Connect with us

Keluarga

Dulu Aku Gaji Besar R M 4000-5000 Sebulan, Sekarang Aku Susah, Apa D0sa Aku Diuji Sebegini

Published

on

Pernah hidup susah? Ramai di antara kita yang pernah hidup susah dan pastinya faham dengan situasi apabila ahli keluarga, saudara mara atau kenalan dilanda kesusahan. Bukan dipinta tetapi itulah takdir perjalanan hidup masing-masing. Jadi, kita faham akan situasi mereka, bantulah mereka dengan apa cara sekalipun.

Dalam masa yang sama, kita nasihatkan mereka mengatur langkah yang seterusnya dengan baik agar tidak kecundang lagi, malah mendoakan mereka berjaya dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak boleh sentiasa bergantung kepada orang, kita harus berusaha untuk mengubah hidup susah ke hidup yang senang.

Semoga kisah yang dikongsikan Mohd Firdaus Mat Saad menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.

“Hidup tak selalunya indah”

INI sahabat saya, yang dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat. Jualan yang dia hasilkan ratus ribu setiap bulan, bab sales memang bagus, cuma dia ada satu masalah iaitu terkena tipu dengan customer.

Customer tipu, buat hutang sikit-sikit. Kemudian bila dah mencecah ratus ribu, customer pun blah. Dia dan manager dia, dua-dua ‘dibuang’ kerja di atas kecuaian ini. Ini cerita tiga tahun lepas

Kemudian dia cuba buat perniagaan, tetapi masalah yang sama berulang di mana dia kena tipu lagi dan kali ini dengan customer lain pula. Customer ambil barang tetapi tidak bayar. Akhirnya, terpaksa bungkus perniagaan.

Selepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan, tetapi masih tak boleh survive. Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia mengalami kesempitan wang.

Apabila dia berjumpa dengan saya, saya memang tak bagi pinjam duit sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti. Jadi saya bagi zakat sahaja pada dia untuk dia belanja makan anak-anak dia seramai empat orang.

Baru-baru ini dia datang ke rumah saya, minta kerja. Saya kata, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pula katanya. Nak uruskan anaknya susah, isteri suri rumah tak bekerja. Jadi memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah.

Bila saya jumpa, saya berilah apa yang saya boleh berikan. Kasihan, kasihan tengok kawan yang sama-sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4,000-RM5,000 sebulan tiba-tiba Allah uji seperti ini.

Semalam dia datang berjumpa dengan saya lagi. Dengan nada suara yang rendah dia berkata, “Sekarang aku dah dapat kerja, kerja dengan seorang kontraktor ini. Kerja mencuci longkang di kawasan rumah kita ini. Gaji RM800 sebulan, sebulan kerja 26 hari

What?!!” saya terkejut.

“Kenapa sampai jadi begini?” soal saya.

“Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah, ini bukan soal kotor, ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang,” katanya.

“Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang, ada lapan orang geng, cerita depa.. aiyo, lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah. Aku tak boleh nak cerita kesusahan aku sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus,” tambahnya lagi.

Wow! Dalam hati aku terasa seperti mahu menangis.

“Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa-apa, mesin rumput ke, buat apa ke, asal ada kerjalah. Aku segan nak minta duit kat hang. Aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku,” katanya

Okaylah, mesin rumput rumah aku,” saya kata.

Padahal rumput baru saja dimesin dua minggu lalu. Tak apalah, tolong sajalah.

“Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu? Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada,” katanya.

Nak menitik air mata saya. Saya beri duit advance dulu kepada dia.

Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya, yang bergaji besar, yang hidupnya boleh dikatakan selesa untuk level hidup di kampung, hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya. Jam berapa dia datang? Jam 11 pagi, ketika matahari dah panas terik. Tetapi dia teku memulakan kerja.

“Kenapa datang lambat?” soal saya.

“Pagi tadi hantar barang kat customer sikit. Hari ini tak kerja, boss bagi cuti,” katanya.

Saya sangat bersimpati, apalah nak kita buat dengan gaji RM800 sebulan. Nauzubillah kalau Allah uji begini, boleh jam oo. Tak tahu iman jadi macam mana, tetapi sahabat saya ini tetap bersabar.

“Bukan aku tak cuba mencari kerja yang bagus sikit tetapi aku tak jumpa kerja yang boleh beri gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa, aku kerjalah dulu sebulan dua ini,” katanya.

Jika ada di antara anda yang terbaca kisah ini, yang terasa mahu membantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan atau zakat, bolehlah menghubungi saya. Nanti saya berikan nombor akaun bank dia.

Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua, inshaAllah sumbangan kita dapat meringankan beban dia. Mungkin RM10 kecil bagi kita tetpai untuk waktu ini jumlah itu tersangat besar nilainya buat dia. Jadi kita bantulah dia, mudah-mudahan Allah tidak menguji kita seperti Allah menguji dia.

Dalam berniaga, Allah pernah menguji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis pada waktu itu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa pada waktu ini.

Pengajaran:

1. Ketika kita senang, berhati-hatilah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin, jangan terlalu boros. Ini pesanan untuk diri saya sebab saya pun banyak juga berbelanja.
2. Bila berniaga, elakkan beri banyak sangat hutang pada pelanggan. Amalkan bayaran tunai, biar untung sikit tetapi tunai.
3. Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu itu kita doakan agar Allah tidak menguji kita seperti itu.

Doakan sahabat kita ini, semoga Allah memberi kelapangan kepadanya. Mohon kongsikan kisah ini, semoga lebih ramai yang dapat pengajarannya.

Nota kaki: Entri ini saya tulis sendiri. Saya bertanggungjawab di atas apa yang saya tulis ini. Dia tidak meminta duit dari saya pun, cuma saya terasa dia wajar dibantu dalam keadaan dia seperti itu.

Sumber: Mohd Firdaus Mat Saad

Keluarga

Umur 21 Dah Kahwln, Giliran Madu Muda Pula Dedh Kisah Sebenar

Published

on

By

2, 3 hari ini kecoh di media sosial foto-foto pernik4han seorang lelaki yang dikenali sebagai Khubaib Ramli sambil diiringi isteri pertamanya, Puan Syiela. Posting berkenaan mendapat perhatian ramai kerana bukan senang untuk melihat seorang wanita membuka hati untuk menerima kehadiran insan baru bergelar m4du.

Giliran isteri ‘muda’ buka mulut, maafkan semua netizen yang pernah berkata bvruk

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, giliran Ain Soleh selaku isteri muda kepada lelaki tersebut, wanita itu akhirnya mengulas tentang perkahwinan viral tersebut. Selain memohon maaf tentang video TikTok yang turut tular, dia turut memaafkan semua netizen yang telah berkata bvruk tentangnya.

“Assalamualaikum, Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya, di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video tiktok saya yang mendapat kecaman ramai org.  Saya juga telah memaafkan semua kata² yg telah dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati 

Awalnya nak mencari kerja tapi tak sampai seminggu sudah dipinang jadi isteri muda Wanita yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut juga berkongsi kisahnya saat dipinang lelaki berkenaan. Menurutnya pada awal Februari lalu, dia telah menghadiri temuduga dan diterima bekerja di syarikat milik Khubaib. Tak sampai seminggu berkhidmat di tempat itu, dia telah dipelawa untuk diperisterikan sebagai isteri muda.

Begini ceritanya

1/2/2020 – saya pergi interview di syarikat suami saya. Petang tersebut saya mendapat tawaran utk bekerja disitu

2/2/2020- saya mula bekerja di syarikat suami saya.

6/2/2020- suami saya menyampaikan hasratnya/ melamar saya, dalam masa yg sama dia memberi tahu yang dia memang sedang mencari isteri lagi. Katanya isteri nya memberi kebenaran untuk tambah lagi. “beri saya masa utuk berfikir” itu shja balasan saya

Awalnya t0lak pelawaan, lama-lama terbuka hati

Nurul Ain pada mulanya ingin men0lak pelawaan tersebut dan berhenti kerja. Namun hari demi hari, hatinya makin terbuka untuk menerima lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga perlu seorang pemimpin untuk membimbingnya. Walaupun mendapat kec4man ramai, tapi dia lebih yakin pada j0doh pertemuan itu di tangan Allah.

“Hari bertambah hari. En suami teruskan usahanya untuk dapatkan saya. Pada awal² nya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut, saya ingin berhenti kerja..Tetapi hari semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. Dalam masa yg sama saya cuma berfikir,

“Saya sebagai seorang permpuan perlukan seorang pemimpin yg boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhirat la hujung kehidupan kita . Mak & ayah sangat support keputusan saya

“20/2/2020- saya menerima lamaran tersebut & en suami terus memberi tarikh² yang sesuai utk bertunang, Saya bertunang pada 15/3/2020

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Pada 20/9/2020. Saya telah sah menjadi isterinyaa. Saya yakin jodoh & pertemuan semuanya hak Allah

Madu Calon Ke 8

Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

“Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Sumber : Syiela Rashid / Ain Soleh / Kisah Dunia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Tak Sangka Itu Lambaian Terakhir. B4yi Mninggal Dvnia Di Rumah Pengasuh, Ibu Luah Rasa Sayu

Published

on

By

Rezeki, jodoh, aj4l dan m4ut sesungguhnya sudah ditetapkan Allah SWT.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah menerima ujian dengan hati yang ikhlas dan redha.

Seperti perkongsian wanita ini, anaknya yang baru berusia enam bulan mninggal dunia dipercayai tersed4k susu ketika berada di rumah pengasuh.

Wanita ini menceritakan kenangan terakhir bersama anak syurganya, Aleefa.

Puteri syurga, Aleefa

Assalamualaikum wbt

Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion, friendly).

Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al Quran “alif”. Dil4hirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh.

Kesakitan contr4ction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted.

Disebabkan dengupan jantvng baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12 tengah malam.

Dil4hirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sebab dah lama menahan sakit.

Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yang teramat sakit. Saat diberikan b4yi pada kali pertama,

hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.

Hari pertama dil4hirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning untuk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room.

Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu.

Bagusnya baby pandai sangat hisap tapi susu belum keluar sepenuhnya.

Dia bangun awal tapi duduk diam je

Malam pertama, nurse ambik semua baby untuk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya.

Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat.

Tapi kuatkan kudrat jugak. Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby hisap kerap tapi tetap tak ada.

Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse untuk topup susu formula.

Sebab susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba-tiba naik mendadak.

Hari ketiga sebelum subuh baby dia diam je walaupun mata besar sangat.

Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.

Aleefa anak yang paling mudah jaga. Men4ngis pun jarang dan tak kuat.

Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yang manis.

Tidur malam lena tanpa jaga (kadang-kadang je bangun sekali dua nak susu).

Dia dah mula merangkak dua tiga tapak. Pada pagi akhir, dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia.

Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala.

T4kut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia.

Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa.

Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.

Sempat pandang, senyum pada ibu

Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi. Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya.

Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir. Anak saya mninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 Jumaat jam 2.15 petang mengikut masa tiba di h0spital namun

atas kertas siasat doktor tertulis anak telah mninggal di rumah pengasuh. Setakat apa yang kami tahu anak mninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh.

Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.

Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak.

Kami terima ujian ini dengan hati yang redha dan ikhlaskan semua ini. Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang-timang berebut timang dengan Wan Saad, Embang Lanang,

Embah Wedok dan daddy Nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.

Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan meng4ndungkan kamu, mel4hirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.

“Isteri yang kemat1an suami dipanggil balu, anak yang kemat1an ibu bapanya dipanggil anak y4tim pi4tu,

ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu p3rit”. Salah satu dialog drama Black versi Korea.

Jas4dmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020.
Aleefa Mohamad Afnan

Sumber : Noraziah Ramli / Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Keluarga

Kebahagian Aku Diragut Permpuan Muda, Terkejut aku Tgk Prmpuan tu mcm Buncit, Rupanya ini yg Berlaku

Published

on

By

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kisah sedikit panjang. Keseluruhan pembacaan 5min.

Saya wanita berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin lebih kurang lima tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya kahwin agak lewat.

Suami saya muda 3 tahun daripada saya. Kami tak bercinta sebelum kahwin.

Saya memilih dia kerana kesungguhan dia untuk memiliki saya selain daripada sebab-sebab wajib yang lain seperti solat, family dan pekerjaan tetap walau tahap SPM (dia ada degree).

Saya banyak buat hal sebenarnya sebelum kahwin. Yelah, sebab hati tak betul-betul suka kan. Salah sikit saja saya minta putus.

Dia buat saya terasa, saya terus bergegas nak balik, hingga dia kemalangan terlanggar lori lepas kami berjumpa.

Katanya (lepas tu) sebab dia tak boleh fokus memandu sebab risau saya marahkan dia.

Saya ignore semua message dia hingga dia terpaksa telefon ayah saya, bagitahu yang kami ada masalah.

Ayah saya yang pujuk saya, untuk terima dia semula sebab ayah saya kata dia macam nak menangis ketika cerita pasal saya tak hiraukan dia walaupun ketika dia sent gambar dia kemalangan.

Suami saya bukanlah citarasa saya dari segi fizikal. Badannya besar, tinggi. Selalu cakap nak diet, tapi susah sebab dia suka makan.

Kulit sawo matang, kulit biasa lelaki melayu tapi manis tu tetap ada. Suka pakai kain pelekat dan baju melayu ke mana-mana.

Sebab dressing dia macam orang tua, selalu orang sangka yang saya lebih muda daripada dia. Saya ceritakan semua ni ada sebabnya.

Dua tahun lepas, berlaku hal yang tak disangka dalam rumah tangga kami.

Ketika saya berada di rumah keluarga suami, ibu bapa mertua menyebut yang sebelum suami saya berkahwin dengan saya, suami pernah nak dijodohkan dengan anak sepupu suami.

Masa tu suami saya baru frust, kira dia setuju je. Lepas suami jumpa saya, dia berubah fikiran dan rancangan tu batal macam tu je.

Tapi selepas anak saudara mak mertua saya jatuh sakit (terminal illness), dia menuntut janji tu semula.

Katanya nak ada orang yang jaga anak dia lepas dia meninggal.

Perempuan tersebut, sepupu suami tu saya namakan dia Yuna. Yuna ni anak perempuan tunggal dan bongsu. 3 orang abang dia dah berkahwin dan duduk jauh.

Mak si Yuna dah meninggal lama juga, sejak Yuna sekolah rendah. Bapak Yuna ni anak saudara mak mertua saya.

Mertua saya ni anak bongsu. Anak saudara dia tu anak sulung kakak dia yang sulung.

Salasilah tu berbelit sikit tapi boleh dikatakan keluarga jauh juga.

Suami saya kata, sejak dah besar, diorang jarang jumpa. Kecil-kecil dulu selalu juga. Keluarga mertua tak paksa, lagi-lagi kalau saya tak boleh terima poligami.

Tapi mereka cadangkan kami sama-sama pergi negeri jiran untuk melawat bapak si Yuna yang sakit ni. 2 jam perjalanan je.

Waktu tu saya sebenarnya tak tahu nak rasa apa. Dalam hati saya, saya confident yang suami terlalu sayangkan saya dan anak2.

Dia tak kan buat apa-apa keputusan yang membelakangi saya.

Suami saya ni suka bergurau dan bercakap. Apa-apa yang jadi kat tempat kerja pun dia cerita. Nak buat apa-apa pun dia akan cakap.

So takkan keputusan sebesar ni dia nak buat sorang-sorang kan.

Dalam rumah tangga kami, saya yang selalu lebih matang daripada suami. Dia pun selalu cakap, dia banyak belajar daripada saya.

Masa jumpa keluarga si Yuna ni kali pertama, memang langsung takde sebut pasal kahwin.

Cuma saya perasan bapak Yuna ni macam hint sesuatu bila dia kata takut Yuna ni tinggal sorang-sorang lepas dia takde.

Yuna ni muka budak-budak dan badan dia kecil, nampak macam baru sekolah menengah padahal sedang belajar di IPT.

Tengok dia berborak dengan suami pun nampak macam abang adik. Takde gedik-gedik cover ayu semua tu.

Suami saya siap usik dia pasal boyfriend lagi. Dia panggil suami saya abang. Beza dorang dalam 9 tahun.

Panjang sangat nak cerita. Tapi cut the story short, lepas jumpa family Yuna, saya yang minta suami saya untuk terima Yuna.

Mungkin kerana saya kesian tengok ayah Yuna yang terlantar masa tu.

Saya takut kalau saya menghalang, apa-apa jadi nanti family suami akan blame saya.

Lagipun suami saya dah terlanjur berjanji kan. Dia mungkir pun sebab saya.

Selain daripada tu, jauh di sudut hati saya rasa suami saya dan Yuna memang tak ada apa-apa perasaan pun.

Yuna tu muda, lincah, pakaian trend ala-ala K-pop yang tutup aurat tu. Mesti dia nak lelaki yang sebaya. Yang handsome, ala-ala K-Pop ke. Bukan macam suami saya.

Med Soc pun tak ada, game tak main, shopping mall tak suka pergi. Kalau berjalan pun untuk cari tempat makan je biasanya.

Saya dapat rasa dia setuju pun untuk puaskan hati ayah dia je. Memang saya nampak Yuna ni manja sangat dengan ayah dia masa saya datang hari tu.

Masa akad nikah, saya ada di situ menyaksikan pernikahan mereka yang boleh tahan meriah.

Malam tu suami tidur di bilik dengan saya. Rumah family Yuna rumah kampung, ada banyak bilik. Saya diberi bilik sendiri untuk saya dan anak-anak.

Menurut suami, lepas ni tak akan ada apa yang berubah. Yuna tetap akan tinggal di rumah dengan ayah dia sebab dia masih belajar dan ayah dia sakit.

Dia ulang alik rumah ke IPT. Suami saya tetap akan tinggal dengan saya macam biasa.

Tiada giliran. Saya pernah dengar family suami sebut macam nikah gantung.

Kira suami tak wajib lagi bagi nafkah sebab masih tak tinggal bersama dan isteri tak wajib menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab masih belajar.

Di waktu cuti sekolah, kami sekeluarga termasuk anak-anak akan ke rumah family Yuna. Saya suka je balik sana sebab suasana kampung.

Anak-anak suka kejar ayam, kambing, panjat pokok. Kadang-kadang musim buah ayah Yuna akan telefon ajak makan buah.

Ada juga balik bila ada kenduri family belah suami. Saudara suami saya ni banyak yang duduk satu negeri dan dekat-dekat je.

Suami saya pun bila berborak dengan Yuna, tak pernah lagi diorang borak berdua. Mesti akan libatkan saya sekali walaupun saya lebih banyak mendengar je.

Suami saya dengan Yuna ni dua-dua jenis rajin bercakap, so kalau berborak tu kecoh rasanya. Yuna pun suka layan anak-anak saya.

Suka bawa berjalan, belikan macam–macam. Dalam fikiran saya, bermadu tu tak la seteruk mana.

Oh ya, selain family suami, takde orang lain yang tahu tentang perkahwinan baru suami ni.

Kalau saya balik rumah family Yuna, saya akan sebut balik kampung belah suami.

Mak ayah mertua saya duduk di bandar dan masih bekerja. Kalau balik kampung biasanya mereka akan balik ke rumah kakak sulung mak (kira nenek Yuna)

So sekarang rumah family Yuna yang dah jadi kampung baru suami saya. Dan Yuna pun bila suami ada dia akan pakai tudung, berlengan panjang macam ada orang asing dalam rumah.

Bila lepas solat sama-sama pun Yuna tak akan salam tangan suami saya.

Semua nampak ok sehinggalah ketika saya balik ke rumah family Yuna, saya perasan perubahan bentuk badan Yuna. Nampak lebih tembam.

Pakai baju pun yang kembang-kembang. Mulanya saya tak syak apa-apa hingga ketika saya nampak Yuna baring dalam bilik.

Anak saya buka pintu luas-luas sebab nak masuk masa tu. Ya, nampak bentuk perut Yuna. Kalau orang boncit pun, bila baring perut akan leper.

Tapi perut Yuna tak leper walau baby bump tu Nampak tak besar mana. Waktu tu saya dah syak dia mengandung.

Bodohnya saya ketika itu, seketika saya ingatkan yang Yuna tu mengandung anak luar nikah.

Saya seolah lupa yang Yuna adalah isteri suami saya yang sah. Saya tak tahu bila mereka bersama. Saya sangat pasti suami tak pernah balik ke sana sendiri tanpa saya.

Mungkin ketika tidur di bilik saya, malam-malam dia menyelinap masuk ke bilik Yuna. Dan Yuna membenarkannya.

Ketika ni saya tiba-tiba rasa sangat marah. Saya rasa diketepikan. Macam suami buat benda salah senyap-senyap belakang saya.

Ketika orang lain berada di luar rumah, saya menyelinap masuk ke bilik Yuna.

Saya jumpa buku pink. Tertera nama suami saya di situ. Yuna mengandung dah 29 minggu ketika tu.

Yelah, badan dia kecil kan, lagi kelahiran anak pertama, sebab tu tak ketara sangat.

Saya diamkan perkara ni. Saya nak tengok sampai bila suami saya nak berahsia.

Dan selepas itu, bermulalah ujian hidup berpoligami yang sebenar bagi saya. Suami masih lagi seperti dulu.

Dari zahirnya nampak tiada apa yang berubah. Masih lagi ringan tangan membantu saya di rumah, rajin melayan anak-anak. Masih lagi menjadi imam solat saya.

Tapi saya yang berubah. Saya tak boleh tengok dia pegang handphone di rumah, saya akan rasa seolah-olah dia sedang message dengan Yuna.

Tak boleh nampak dia senyum, saya akan terbayang seolah-olah dia sedang angau tentang Yuna.

Malah ketika bersama pun saya masih rasa dikhianati terbayang saat dia bersama dengan Yuna.

Ketika Yuna voicecall dengan anak-anak saya, saya rasa benci sangat tengok muka dia.

Saya anggap Yuna macam adik, tapi Yuna dah tikam saya daripada belakang. Entahlah.

Kami masing-masing tak pernah berbincang pasal ni. Mungkin hanya saya yang rasa mereka tak pernah ada perasaan.

Mungkin saya sendiri yang terlalu yakin dengan kasih sayang suami pada saya.

Setiap kali ketika nak pujuk saya, suami akan sebut macam mana susah dia nak dapatkan saya dulu.

Mungkin saya terlalu memandang rendah pada suami saya sehingga saya rasa tak mungkin ada perempuan lain yang nak kan suami saya.

Saya terlupa kuasa sweet talker seorang lelaki.

Saya pernah baca whatsApp suami dengan Yuna.

Ayat-ayat biasa je, macam ‘ayah panggil balik’ atau ‘minta doakan nak exam.’

Tapi di sebalik tu saya tak tahu la. Mungkin mereka prefer by call.

Mungkin suami saya dah padam msg2 sweet yg lain. Hati saya sakit sangat. Api cemburu dalam dada ni macam nak pecah dibuatnya.

Terbayang apa yang tak boleh dengan saya, mesti ok dengan Yuna. Contoh suami saya suka masuk racing amatur.

Sebelum kahwin dia aktif dengan group kereta. Tapi lepas kahwin, dia slowdown buat semua tu.

Saya memang tak menghalang, tapi tak juga menyokong. Kalau dia ajak ikut geng kereta dia, jarang saya nak ikut.

Saya jenis introvert. Dan sebab saya tak ikut dia tak akan pergi.

Dia selalu cakap dia tak boleh jauh dengan saya dan anak2.

Sama juga kadang2 bila ada cuti sehari je, suami suka ajak jalan tempat yang jauh2 untuk cari makan.

Saya malas nak jalan jauh2 semata-mata nak makan. Saya bukan suka makan tempat2 viral sangat ni sebab bagi saya selalunya hype je lebih.

Tapi Yuna muda, jenis extrovert, lincah. Mesti Yuna boleh ikut rentak dia.

Mungkin dia rasa dia boleh dapat penghormatan yang lebih sebagai seorang suami dengan Yuna yang lebih muda daripada dia berbanding saya.

Panjang sangat dah saya menulis ni. Tapi sebab saya malas nak sambung2 lagi, saya pendekkan je.

Sekarang Yuna sedang dalam pantang. Akhirnya suami dapat anak perempuan yang dia nak sangat.

Suami saya berterus terang yang Yuna mengandung bila dia nak balik negeri family Yuna sebab Yuna nak bersalin.

Waktu tu dia nampak kalut sangat kemas-kemas barang, so saya pun tak bertanya apa-apa.

Dia pun macam tak kesahkan perasaan saya masa tu, excited nak sambut baby baru agaknya. Sejak PKP ni, suami saya dah tak kerja. Retrenchment.

Dia kerja sendiri dengan kemahiran yang dia ada. Sekarang dia ada banyak masa lapang berbanding saya yang susah dapat cuti ni.

Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke rumah family Yuna walau tanpa saya.

Saya pernah ikut sekali je. Pertama kali saya rasa diketepikan bila suami saya dan Yuna sama-sama bercakap pasal anak mereka.

Dan pertama kali saya dan anak-anak tidur sendiri bila suami tidur di bilik Yuna. Saya cuba rasionalkan diri yang saya tak patut cemburu.

Yelah dulu waktu saya pantang, suami juga sanggup ulang alik rumah mak saya dan tempat kerja dia setiap hari.

Bukan dekat, lebih sejam sehala. Tapi sekarang dia jumpa baby baru dia hanya di hujung minggu je.

Tapi saya bukan robot. Perasaan cemburu yang datang bukan ada butang on off. Saya sendiri terseksa dengan rasa ni, tapi apa yang saya boleh buat?

Dulu saya selalu bayangkan, bila ayah Yuna meninggal, hubungan mereka akan berakhir.

Tapi kini nampaknya ayah Yuna makin sihat dan seronok dengan baby baru.

Suami saya pula tak mungkin akan membiarkan zuriatnya tak berbapa.

Saya bukan jahat sangat doakan orang cepat mati, tapi kalau tengok keadaan ayah dia masa saya melawat dulu, memang nampak macam tu.

Dulu Yuna umpama menumpang kasih, kini berkongsi.

Di masa akan datang? Mungkin saya yang akan undur diri.

Bukan mudah untuk saya membayangkan hidup tanpa suami sebab selama ni hidup saya segala-galanya berlegar tentang dia.

Anak2 pun rapat dengan dia. Tapi api cemburu ini makin hari makin memakan diri saya.

Terus terang saya katakan, dari segi nafkah, suami tak mampu berpoligami. Apatah lagi dengan pendapatannya yang tak tetap sekarang ni.

Sebelum ni saya tak kisah berkongsi perbelanjaan sebab saya tahu suami bukannya culas dengan sengaja.

Tapi buat masa sekarang, hati saya sakit bila saya yang perlu berbelanja itu ini. Saya jadi mengungkit dan berkira, tapi lebih banyak saya simpan sendiri.

Cuma kadang-kala saya menyindir yang ‘sekarang kena jimat’ or ‘duit saya cepat habis.’ Lama-lama hati saya yang parah dan saya jadi kurang layan suami.

Suami juga tidak lagi rajin bercerita macam dulu Mungkin semua cerita2 dia dah kongsi dengan Yuna.

Dia masih lagi menjawab bila saya bertanya. Masih lagi membantu saya dengan kerja rumah dan anak2, tapi entahlah. Segalanya rasa tak sama macam dulu.

Apa yang patut saya buat? Bagaimana nak didik hati untuk redha dengan semua ini?

Dan jika sampai bila2 saya masih tak dapat terima semua ni, apakah perlu saya berpisah dengan suami?

Atau saya yang perlu meminta Yuna undur diri.

Part ii Baca Sini KLIK SINI

Sumber : Aisyu (Bukan nama sebenar) / iium

Continue Reading

Trending