Keluarga

Dua beradik tak pvtus asa bisnes tepi jalan walau sering ada ‘mas4lah khemah’, ikan goreng pernah terbang ditiup angin

INI sahaja cara untuk kami cari rezeki,” hanya itu yang m4mpu diucapkan oleh seorang gadis apabila didvga dengan cuaca tidak menentu ketika sedang mencari rezeki.

Gadis berkenaan berkongsi video menunjukkan dia terp4ksa berulang kali membuang air yang bertakung di atas khemah gerainya kerana hujan lebat.

Apa yang menjadi perhatian, dia masih lagi mampu mengukir senyuman walaupun terpaksa berdepan dug4an berniaga dalam keadaan hujan lebat.

Rakaman tersebut setakat ini meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok dan dia menerima banyak pujian kerana sikapnya yang positif.

Berkongsi cerita dengan mstar, Nurul Syawani Nor Azizi, 20, berkata video tersebut dirakam semasa dia dan kakaknya Anis Syaheeda Nor Azizi, 28, berniaga di hadapan Sekolah Rendah Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Ketika itu hujan sangat lebat membuatkan air bertakung pada bahagian atas khemah sehingga mereka berdua terp4ksa membuangnya dengan kerap.

“Masa tu saya berdua je dengan kakak, sebab kami berniaga bersama-sama. Gerai kami jual sushi dan kopi Hainan… dah tujuh bulan berniaga depan kawasan sekolah ni.

“Pada Selasa dalam pukul 5.15 petang hujan lebat sangat sampai air bertakung di atas khemah. Kami terp4ksa buang air pada bahagian atas khemah setiap lima minit sehinggalah hujan berhenti.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Ini bukan kali pertama Syawani diduga sepanjang tujuh bulan berniaga di tepi jalan.

“Waktu hujan lebat tu memang tak ada sesiapa pun turun beli air dan sushi di gerai kami. Hasil jualan agak kurang bila tiba musim hujan ni,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Kuang, Sungai Buloh.

Menurut gadis yang mesra disapa Syawani ini, ini bukan kali pertama mereka didvga sepanjang membuka gerai di tepi jalan.

Jelasnya lagi, sebelum ini khemah mereka pernah terbang aklbat ditiup angin yang begitu kuat.

“Sebelum ni bukan buang air yang bertakung je. khemah terbang pun ada. Kaki khemah bengk0k sampai terp4ksa beli khemah baru pun pernah juga.

“Paling tak boleh lupa ialah khemah terbang… waktu tu kami tengah duduk berehat untuk makan tengah hari. Tiba-tiba angin kuat sangat, sampai lauk ikan goreng yang kakak saya makan pun terbang sekali gara-gara nak pegang dan selam4tkan khemah tu.

“Kalau kakak tak capai khemah tu, mesti dah terbang sampai tengah jalan. Walaupun begitu, saya tak pernah berpvtus asa sebab memang minat berniaga.

Sebelum ni secara kecil-kecilan je dekat rumah sebelum buka kedai tepi jalan.

NURUL SYAWANI NOR AZIZI

“Lebih-lebih lagi dengan keadaan negara kita sekarang, ini sahaja cara untuk kami cari rezeki,” ujarnya.

Anak bongsu daripada empat beradik ini memberitahu, ini merupakan kali pertama dia dan kakaknya berniaga di gerai kerana sebelum ini mereka hanya beroperasi secara kecil-kecilan di rumah.

Syawani juga merancang untuk membuka gerainya sendiri pada tahun hadapan selepas menamatkan pengajian Diploma Pengajan Pra Sekolah di Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Selangor.

“Sebelum ni menjual secara kecil-kecilan je dekat rumah sebelum buka kedai tepi jalan. Pada mulanya kakak nak cari pendapatan sampingan dan saya tolong dia jaga kedai.

IMG_6465

Syawani (dua, kiri) bercadang untuk membuka sebuah gerai seperti kakaknya (kiri) selepas tamat pengajian tahun depan.

“Kemudian dia ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada bisnes ini sepenuh masa. Saya pula memang ada jual makanan secara online sejak November tahun lepas untuk menjana pendapatan sendiri.

“Saya masih lagi belajar dan akan tamat pengajian pada tahun depan. Jadi saya merancang untuk buka sebuah gerai dan menjual ramen rolls yang sebelum ini dijual secara online,” katanya.

Komen netizen:

Sumber : m star / k0leksiviraI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *