Connect with us

Infomaklumat

Hairan pakcik tua pusingkan spasang selipar lps lihat jam. Bila ditanya, jawpannya buat aku terkesn

Published

on

Foto sekadar hiasan. Kisah yang ingin kami kongsikan ini sebenarnya dikongsikan Muhammad Yusof di laman Facebook pada bulan September yang lepas.

Ketika artikel ini diterbitkan, perkongsian beliau telah dikongsikan sebanyak 17k.

Ternyata perkongsian yang disampaikan sangat bermanfaat untuk kita jadikan teladan. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.

Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset.

Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku.

Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu.

Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.

Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’.

Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.

Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid.

Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.

Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.

Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’

Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.

So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’

Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.

‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu,

lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’

Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.

Aku selalu terfikir bahawa ‘Me Time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut.

Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.

‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle,

InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga,

yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.

Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’

padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.

Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.

Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.

Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.

Allah, Allah. Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.

Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.

‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’ Amin.

Sekadar berkongsi pengalaman: Muhammad Yusof

Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian beliau.

Jamilah Din –Moga ada para suami yang membaca dan mendapat hidayah. Saya pernah melihat suami menjerit kpd isteri di pintu ruang solat wanita.. “oiii tak tahu nak cepat ke”. Keluarlah si isteri dalam genangan air mata. Malu diperlakukan di rumah Allah..

Siti Saudah –Betul. Seorang wanita lebih tepat lagi ibu sentiasa kalut nak solat dan beribadah. Kebanyakan suami tidak memberikan ruang untuk lama2 beribadat. Umpama seorang ibu itu tidak Ada Hak untuk berlama2. Kesian. Cuba tengok anak2 kecik biasanya akan mengangu ibu solat. Jarang sekali mengangu ayahnya. Kesian. Kalau di rumah dah kalut apalagi kalau pergi solat di luar. Lagilah susah.

Junainah Jaafar –Hebat sungguh pakcik ni ya. Selipar pun disusun supaya isteri mudah pakai. Lebih baik mulakan seawal umur muda kerana kita dah hampir dengan kemtian bila2 masa aje. Sayangi isteri dan suami serta anak2 anda hargai mereka. Tq atas perkongsian.

Wan Rosminal –Gambaran ini lebih kurang sama dengan kehidupan akak semasa aruwah masih ada. Memang kami suami isteri bercouple kemasjid dari subuh sehingga magrib ke masjid. Memang selipar akak selalu dia buat macam ni.

Dan sentiasa mengajak singgah depan kawasan kubur di luar pagar memberi salam dan membaca yassin. Kebetulan kawasan kubur dalam kawasan masjid di daerah keningau.

Sentiasa aruwah mintak akak berwirid dahulu dan mengaji quran sebelum keluar. Setiap masa berpesan masukn duit dalam tabung masjid walaupun RM1 setiap masa. Allahuakbar sekarang insan tersayang sudah pergi. Hanya tinggal sendiri sementara menunggu giliran….

Suryana Sim –Seharusnya begitu. Rindu pula dengan aruwah suami yang selalu melayani saya sebegitu. Makan bersama, jalan bersama, tengok JPJ roadblock bsama walaupun tengah malam. Ngopi bsama, bergurau senda…

Ya Allah. Indahnya. Bahgianya biarpun Kami tidak mewah namun Kami sentiasa bersama hingga akhir hayatnya. Suami telah dijemput January 2019. Alfatihah buat suami syurgaku. Semoga dia berada Di kalangan org2 beriman..
Aamiin. Terima kasih berkongsi kisah Indah ini.

Sumber : Muhammad Yusof

Yang baik itu kita jadikan sebagai teladan. Moga bermanfaat. Apa pula kata anda.

Infomaklumat

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0. Ni kaedah cara nk mohon

Published

on

By

Kuala Lumpur: Individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar

borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

BPN 2.0: Golongan B40, M40 terima bantuan

Kuala Lumpur: Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

“Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

“Manakala kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini,” katanya

Continue Reading

Infomaklumat

Alat bantuan pernafasan mgsa terakhir kercvnan karbon telah di cabut. Ni reaksi dari aqilah

Published

on

By

Bukit Mertajam: Selepas seminggu menerima rawatan akhirnya mngsa terakhir kerac-unan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma.

Difahamkan, alat bant-uan pern-afasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan peru-batan apabila pesa-kit berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mngsa juga dikatakan mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.

Mgsa Angguk Kepala, Masih Kenal

“Alhamdulillah, polis menerima maklumat Nor Aqilah sudah sedar daripada k0ma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian Rabu minggu lalu, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta dua beradik kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun, berhenti rehat hingga tertidur di tempat letak kereta stesen minyak di Sama Gagah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Bagaimanapun, empat mngsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang bapa mngsa di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha ditemui maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meni-nggal dunia dalam perjalanan menerima r4watan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Tidak lama kemudian, Nor Adilah dilaporkan m-eninggal dunia selepas menerima r4watan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Manakala, kembarnya pula, Nor Aqilah dibawa ke Unit R4watan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Hati Mula R1isau, Hubungi anak tak dapat

Beberapa kali saya cuba hubungi pasangan kembar itu tetapi tak dapat mungkin bateri habis, ketika itu saya tak sedap hati sebab sudah lewat malam.

“Saya nak cari mereka di mana sebab saya tak tahu lokasi mereka berada ketika itu, saya cuba menghubungi telefon bimbit dua rakan mereka itu tetapi tak dapat juga,” kata Mohd Safwan Yaacob, 40-an.

Menurutnya, dia mengetahui kejad-ian menimpa anak kembarnya, Nor Adilah Mohd dan Nor Aqilah, 21, pada 1 pagi selepas dihubungi keluarga seorang daripada rakan anaknya itu.

Katanya, sebaik menerima maklumat penemuan kereta yang dinaiki mereka terus dia bersiap ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

“Dalam hati saya agak berdebar kerana saya dimaklumkan keadaan dua anak saya ketika itu sudah tak sed-arkan diri.

“Tidak lama kemudian saya dimaklumkan seorang rakan mereka sudah meni-nggal dunia dan berdoa semoga anak-anak saya dan seorang lagi rakannya selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pasangan kembar itu memang tidak pernah berpisah sejak kecil malah sering berdua-duaan apabila bercuti.

“Mereka juga belajar dalam jurusan farmasi peringkat Diploma di Kuala Lumpur dan selalu melancong ke Pulau Pinang apabila bercuti.

“Semalam, mereka minta izin nak pergi ke Pulau Jerejak untuk melancong dengan dua lagi rakan baik mereka namun tak sangka berakhir dengan trag-edi,” katanya.

Mohd Safwan berkata, anak sulung dari tujuh beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah dia sentiasa kelihatan ceria.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan berharap anak keduanya cepat sembuh.

Continue Reading

Infomaklumat

Pelanggan ini terima ayam goreng Mcd. Tapi ketika nak makan jumpa pula “benda” ni

Published

on

By

Sebelum ini banyak kes melibatkan pelanggan menerima kondisi ayam goreng dengan berulat. Kes seperti ini banyak di laporkan dikedai-kedai mamak kerana meraka menggunakan ayam yang lama

Namun kejadian seumpama itu juga terjadi di restoran ternama seperti MCD

“Seyeslah Ayam McDonald’s macamtu?
Pastu suruh DM…Konon2nya nak mintak maaf kot tapi naper di bloknya orangtu? Macamana nak DM kalau dibloknya? Cuba citer… Cuba citer skit” .

Memlalui perkongsian dari seorang pelanggan setia Mcd, keadaan ayam goreng yang di beli mempunyai ulat

Selepas perkara tersebut tular, pihak MCD ada memberi reaksi balas meminta pelanggan tersebut untuk DM pihak mereka bagi mendapatkan butiran kejadian

Namun begitu, entah di mana silapnya, pelanggan tersebut telah di sekat dari memberi maklum balas dan perincian kejadian seperti yang di minta

Apa-apa pun kita tunggu tindakan lanjut dari Pihak McD mengenai perkara tersebut kerana ia melibatkan nama baik pihak mereka

Keesan Makan Ayam R0sak

Ayam merupakan sumber makanan yang sangat lazim untuk dimakan oleh masyarakat akan tetapi ada diantara mereka tidak tahu akan kesan apabila seseorang itu makan ayam yang telah r0sak dan berulat.

Antara kesan makan ayam yang telah r0sak ialah seperti berlaku masalah pencernaan, keracunan dan lain-lain.

Sebab kepada terjadinya ayam rosak adalah daripada segi penjagaan ayam tersebut, pendedahan yang terlampau atau berpanjangan di tempat terbuka, penyimpanan yang tidak betul dan sebagainya.

Apa kata anda? Kongsiakn bersama kami

Sumber : trendingsangatpw

Continue Reading

Trending