Fizi tak jujur dan terus terang, Shakilla dedh ada sesuatu jadi malam sebelum nikah

Gara-gara berasa kurang senang mulut anaknya ditekup, Shakilla Koriri menerima kritikan warganet malah ada yang menyifatkan aktres itu belum ‘move on’.

Sebelum ini, Shakilla menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Ameena didakwa disakiti oleh kanak-kanak perempuan yang kini merupakan kakak tiri kepada anaknya itu.

shakilla khoriri

“Dia Patut Berterus-Terang, Jangan Sakiti Anak Saya!” – Mulut Anak Ditekup Dalam Foto Nikah, Shakilla Khoriri ‘Warning’ Fizi Ali

Menerusi Instagram, warganet mengkritik pelakon wanita itu dan menyindirnya kerana dikatakan ‘ada sahaja yang tidak kena’ apabila membabitkan bekas suami, Fizi Ali.

Segelintir individu berkata Shakilla sepatutnya bersangka baik kerana gambar tidak membuktikan apa-apa malah ada yang berpendapat mungkin Ameena sedang bergurau dengan kakak tirinya itu.

anak shakilla

komen 

Sementara itu, sesetengah warganet memerli Shakilla belum ‘move on’ malah ada yang melabel aktres tersebut meroyan kerana bekas suaminya kini sudah menemui pengganti.

Kau jeles, tu je cite dia.

komen 

Menurut Shakilla, dia telah bertanyakan tentang perkara tersebut kepada Fizi namun masih belum mempunyai sebarang jawapan.

Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok. Sekeping foto yang dimuat naik memperlihatkan anak perempuan isteri Fizi menekup mulut anak saya, Sebagai seorang ibu, saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas.

Terdahulu,Shakilla akui terkejut apabila mendapat tahu bekas suaminya itu menamatkan zaman dudanya semalam bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.

Jelas Shakilla, Fizi ada datang berjumpa dengannya sehari sebelum dia bernikah dengan alasan untuk mengambil anak mereka, Ameena dan bawa ke taman tema air.

Bagaimanapun, Shakilla tidak menyangka apabila aktiviti taman tema air bertukar menjadi majlis akad nikah.

Sumber : ohbulan/beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *