Happy birthday pretty woman nursajatkamaruzzaman apa pun yang Sajat lalui akak tetap doakan yang terbaik buat Sajat. Semoga pengakhiran yang baik buat Sajat,” demikian tulis pelakon
Zarina Zainuddin yang memberi ucapan hari jadi kepada usahawan kosmetik kontroversi, Sajat, baru-baru ini.
Bagaimanapun, ucapan Zarina itu menerusi ruangan komen Instagram Datuk Seri Aliff Syukri itu menerima kecaman netizen, lebih-lebih lagi penggunaan ayat ‘pretty woman’.
Rata-ratanya mengatakan ayat tersebut tidak sesuai diguna pakai memandangkan jantina Sajat sebagai seorang lelaki. Netizen juga mendakwa ayat tersebut seolah-olah memberikan
galakan untuk Sajat terus menjadi wanita.
Tidak berdiam diri, Zarina tampil menjelaskan dia hanya sekadar memberikan ucapan biasa tanpa sebarang niat. Kata Zarina, dia tidak menyokong perbuatan Sajat sebaliknya
mendoakan usahawan itu mendapat pengakhiran yang baik.
Selain itu, Zarina juga memohon maaf andai kata pandangannya itu salah namun dia meminta agar netizen membaca penulisannya itu sehingga habis.
“Salam, saya baca je komen dalam ni banyak yang negatif, jangan macam tu kita ada keluarga juga dan kita hidup di kelilingi masyarakat. Saya tak sokong Sajat saya doakan dia,
saya cuma kata dia cantik sebab dia memang cantik macam perempuan…
“Kalau pandangan saya saya salah saya minta maaf tapi cuba baca caption saya sampai habis… Saya doakan pengakhiran yang baik buat Sajat.
No matter who you are Allah knows the best for you… Kita makhluk Allah yang banyak berdosa kita pun tak suci mana.
“Dekat sini saya tengok orang kita suka melaga lagakan sesama sendiri suka menghina orang… Setiap orang ujian hidup dia lain mungkin family kamu tidak terlibat lgbt,
mungkin ambil dadah ke berzina makan duit haram ke dosa dosa yang kamu sendiri tak tahu… Allah yang tahu semua orang boleh bertaubat Allah Maha pengasih
Maha pengampun Maha Penyayang… Serahkan diri pada Allah…” ujarnya.
Sajat sedih sambut hari jadi tanpa anak
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menyambut hari kelahirannya bersama anak-anaknya hari ini.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Sajat di laman Instagram miliknya, dia hanya mampu mengimbau kembali kenangan bersama dua orang anak angkatnya itu selain menyifatkan
kehadiran mereka sebagai hadiah yang paling bermakna buat dirinya.
“Tiada apa yang ingin saya katakan pada hari ini.
“Buat hari jadi adalah kenangan saya dengan anak-anak saya kerana merekalah hadiah paling berharga untuk saya,” tulisnya.
Sementara itu, Sajat sempat berkongsi gambar dia dan anak-anaknya ketika sambutan hari jadi tahun lepas.
Menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak bertemu dengan anak-anaknya dan memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan sambutan hari jadi dengan meriah pada tahun ini.
“Tahun ini, saya hanya rindukan anak-anak saya sahaja. Ini gambar saya dengan anak saya pada tahun lepas, 23 Februari 2021.
“Tetapi hampir satu tahun berlalu dan waktu berjalan pantas, saya rindu sangat pada anak saya.
“Maafkan saya jika saya tak sambut meriah hari jadi saya sebab saya banyak memikirkan perasaan anak-anak saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat dirinya selain meluahkan rasa sayang kepada kedua-dua anaknya serta kekasih hatinya, Jados.
“Selamat hari jadi untuk Nur Sajat buat terakhir untuk tahun ini, semoga Sajat berbahagia dan berjaya selalu di dalam kehidupan ini.
“Buat Syaza dan Syahmi, saya cintakan kamu berdua.
“Untuk kekasih hati, Jados saya cintakan awak selamanya,” luahnya.
Terpisah jauh, Sajat Luahkan Sesuatu Buat Anak-Anaknya
Usahawan kontroversi Sajat atau nama sebenarnya Mohammad Sajjad Kamaruz Zaman baru-baru ini meluahkan rasa rindunya terhadap kedua anak-anaknya.
Sajat yang kini berada di Australia berkata meskipun terpisah jauh namun dia tidak pernah lupa untuk membuat panggilan video setiap hari.
“Walaupun Ummi jauh dengan anak-anak Ummi, Ummi tak pernah lupa video call hari-hari anak-anakku. Rindunya pada anak-anak.
“Ummi simpan rindu ini nak peluk cium anak-anak Ummi.. Ummi jauh, hanya video call dapat mengubati kerinduan anak-anak Ummi. I love you Syaza dan Syahmi,” luahnya.
Dalam satu perkongsian lain, Sajat berkata dia akan bangkit semula demi anak-anaknya kerana baginya kedua anaknya itu adalah harta paling berharga.
“Dari jauh ku mencurah kasih sayang buat mu anak-anakku..Ummi akan bangkit balik untuk anak-anak Ummi. Harta Ummi paling berharga dunia ini adalah Syaza Syahmi..Ummi rindu sayang,” katanya.
Sumber : layanduIu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.