiri jahat.

Tiap kali abang marah abang selalu ugut nak hantar ke juvana lah, nak tanam diorang hidup hidup lah Tapi hakikatnya abang tak buat pun. Marah tu tanda sayang dik…”

Nasihatku dan aku juga minta maaf kepadanya kerana aku telah membuka beg dia malam tadi. Dia menangis di bahuku. Aku peluk dia kuat kuat tapi bukan bernfsu. Tiada lagi nfsu kesumat dijiwa aku untuk dia.

Aku pandang dia hanya sebagai adik walaupun sebenarnya aku tidak punyai adik. Aku terpaksa menipu dia supaya dia faham erti kemarahan seorang abang.

” Saya nak balik Kuantan rumah mak. Tapi… Boleh ke abang hantarkan…?”

Akhirnya dia bersuara setelah hampir sejam membisu dan aku menanti dengan sabar dia membuat keputusan.

Kuantan…? Allah jauhnya. Bukan aku tidak mahu menghantarnya. Aku bimbang aku akan hilang pekerjaan memandangkan sudah beberapa hari aku sudah ponteng kerja termasuklah hari itu.

” Jauh tu dik… Apa kata abang cari tiket bas, abang temankan adik sampai bas datang sehingga bas itu bergerak…”

Aku memujuk lagi. Dia mengangguk dan aku bersyukur. Aku hulurkan sejumlah duit untuk bekalan dia di sepanjang perjalanan. Selepas bas bergerak meninggalkan Bandar Jengka. Aku pun bergerak pulang ke Jerantut.

Itu cerita 23 tahun lalu. Yaaa cerita ini agak lama berlaku. Aku juga sudah insaf dan bertaubat tetapi ia tidak pernah padam daripada ingatanku.

Sebenarnya tiada niat untuk aku membangkitkan cerita lama. Cuma baru baru ini aku terbaca artikel seseorang yang mempertikaikan tentang per0g0l dan mngsa. Siapa yang bersalah…? Per0g0l ataupun mngsa.

Terus terang aku nyatakan disini. Pada malam tersebut jika aku inginkan, boleh sahaja aku memaksa atau mengambil kesempatan diatas kenaifan dia.

Waktu itu dia sangat tidak berdaya kerana di dalam poketnya hanya ada beberapa keping note 1 ringgit sahaja. Lelaki yang diharapkan untuk menjemputnya langsung tidak menunjukkan muka. Dia hanya ada aku. Tapi kenapa aku masih mampu bertahan kerana aku masih waras…!!

Tik Tok, Filter camera, Selfie atau apa sahaja gaya hidup kita di media sosial sebenarnya tidak ada kena mengena dengan issue r0g0l…!! Ada jer yang berselfie menggunakan filter itu tertutup auratnya… Ada jer yang bermain Tik Tok itu datangnya daripada golongan yang sudah ‘senja’.

Tapi aku tidak lah bersetuju jika anak anak aku beraksi seperti itu di media sosial kerana agak kurang manis akhlaknya. Setakat selfie menggunakan filter masih aku boleh terima kerana semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik.

Jangan sesekali menyalahkan mngsa apabila berlakunya kes r0g0l kerana kita tidak berada di tempatnya. Kita tidak tahu betapa ‘struggle’ nya dia melawan si per0g0l.

Kita tidak tahu bagaimana cara dia mengatasi traumanya kerana telah menjadi mngsa r0g0l. Ianya adalah salah daripada si per0g0l itu sendiri. Gagal menahan nfsu…!! Gagal menggenggam Iman…!!

Iman dan kewarasan kita, kita sendiri yang pegang. Bukan mereka yang berpakaian s3ksi, bukan mereka yang menggunakan filter ketika berselfi dan bukan juga mereka yang bermain dengan aplikasi tik tok.

Sebenarnya ia datangnya daripada hati. Ramai jer kita lihat orang yang tidak menutup aurat khususnya yang bukan Islam terselamat daripada menjadi mngsa r0g0l.

Cuba fikirkan sejenak, jika berlakunya kejadian r0g0l di mana mngsanya adalah terdiri daripada wanita yang menutup aurat, nenek tua, warga OKU, kanak kanak kecil dan bayi bayi baru lahir. Adakah mereka yang bersalah membenarkan diri mereka dir0g0l…?

Iman…!! Tanyalah hati, peganglah Iman. Semuanya bermula daripada situ. Hanya kewarasan dan iman yang bezakan kita dengan binatang.

Tanpa iman dan akal yang waras kita sama dengan binatang yang sering kelihatan mengejar mngsa hanya untuk melepaskan sepancut nfsu kemudian tinggalkan dia bersama benih tanpa rela.

Aku tidak pandai bermain dengan hadis seperti beliau. Aku bercerita melalui pengalaman. Itu pengalaman aku. Setelah aku di datangi oleh tetamu satu malam itu, aku sedar bahawa aku boleh mengawal nfsu. Selepas hari itu sehinggalah ke hari ini…

Alhamdulillah tiada lagi perempuan yang aku tiduri. Aku lebih mendekatkan diri dengan Allah… Bukan kerana melihat sebatang tubuh kita berkehendakkan s3ks… Bukan…!! Ianya boleh dikawal dengan iman dan akal kerana kita bukannya binatang yang bernafsu buas…

Reaksi warganet

Noorsha Adam –
23 tahun lepas, maknanya berlaku pada tahun 1997. ‘adik’ tu sebaya dengan saya. Memang zaman tu dah macam trend remaja lari rumah. Tahniah confessor kerana dapat mengatasi situasi dengan baik waktu tu.

Puan Zuera –
Cerita yang menarik, banyak pengajaran. Asbab dia, encik berubah menjadi lebih baik. Terima kasih menjaga dia, melawan nfsu encik pada malam itu.

Encik memang seorang lelaki yang gagah, kerana berjaya melawan nalfsu sendiri. Semoga sentiasa dilindungi Allah.

Aslina Majid –
Penjnayah tu sendiri kalau dia nak buat jnayah, ada ada pilihan. Nak buat atau tak. Mana boleh salahkan mngsa. Mngsa pun tak tahu dia akan jadi mngsa. Apa dia boleh buat, kurangkan risiko.

Tapi macam dalam confession ni, celah mana budak tu nak kurangkan risiko? Kalau dia tau nak jadi macam tu, awal awal lagi dia takkan lari dari rumah. Itupun kalau dia tahu.

Tapi apa tindakan dia sebelum tu, dah pun dia lalui. Kenapa nak pertikaikan benda yang dah lepas? Kira confessor ni bagus la sebab dia fikir situasi diri dia waktu tu. Dia ada pilihan. Dan dia buat pilihan terbaik dengan solat. Sapa la kita nak judge benda dah lepas. Bukan boleh ulang balik ke masa tu pun untuk buat pilihan lain.

Zul Iman Ismail –
Zaman zaman sebelum ada handphone yang ada internet ni memang selalu trjadi situasi KL Menjerit ni. Sata pun pernah ada pengalaman tu.

Tak memasal tengah malam hantar remaja pompuan balik rumah kakak dia masa terjumpa dia jalan sorang sorang tengah malam sebab BF tinggalkan dia tepi jalan yang sunyi.

Nak suruh dia tumpang rumah saya memang tak lah sebab saya pun masa tu tinggal dengan orang tua. Saya lagi takut tak sempat jawab penyapu terbang dulu hinggap kat kepala huhu. Banyak jugak la pengalaman peristiwa KL Menjerit time tu..

Iema Batli –
DUlu ada kes rg0l dalam bas, kalau ada yang masih ingat. Seorang perempuan baru balik dari kerja. Tunang si wanita tunggu tunang dia di bus stop. Tapi bus yang patot nya berhenti dekat bus stop tak berenti.

At the end jumpa bus tu dekat tepi jalan dengan wanita tersebut dah di bnuh dan di rg0l. Tapi pakaian wanita tersebut tutup aurat. Pakai tudung.

Si pelaku which is pemandu bas bila di siasat ada amalan syiirik. So nak salah kan siapa dalam kes ni ??. Pemandu bas tu atau perempuan tu…?

Jnayah adalah pilihan. Kita diberi akal untuk pikir mana baik mana buruk. Kalau nak kata sebab pakaian s3ksi penyumbang jnayah rgol itu rasa tak sesuai kot. Sebab manusia diberi akal yang boleh beza baik dan buruk. Tu je yang membezakan manusia dengan haiwan.

Dari – Man (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!