MEDIA sosial kecoh apabila tersebarnya video pergaduhan melibatkan beberapa lelaki di Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.
Menurut pengguna media sosial, pergaduhan itu berlaku di kawasan premis perniagaan, berdekatan Pasar Siti Khadijah.
“Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Palestin sedang berperang bermandikan darah, kita di sini berembas (bergaduh). Kes apa tak pasti,” tulis individu yang berkongsi video itu di Facebook.
Pada masa sama, sekumpulan orang awam dan peniaga dilihat cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
Dua pergaduhan berasingan berlaku serentak di kawasan sama.
Malah, beberapa wanita yang memakai apron, dipercayai peniaga kedai makan turut bergelut untuk meleraikan pergaduhan itu.
Selain Facebook, video berkenaan turut dikongsi di laman X dan TikTok.
Rata-rata netizen turut menyelar tindakan kumpulan pemuda berkenaan yang tergamak bergaduh di kawasan terbuka.
Paling mencuri tumpuan adalah komen kemarahan netizen yang bengang dengan kualiti rakaman video yang dibuat oleh saksi kejadian itu.
“Patutnya pukul yang tukang rakam ni sekali. Dah macam Yahudi mabuk pegang kamera terhuyung-hayang sana sini.
“Ni kalau rekod pakai selipar pun lagi better dari cameraman ni.
“Yang record pun. Guna penyapu lidi ke?
“Cameraman kena parkinson ke? Goyang semacam je. Fokus la betul-betul,” tulis netizen.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.