Farid kamil bawa kereta baru nak tunjuk dekat ank, Sekali ada individu panggil polis

Mungkin ada yang masih tak percaya dengan apa yang terjadi ke atas pelakon Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle yang secara tiba-tiba memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Farid juga sebelum ini dilaporkan tidak boleh memasuki rumahnya sejak bulan ini. Difahamkan, Farid sendiri berusaha untuk memujuk isterinya itu namun Diana dikatakan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan permohonan cerai.

Farid Kamil tak sangka turut dihalang bawa keluar anak-anak. Terbaru, pengurus kepada Farid iaitu Azhari Hamid mendedahkan bahawa Farid bersedih selepas hasratnya untuk membawa anak-anak keluar menaiki kereta baru dibeli untuk kegunaan sekeluarga, tidak kesampaian.

Cuma apabila tidak dibenarkan membawa keluar Muhammad dan Nur Aurora, serta secara tiba-tiba muncul pula kereta peronda polis di pos pengawal rumah mereka, dia terkejut dan sedih. Saya tahu Farid menangis sebab matanya sembab.

Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak, sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian.

Bercakap bagi pihak sahabatnya, Azhari berkata, Farid akur dengan keputusan mahkamah Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan dia dan isteri menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Begitupun, buat masa ini pihak aktor filem Anwar: The Untold Story itu belum memberi pengesahan berhubung individu yang akan dilantik mewakilinya nanti untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Malah Azhari turut menolak dakwaan kedatangan mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada pagi kelmarin untuk kes sebutan pertama diiringi ramai pengawal peribadi.

Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *