TINDAKAN Eyka Farhana memuat naik gambar seksi pada bulan Ramadan ditegur netizen yang menganggap aktres itu tidak menghormati bulan mulia ini.
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, berkata, penampilan s3ksi juga bergantung kepada pandangan setiap individu.
Tambahnya, dia tidak mahu berpura-pura di sebalik pakaian hanya semata-mata mengikut kemahuan masyarakat.
“Soal s3ksi ini terserah kepada pandangan seseorang itu. Kalau pakai t-shirt sekalipun mungkin ada yang anggap s3ksi.
“Dari dahulu lagi rasanya saya memang begini, biarlah peminat kenal siapa diri saya yang sebenarnya.
Eyka tak mahu berpura-pura memilih pakaian
“Saya tak mahu orang kata fake kerana melihat penampilan di media sosial berbeza dengan diri saya yang sebenar.
“Rasanya peminat saya juga sudah mula kenal dan menerima diri saya seperti ini,” jelasnya.
Sebelum ini, perkongsian Eyka memakai dress berwarna hitam yang menampakkan lengan dan ketiak serta paha mengundang kec4man netizen.
Rata-rata netizen menegur penampilan itu yang dikatakan kurang seusai untuk dikongsi pada bulan Ramadan.
“Bulan puasa ni postlah gambar elok sikit.
“Awak ada pilihan nak gambar ded4h aurat atau tutup aurat. Bila kena kec4m awak salahkan hidayah, hidayah dah lama sampai tapi awak menolak.
“Bulan puasa ni kak, post sopan sikit” tulis beberap netizen.
Sedar dengan kec4man yang diterimanya, Eyka mengambil sikap terbuka dan memohon untuk terus mendoakan kebaikan buat dirinya.
Bergandingan dengan Aedy Ashraf dalam drama baharu
“Saya faham yang kec4m itu mungkin mereka prihatin dan mahu saya berubah ke arah yang lebih baik.
“Sama-sama kita doakan. Mana tahu suatu hari nanti akan menjadi lebih baik,” ujarnya.
Dalam perkembangan kerjaya, Eyka berkata, dia tidak mengambil terlalu banyak tawaran sepanjang bulan Ramadan kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga.
Selain itu, drama lakonannya berjudul Bila Hati Memilih Dia kini sedang ditayangkan di saluran TV3.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.