Connect with us

Hiburan

F0T0 : Pavithra Pernah Pakai Gaun Sama Natasha Hudson, Siap Minta Tutupkan Bahu

Published

on

Memakai gaun putih terdedah bahu sama dengan Natasha Hudson, personaliti masakan YouTube,

Pavitra pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup ketika sesi fotografi majalah online Pepatung tahun lalu.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata pereka fesyennya, Rizman Ruzaini, gaya itu dipersetujui oleh penata gaya yang berada di set penggambaran dan dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

“Menjenguk semula betapa elegannya Pavitra memakai Rizman Ruzaini untuk sampul hadapan majalah Pepatung beberapa bulan lalu ketika PKP.

Ini merupakan kali terakhir dres ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum ia dijual.

“Berkongsi kisah menarik tentang Pavitra, gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya untuk memantau sesi fotografi itu.

“Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavitra (sebelah bahagian bahu terdedah dengan hanya menggunakan fabrik jenis tulle yang see-through dan ditambah lipatan berlisu), yang mana Pavitra kurang selesa.

“Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna,” dedah Rizman Ruzaini.

Permintaan Pavitra itu dipersetujui penata gayanya dan cara itu menyenangkan Rizman Ruzaini biarpun wanita itu bukan selebriti gred A.

“Penata gaya menghormati permintaan Pavitra dan menggayakan mengikut keselesaannya. Kami (Rizman Ruzaini) bersetuju asalkan ia tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun itu.

“Pavitra pun bukan selebriti gred A, tapi kami masih gembira untuk bekerjasama dengannya dan berbangga apabila seseorang individu itu menggayakan rekaan kami dengan cara yang elegan dan punyai kelas tersendiri,” tambahnya.

Terdahulu, kisah pelakon Natasha Hudson yang memakai gaun sama ketika majlis pelancaran produk suplemen pada Selasa lalu mencetuskan kontroversi.

Jelas Natasha dia tiada masalah untuk menggayakan gaun terbabit dan tidak kisah dengan kecaman netizen.

Rizman Ruzaini kemudian tampil menyatakan kekesalan dan terkejut dengan tindakan selebriti berhijab (Natasha) menyarung pakaian terbabit sekali gus menganggap ia telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sejak 15 tahun lalu.

Penganjur acara terbabit kemudian tampil bersuara dan menasihati pereka fesyen itu untuk tidak melatah dan menghentam pembeli pakaian mereka.

Natasha juga tampil menyatakan pendiriannya dan beranggapan kenyataan Rizman Ruzaini berbaur peribadi dan berat sebelah. Malah, Natasha berpendapat kenyataan terbabit dibuat hanya kerana dia bukan selebriti gred A yang sering memakai persalinan pereka fesyen duo itu.

Pada masa sama, Natasha turut meminta Rizman Ruzaini membuat permohonan maaf.

Sebelum itu, Natasha Hudson mengaku enggan melayan kerenah dan kata-kata dar netizen mengenai gaun berwarna putih yang menampakkan sebahagian bahunya.

Natasha memakai gaun berkenaan ketika menjayakan sebuah majlis pelancaran produk yang menyaksikannya sebagai wajah dan ikon produk bersama aktor kacak, Keith Foo yang merupakan dutanya.

Pakaian berkenaan menerima banyak komen dalam media sosial sementelah Natasha sendiri telah memuat naik gambar berkenaan dalam akaun Instagramnya.

“Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih lagi berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.

“Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakannya kerana ia mengikut tema majlis.

“Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun,” katanya.

Natasha berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk tersebut yang dilakukan di Menara Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam pada itu, kata Natasha warganet perlu matang dalam memberi komen atau melemparkan pandangan kerana ini berkaitan dengan kerjayanya.

“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.

“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan,” katanya.

Sumber : yoy

Hiburan

Syamsul Yusof Ditahan Sewaktu Sekatan Jalan Raya. Puncanya Mengejvtkan Ramai Warganet

Published

on

By

Siapa yang tidak mengenali ‘Abang Long Shark’ ataupun Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan filem gengster dan drift beliau.

Terbaharu, Syamsul yang juga pelakon dan pengarah filem menggemparkan pengikutnya apabila memuat naik satu hantaran di laman Instagram @syamsulyusoffilm berswafoto bersama anggota PDRM dan ATM.

“Masak lu Shark !! Swipe Left 😅” tulis Syamsul Yusof

 

Namun, apa yang menjadi perhatian warganet adalah apabila pelakon itu menyangka dirinya ditahan kerana anggota berkenaan mahu membuat spotcheck akan tetapi rupa-rupanya rupanya mahu mengambil autograph beliau!

 

 

Aduhai lawak betul lah. Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat Syamsul yang turut cuak apabila ditahan anggota berkenaan.

 

Sumber : Instagram Syamsul Yusof / kaki jalan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Continue Reading

Hiburan

Adk Neel0fa Pakai Krim Harga R M1,000 Utk Sapu Di Punggvng, Sekali Netzen Bagi Komen Padu

Published

on

By

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu personaliti media sosial Ameera Khan.

Warganet yang mengikuti Instagram miliknya @littlemisskhan mesti mengetahui setiap perkembangan terkini daripada gadis berusia 21 tahun berkenaan.

Seperti kakaknya, ada sahaja isu yang dikaitkan dan yang terbaru, Ameera sekali lagi meraih perhatian warganet apabila dia berkongsi produk yang digunakannya di laman sosial Instagram.

Perkongsian tersebut dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter @butterchikin yang menyatakan kekagumannya ingin menjadi kaya seperti gadis itu sebaik sahaja melihat InstaStory yang dimuat naik Ameera.

“Saya teringin jadi kaya macam Ameera Khan… Pakai La Mer kat punggvng,” luah @butterchikin.

Lebih mengejutkan adalah apabila warganet memeriksa harga krim La Mer yang digunakan oleh Ameera dijual serendah RM1,024 sebotol walhal Ameera hanya menyapunya di punggung!

Menjengah ke ruangan komen, tidak dinafikan rata-rata warganet terkejut dengan perkongsian terbabit.

Seribu lebih pakai kat punggung sahaja!

Kerana punggungmu begitu berharga

Setiap orang mesti ada rangkaian penjagaan kecantikan tersendiri, mahal atau murah, terpulanglah kepada kemampuan masing-masing nak guna produk apa. Bagi Ameera, asalkan dia mampu membelinya, apa salahnya nak guna macam mana cara pun kan?

Sumber : butterchikin / viralmy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Hiburan

“Tak Ada Rezeki” Nubhan Kehilangan Ank Yang Tersayang

Published

on

By

IMPIAN penyanyi Nubhan ingin menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila isterinya, Afifah Hidayah Tawfek mengalami kegvgvran, baru-baru ini.

Menurut Nubhan, 35, isterinya itu mengalami pendrahan semasa kandungan berusia tujuh minggu dan kini sedang menjalani tempoh pemulihan.

“Tak ada rezeki anak ketiga… gugur buat kali yang kedua! Usia kandungan tujuh minggu.

“Tak ada rezeki baby dah keluar… jadi kena berpantang yang ringan-ringan sahaja, ” katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Bersama kapsyen itu, penyanyi lagu Sekali Lagi ini turut berkongsi video momen ketika menerima perkhabaran isterinya hami1l lagi.

Perkongsian Nubhan di Instagram mengenai kegvgvran isterinya.

Dia turut memuat naik video Afifah melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perub4tan selepas mengalami pendrahan, namun kandungannya itu tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, rata-rata pengikut meminta pasangan ini bersabar dengan kehilangan itu dan percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.

“Bersabarlah ya, dia tunggu nak tarik ibu bapa ke syurga bersama. InsyaAllah ada rezeki lain untuk kalian berdua nanti.


Nubhan bersama isteri dan anak-anak.

“Sedih sangat! Samalah macam saya kegvgvran semasa kandungan 13 minggu. Semoga ada rezeki lebih baik menanti,” komen netizen.

Nubhan berkahwin dengan Afifah pada Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.

Sumber : mykmu

Pada 2016, Afifah pernah mengalami kegvgvran semasa kandungan berusia tujuh minggu.

Continue Reading

Trending