Connect with us

Scroll Artikel Penuh Di Bawah

Fedtri Yahya berbalas pantun dgn SPRM, sekali DBP pun kena sekali

Published

on

BEBERAPA hari lalu, panas di laman sosial mengenai Macau Scam yang berjaya meloloskan diri dari tahanan.

Pelbagai reaksi, andaian dan kecaman netizen terhadap isu itu.

Turut mendapat perhatian warganet, pengacara televisyen, Fedtri Yahya, tampil membuat rangkap pantun mengenai situasi kes suspek Macau Scam di Twitter miliknya.

Yang menariknya, Fedtri membuat satu hantaran di laman Facebooknya, memberitahu SPRM Community telah membalas pantunnya.

Fedtri menerusi pantun menulis;

Dewi malam berbatik lepas,
Memegang kitab tercarik indah,
Pagar SPRM mampu dilepas,
Lintasan hisab bagaimana diredah.

Hantaran tersebut mendapat lebih 1,000 tanda suka kerana pengikutnya menyatakan SPRM Community bersahaja dalam membalas pantun beliau.

Balas SPRM Community;

Makan cili pedas membara,
Langsung teguk air segelas,
Dunia ini hanya sementara,
Akhirat kelas pasti dibalas.

Hasil tinjauan di Twitter, SPRM Community turut menganggap kecaman warganet adalah lumrah bagi kehidupan.

SPRM turut membuat ulang kicau terhadap ciapan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Malaysia) yang berkongsi

laporan sebuah berita tempatan mengenai pantun disiarkan DBP yang menerima kecaman warganet.

“Kena hentam netizen itu lumrah kehidupan. Tak mengapa DBPMalaysia, you’ll never walk alone,” tulis SPRM Community.

Apapun, sekali-sekala berbalas-balas pantun dapat mewarnai hari-hari kita.

DBP Pun turut terkait

Dalam perkembangan terkini kes Dato Sri lolos dari SPRM Harian metro dah update cerita. Sekarang babitkan tiga bodyguard.

Dua bodyguard jadi kuda, kemudian bangku untuk suspek panjat pagar SPRM. Sorang lagi sambut di luar pagar kemudian naik Myvi.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : kec0hape

Scroll Artikel Penuh Di Bawah

Nak Elak Bayar R M 150 Selama 14 Hari Kvarantin Ramai Bergegas Pulang Dari Sempadn

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambutan Aidiladha hujung bulan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pada masa ini keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha juga kekal.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berubah jika berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini.

“Semuanya bergantung kepada angka kes j4ngkitan baharu dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat?

“Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Pelitup Muka Wajib Dipakai Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Yang Bersesak Mulai 1 Ogos

Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat yang disarankan oleh kerajaan untuk mengurangkan j4ngkitan wab4k Covid-19 ini.

Hal ini telah dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan mewajibkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti semasa menaiki kenderaan awam dan berada di tempat sesak iaitu di pasar dan pusat membeli belah.

Susulan dengan itu, perkara ini perlu dititikberatkan untuk semua orang dan sangat penting untuk memutuskan rantaian j4ngkitan Covid-19 ini. Seperti yang kita tahu, angka kes positif semakin meningkat dari satu angka kepada dua angka sejak kebelakangan ini.

Jadi, secara tegas Datuk Ismail Sabri menasihatkan kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan menjaga jarak sebagai langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

50 peratus rakyat pulang dari luar negara tak patuh SOP

KERAJAAN memandang serius insiden tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah selepas mendapati 50 peratus daripadanya tidak mematuhinya.

Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti yang diumumkannya sebelum ini, kuarantin wajib tidak lagi dibuat di rumah dan semua yang pulang ke tanah air akan dikuarantinkan di stesen kuarantin dikenal pasti kerajaan sama ada di hotel atau institut latihan awam (ILA) bermula esok.

Menurutnya, ia akan dikuatkuasakan kepada rakyat negara ini sama ada yang tiba ke tanah air melalui udara, laut atau darat.

Katanya, ia membabitkan mereka yang tiba melalui penerbangan di mana-mana lapangan terbang antarabangsa bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Begitu juga melalui jalan darat seperti melepasi Tambak Johor yang tiba dari Singapura ke Johor Bahru, sesiapa yang tiba dari mana-mana sekalipun akan dikuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan,” katanya ketika sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya hari ini.

Sumber : Rentas Asia / m star

Antaranya lagi

Md Rayhan Akan Diusir, Senarai Hit4m Ke Malaysia Selamanya.” Imigresen

Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.”

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka.” 

Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak di sini.

Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

Bernama semalam melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan penahanan itu berkata suspek berumur 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang semalam.

Sumber : Bernama

ARTICLE BERLAINAN :

Wanita Jual Gelang Cegah C0vid-19 Dikompaun RM50,000

Putrajaya: Seorang ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 kerana mempromosikan gelang tangan di laman sosial yang didakwa mampu mencegah jangkitan C0VID-19.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya telah mengesan satu isu yang tular di laman sosial Facebook berkenaan promosi produk gelang tangan berharga RM580 yang dikatakan mampu mencegah wabak itu.

Ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 jual gelang cegah COVID-19 ...

Katanya bertindak atas aduan tersebut, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat seorang wanita iaitu ejen sebuah syarikat jualan langsung yang mempromosikan produk gelang tangan berkenaan melalui laman Facebook miliknya.

Ejen jualan langsung didenda RM50,000 jual gelang cegah Covid-19 ...

“Tindakan wanita itu yang telah mempromosikan produk dengan memberi pernyataan mengelirukan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan seterusnya kompaun maksimum sebanyak RM50,000 telah ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar Halim berkata sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, individu terbabit akan dituduh di mahkamah.

Jelasnya, penalti bagi kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 25 Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Wanita dikompaun RM50,000 jual gelang didakwa cegah COVID-19 ...

Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, katanya.

“KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau pernyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk,” katanya.

Selain itu, katanya semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber :  BERNAMA, Berita Harian, Sinar Harian

 

Continue Reading

Scroll Artikel Penuh Di Bawah

Dr Noor Hisham Buat Satu Pengumuman Apa Yang Akan Jadi Minggu Depan Sebelum Akhiri Sidang Media

Published

on

By

JANGKIT4N baharu Cov-19 dalam negara merekodkan 43 kes hari ini dengan satu daripadanya kes saringan kontak rapat kepada kes positif Cov-19 di Negeri Sembilan yang berlaku ketika aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 43 kes baharu yang dilaporkan itu, sebanyak lima kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, baki 38 kes lagi berkaitan penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 38 kes penularan di dalam negara, 23 kes adalah bukan warganegara, manakala 15 kes adalah dalam kalangan warga Malaysia.

Katanya, susulan pertambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak berkenaan dalam negara sebanyak 8,445 kes.

“Terdapat 143 kes yang pulih daripada Cov-19 dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan discaj wad sebanyak 7,311 kes, 86.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Aktif dengan kebolehjangkitan Cov-19 membabitkan 1014 kes dan mereka sudah -“Sehingga kini, hanya empat pesakit positif Cov-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (I C U), tiada daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Berikut perincian kes jangkitan dalam negara membabitkan 23 kes dalam kalangan bukan warganegara.

Sebanyak 21 kes dikesan dalam kalangan penghuni Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang telah dipindahkan ke Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Satu kes saringan di Pasar Pemborong Sayur, oleh Pejabat Kesihatan Penampang, Sabah.

Satu kes saringan pekerja ladang warga asing di Temerloh, Pahang.

Ini pula perincian 15 kes penularan Cov-19 dalam negara dalam kalangan warga Malaysia.

Kuala Lumpur – satu kes survelan membabitkan kes Influenza Like Ill-ness (ILI) di sebuah Klinik Kesihatan sentinel.

Selangor – empat kes dengan dua kes saringan di dua pusat tahfiz, dua lagi kes saringan pasukan barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di Sabak Bernam.

Negeri Sembilan – lima kes dengan tiga kes saringan pusat tahfiz di tiga pusat tahfiz; satu kes saringan penjawat awam di Seremban yang bercadang untuk pulang ke Sabah; satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Cov-19 (kes ke-7756) di Negeri Sembilan, kontak ketika aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama lalu.

Sabah – satu kes kmatian di dalam komuniti yang dibawa ke hospital (kes kematian ke-120 seperti yang akan diperincikan di bawah);

Pahang – satu kes saringan dalam komuniti di Temerloh, Perak – satu kes saringan pusat tahfiz, Melaka – dua kes dengan satu kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah dan satu kes saringan pusat tahfiz.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, satu kemtian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian akibat jangkitan wab4k berkenaan dalam negara ketika ini 120 kes, 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-120 (kes ke-8403) membabitkan wanita warga Malaysia berusia 96 tahun.

Beliau mening-gal dunia pada 12 Jun (semalam) di rumah beliau dan jen4zah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
“Saringan ujian Cov-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Sidang Media Akan Dijarakkan Bermula Minggu Depan

DG Noor Hisham memberitahu bahawa Kementrian Kesihatan Malaysia tetap akan maklumkan segala maklumat terkini tetapi bermula minggu depan sidang media tidak akan diadakan setiap hari seperti biasa tetapi akan dijarakkan.

Kemungkinan akan dilakukan selang sehari. Sebelum mengakhiri sidang media, DG Noor Hisham berterima kasih kepada semua rakan media yang terlibat dalam memutuskan penularan C0VlD19.

Sumber : hm

Continue Reading

Trending