SUSULAN penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar d4dah, penyanyi Hafiz Hamidun turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.
Pernah bekerjasama dalam penghasilan album sebelum ini, Hafiz, 38, berkata dia mengetahui Yasin berdepan masalah kesih4tan dan sudah lama menderita peny4kit bip0lar.
“Saya simpati dengan nasib yang berlaku kepada Yasin sekarang ini. Kita tidak boleh faham dengan apa yang dia lalui selama ini.
“Bagaimanapun saya tidaklah menyokong tindakan yang dilakukan sehingga ditahan pihak berkuasa,” katanya kepada mStar.
Hafiz ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaru kumpulan Rabbani berjudul Husnul Khatimah yang diadakan di Dsaji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada Isnin.
Yasin ketika didakwa di mahkamah pada Khamis lalu
Yasin yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac lalu kerana memiliki g4nja.
Susulan itu dia didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Khamis lalu dan berdepan hukum4n g4ntung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta D4dah Berb4haya 1952 jika sabit kes4lahan.
Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi pengalaman melihat Yasin meng4muk ketika berada di studio rakaman miliknya sekitar tahun 2018.
Tidak adil untuk kita sendiri meletakan hukuman kerana seperti yang saya kata, apa yang dilalui oleh Yasin hanya dia sahaja tahu
Gara-gara insid3n itu, Yasin berulang kali memohon maaf apabila mereka bertemu.
Hafiz bagaimanapun mengakui tidak menyimpan dendam kerana mengetahui masalah kesihatan yang dialami.
“Dia datang ke studio dan terus marah-marah sehingga mengeluarkan kata-kata kes4t.
“Namun selepas kejadian itu dia akan sentiasa meminta maaf apabila kami berjumpa.
Saya tidak pernah menyimpan dend4m kerana tahu tentang masalah kesih4tannya,” ceritanya.
Lagu terbaharu kumpulan Rabbani dicipta sepenuhnya oleh Hafiz
Memandangkan kes ini masih lagi dalam perbicaraan, Hafiz memohon orang ramai agar tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum.
“Biarlah mahkamah yang menentukan. Jika baik pengakhirannya saya bersyukur, namun kalau sebaliknya kita perlu ambil iktibar dari apa yang telah berlaku.
“Tidak adil untuk kita sendiri meletakkan hukuman kerana seperti yang saya kata, apa yang dilalui oleh Yasin hanya dia sahaja tahu.
“Ada juga rasa sedikit kesal apabila nama nasyid dikaitkan dengan perkara ini. Saya sentiasa mengingatkan rakan-rakan supaya muhasabah diri dan bertanya kembali adakah kita juga terlibat dengan perkara yang tidak betul,” katanya.
Saya khuatir crack tiga kali, takut gil4 seperti sebelum ini – Yasin
Penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman telah didakwa atas dua pertuduhan berkaitan dad4h di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.
Menurut laporan Kosmo, ahli keluarga Yasin yang diwakili abang kandungnya berharap dan mendoakan agar dipermudahkan segalanya.
Peguam, Yusmadi Yusoff mengatakan bahawa sejak tahun 2009, selebriti berkenaan telah disahkan menghidap bipolar serius. Kali terakhir Yasin mendapatkan rawatan adalah pada 2 bulan lepas.
Saya sudah meminta kepada pegawai penyiasat dan mahkamah untuk membawa dia mendapatkan rawatan segera. Hak rawatan dia perlu dipastikan.
Tambah pula dengan keadaan sekarang yang dia tidak biasa dimasukkan dalam lokap. Jadi saya bimbang tahap kesihatannya.
Jelas beliau, Yasin banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karya seni beliau sebelum ini.
Sebelum itu, Yasin ketika prosiding di Mahkamah Majistret merayu diberi peluang mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
“Kesihatan saya sangat terjejas, saya khuatir bila-bila masa boleh jadi gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini. Jadi saya perlukan ubat tambahan,” katanya.
Saya ada diberikan bekalan ubat (semasa ditahan reman) tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini,” katanya selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai memberi hujahan di Mahkmah Majistret di sini hari ini.
Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara.
Semoga urusan selebriti ini dipermudahkan ya. Diharapkan perkara sebegini juga menjadi pengajaran buat kita semua.
Mengalir Air Mata! Abang Yasin Cerita Apa yang Yasin Cakap Masa Berjumpa!
Kisah penahnan dan pendkwaan penyanyi Yasin Sulaiman sememangnya mengejvtkan industry seni tanah air kita ini.
Siapa yang sangka Yasin akan ditahan pihak berkvasa, kerana memiliki pokok yang dil4rang sama sekali oleh und4ng-und4ng negara Malaysia.
Mempunyai sebab yang tersendiri, Yasin dikatakan menggunakan bahan berkenaan untuk kegunaan sendiri saja. Akan tetapi penyanyi ini tetap didkwa atas tudvhan mengdar barang terl4rang berkenaan.
Kes Yasin Sulaiman ini mendapat sokongan dan perhatian ramai rakan seni. Antara yang turut memberi sokongan ialah rakan dari kumpulan nasyid Brothers, kumpulan Raihan, dan juga Wardina yang meminta Yasin menerima raw4tan segera.
Selain itu pihak family Yasin turut sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan amat kuat kepada penyanyi ini.
Melalui satu kenyataan di rancangan Melodi, abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman berkata, ini semua merupakan takdir dan satu uj1an buat adiknya itu dan family nya.
“Ini merupakan takdir serta ketentuan Allah. Kami sekeluarga terutamanya anak-anak kepada Yasin, dan juga ayah kami, akan sentiasa bertabah dengan uj1an ini.”
Ditanya tentang perasaan ketika mendengar pendkwaan terhadap adiknya, Zain dilihat amat sebak dan mengalirkan sedikit air mata.
“Perasaan masa tu amat sebak, saya tak boleh. Tak pernah masuk mahkmah, saya first time masuk. Apatah lagi ni mel1batkan hal adik saya sendiri. Memang perasaan sebak tu saya tak dapat nak kawallah.”
“Apabila diluar mahkmah, ketika dikerumuni wartawan saya cuba had kan kata-kata saya. Jika saya cakap lebih lagi, sudah tentu saya akan breakdown lah masa tu.”
“Saya berterima kasih kepada semua kenalan beliau, saudara yang dekat dan jauh, apa yang Yasin perlukan sekarang ini merupakan doa dari kalian. Yang dapat tukar takdir ini ialah doa.”
Ditanya tentang perjumpaannya dengan Yasin di mahkmah, Zain mended4hkan bahawa Yasin begitu merindui anak-anaknya.
“Bila saya jumpa Yasin hari tu, dia bagi tahu pada saya, bahawanya, dia rasa sangat-sangat rindu pada anak-anaknya.”
Itulah komen dari Zain Sulaiman tentang ks yang terjadi kepada adiknya penyanyi Yasin Sulaiman. Zain berharap dan berdoa agar, akan berlaku sesuatu yang baik kepada Yasin Sulaiman.
Sumber : m star / IayanduIu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.