Connect with us

Keluarga

Didampingi Tanpa Rela. Lebam2 Aneh Mula Muncul Serata Badan. Time Mandi Tiba2 Bulu Roma Terpacak

Published

on

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca, aku ucapkan Ramadhan Kareem! Terima kasih admin sekiranya confession aku ni disiarkan.

Daripada tajuk pun pembaca dah tahu apa yang aku nak ceritakan ini ialah sebuah kisah mistik, so ibu hamil dan pesakit jantung anda tidak digalakkan membaca, haha. Maaf juga kalau ada yang rasa kisah ni tak sesuai diceritakan di page ini.

Aku kenalkan diri aku sebagai Diana (nama samaran), aku kerja sebagai doktor gigi di utara tanah air. Aku rasa ramai kawan-kawan dan keluarga yang mungkin akan cam penulisan aku, tapi aku minta kita semua rahsiakan, baru ada element surprise.

Tip Selamatkan Gigi Yang Tertanggal Daripada Seorang Doktor Gigi

Aku dah lama rasa nak share kisah aku di sini, tapi selalu tak ada kesempatan sebab acah-acah busy. Memandangkan harini aku ada free time, dan laptop aku pun ada sama (biasanya aku tinggal kat klinik je), so aku bersemangat sikitlah nak taip.

Kisah ni dah bertahun-tahun lamanya jadi (rasanya dah 8-9 tahun lepas), tapi aku masih ingat lagi setiap detail dan kronologinya sebab betul betul memberi kesan kepada aku.

Semuanya bermula masa aku tingkatan 4, aku tergedik gedik nak masuk asrama sebab konon-konon nak cemerlang SPM lah tahun berikutnya. Padahal bila masuk asrama, siang-siang dalam kelas aku tidur memanjang ja sebab tak biasa stay up sampai tengah malam.

Jadi mak aku pun turutkan kemahuan aku untuk masuk asrama walaupun jarak rumah aku dan sekolah katanya kentut pun boleh dengar. Asrama aku masa ni ada satu blok yang baru dibina atas tanah bekas pokok-pokok besar ditebang. Sebagai senior (tingkatan 4 dan 5), kami diberi peluang untuk merasmikan asrama baru tu.

Malam tu, aku dan kawan-kawan prep macam biasa. Kelas aku tingkat 3. Tengah syok-syok prep (syok sangat), tiba-tiba anak mata kiri aku perasan ada semacam bola api melintas di tepi kelas aku . Bila dah habis prep masa menuju ke surau, aku tanya kawan-kawan yang lain kot-kot ada yang nampak benda yang aku nampak. Ada 2-3 orang lain turut mengaku nampak bola api tu. Tapi sorang kawan aku ni, dia keraskan suara dis,

ASRAMA KU RUMAH KU: Kemudahan Asrama

“Shhh, jangan tegur!”

Betul lah agaknya apa yang orang duk pesan tu, “Jangan tegur!”. Aku conclude macam tu lah, disebabkan aku tegur, esoknya aku sorang saja yang nampak lagi. Esoknya tu, aku nampak ada seekor burung yang sangat-sangat besar, berwarna putih keemasan melintas di tempat sama.

Korang mesti kata ” Burung je tu”. Tapi saiz burung tu sangat tak masuk akal, aku rasa tu burung paling besar pernah aku tengok setakat sekarang. Korang jangan lah compare dengan burung dinasour tu, aku mana hidup lagi zaman tu, so aku tak tahulah dia besar mana. Malam seterusya, aku nampak sejadah besar pula terbang di tepi kelas aku. Tapi aku “butakan mata” sebab tak mau layan.

Aku ingat semuanya habis di situ, tapi tidak. Slowly semua benda tu progress hari ke hari. Dari benda yang kecil dan remeh, menjadi benda yang besar dan menyusahkan. Aku mula dapat lebam-lebam aneh serata badan aku, peha, lengan, semualah sedangkan aku tak langgar apa-apa atau jatuh katil masa tidur. Aku dah mula rasa takut.

Kemudian satu masa, bahu kiri aku rasa berat. Kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Bahu kiri sahaja ye anak-anak. Perasaan dia ialah, macam aku tengah jalan, tapi ada seseorang tengah ikut rapat-rapat sebelah kiri aku ni.

Rapat yang boleh rasa panas, sejuk “dia”. Sungguh merimaskan, yang aku lagi selesa berbaring daripada berdiri sebab macam tu saja yang aku tak rasa “dia” tengah berdamping. Sejak itu, ‘dia” pun mula berdamping tanpa izin dengan aku. Bestfriend sangat haha.

Bila aku solat, dia ikut sama berdamping di bahu kiri aku. Bukan nak solat, nak kacau je. Bayangkan, bila aku solat di rumah sorang-sorang, separuh dari sejadah aku gelap sebab bayang-bayang dia (seolah-olah ada sesuatu yang besar di belakang aku tangah lindung cahaya).

Tahu apa yang epic? Epicnya ialah, masa aku solat tu, lampu tu dari arah depan aku, bukan dari belakang. “Dia” saja ja nak bagitahu dia ada sama. Aku jadi takut sangat-sangat, so aku solat laju-laju dan ada sezaman tu masa aku diganggu, aku solat tutup mata sebab aku takut sangat-sangat kalau ternampak “dia”. Sekarang alhamdulillah dah boleh buka mata.

Bacaan Sujud Sahwi Lengkap Cara Sujud Sahwi. Kalau Was-was Bacaan ...

Yang cukup meyakinkan aku, dia ada sama di bahu kiri aku ialah pernah sekali tu aku mandi, aku rasa meremang sebab rasa dia ada di belakang aku, so aku tengok bahu aku, bulu-bulu badan aku ( badan aku bukan berbulu macam gorilla tu, bulu-bulu halus la) yang sebelah kiri tengah terpacak satu-satu sebab meremang tapi seblah kanan elok je rapat ke kulit. Kot ada scientific explaination boleh habaq mai kat aku.

Malam-malam aku mula dapat mimpi aneh. Yamg paling kerap sekali ialah ular. Ular, ular, ular. Ular hitam ada , ular warna warni pun ada, cakap je nak ular apa. Aku mimpi anjing ganas, mimpi kala jengking, mimpi tengah berhubungan, ada anak, lepas tu beranak dan siap menyusukan anak aku dalam mimpi tu lagi.

Masa tu rasa sayang sangat-sangat sampai bila bangun tu menangis. Gila ke apa kan? Ada satu mimpi ular tu, aku bangun terjerit “Allahuakbar” spontan sebab dalam mimpi tu, aku tertatap mata ular tu. Merah terang macam delima. Seram pula.

Jadi aku pun call mak aku hari-hari dengan telefon duit syiling sekupang dua kupang tu cakap kena kacau, Tapi pada mak aku, biasalah kan dah duduk asrama. “Dia mengusik ja tu”. Jadi bila balik hujung minggu di rumah, ada sekali tu aku tengah buat homework, tiba-tiba aku macam tengah melamun.

Dan “dia” bercakap-cakap dengan aku, tapi aku tak dapat ingat sampai sekarang apa yang dia cakap. Yang aku tahu, dia bagitahu aku something lawak. Aku boleh tersedar dari lamunan aku tu sebab aku tengah gelak dengar cerita “dia” ye gais. Gila ke apa?.

Dan petang tu di rumah, mak aku tengah goreng cucur, bilik aku ada satu tingkap sliding yang mengadap dapur. So aku tengoklah mak aku tengah goreng cucur (mak aku tak tahu). Jadi “dia” mula lah masukkan jarum-jarum halus dia. Dia cakap,

“Mak hang tak sayang hang, sebab tu dia tak bawa hang berubat pi mana-mana. Dia suka tengok hang sakit macam ni”.

Cukup meyakinkan untuk aku.

Aku jadi rasa marah dengan mak aku masa tu, sebab aku percaya apa yang “dia” kata. Bila aku tanya mak aku, kenapa tak bawa aku pi berubat? Aku bagitahu mak aku yang “dia” bagitahu aku, mak aku suka bila tengok aku sakit macam ni. Mak aku kelu, dia tak sangka anak dia sakit sampai macam ni agaknya.

Bila aku di sekolah pula, pantang terdetik apa-apa sikit, “dia” akan terus membisik kata-kata jahat supaya aku jadi jahat macam “dia”. Contohnya hari tu panas terik sangat, aku cuma terdetik, panasnya harini, terus “dia” cucuk aku supaya aku buka tudung sebab cuaca panas. Bukannya bisikan bishe bishe ye, yang terlalu kuat “Bukalah! Buka! Buka cepat!” Yang kau jadi tak tentu arah selagi tak buat benda “dia” suruh tu.

Bila aku naik kereta pula dia akan kata,

“Seronoknya kereta laju macam ni, mesti seronok kan kalau dapat keluar. Terjunlah! Terjun! Terjun!!!”.

Macam tu lah gayanya, sampai sekali tu masa mak aku drive, aku dah unlock pintu dan pegang pintu nak keluar, mak aku terus parking tepi jalan dan lock balik, muka dia cuak sangat.

Lepas tu pi mana-mana, mak aku akan suruh adik abang aku apit aku dalam kereta kiri kanan. Jadi mak aku terus bawa aku keluar asrama lepas tu, aku balik rumah. Aku ingat bila aku balik, benda tu dah tak ada, Rupanya dia ikut aku balik rumah sama sama.

Bila balik ke rumah, dan masih tak berubat, benda tu jadi makin berani dan teruk. Kali ni aku betul-betul dengar suara dia. Aku baru nak tidur malam tu. Aku dengar abang aku panggil aku,

“Diana~~~ Diana~~~”. Aku diam tak menyahut.

Tiba-tiba mak aku pula panggil,

“Diana~~~Diana~~~”.

Suara mak aku masatu lembut mendayu-dayu. Aku diam menggigil dalam selimut. Aku tak menyahut sebab family aku takkan panggil aku dengan nama penuh aku. Diorang panggil aku as “Ana”, bukan Diana. Lepas tu bila “dia” tahu trick dia tak menjadi, dia ketawa manja macam maya karin tu. Ketawa yang mendengus kut hidung tu ‘hmmmmmmmmm’. Aku cabut naik bilik mak aku tidur sana.

Ada satu malam tu, aku keluar ke porch kereta nak bagi kucing-kucing aku makan. Ada kereta mak aku kat luar tengah park, aku nampak adik perempuan aku duduk berdiri sebalik kereta mak aku tu. Masatu zaman kami berdua rambut separas pinggang, jenis yang kiasu dengan each other. Kalau potong rambut, kena potong sama-sama. So aku pun penggil la adik aku “Weyyy masuklah”. Dia berdiri kaku ja.

Aku pun pi ke arah dia, tapi dia gerak menjauh. Aku ikut dia, dia lagi kedepan, sudahnya kami dua pusing kereta tu saja. Aku ingat adik aku saja nak main-main, aku pun malas nak layan. Aku cakap,

“Ikut suka hang la, aku masuk dulu”.

Bila aku masuk ja rumah, adik aku yang aku ingat main sorok-sorok tadi tu tengah tengok tv dia ruang tengah.

So rupanya kat luar tu ialah “dia”. Nasib baik dia tak masuk bila aku pelawa tadi. Aku tutup pintu dan diamkan perkara tu. Esok tu baru aku cerita dekat mak aku yang aku nampak “adik aku” rambut panjang kat porch kereta semalam.

Yang last sekali sebelum aku akhiri cerita aku, ada satu malam tu masa aku tengah tidur, aku terjaga sebab rambut aku tengah kibas-kibas kat muka aku, beberapa urat saja la (perempuan mesti faham kan rimasnya rambut kat muka ni), aku pun tolak rambut tu selit di belakang telinga.

Tiba-tiba rambut tu ada lagi. Ishhh, rimas! Aku pun tolak lagi untuk kali kedua dan ketiganya. Tapi bila rambut tu duk kibas lagi untuk kali ke empatnya, aku hilang sabar dah. Aku pun tarik ja rambut tu buang sebab annoying sangat-sangat.

Throwback Kenangan Zaman Asrama, 5 Benda Ni Mesti Korang Pernah ...

Guess what?? Masa aku tarik rambut tu buang, rambut tu putus lah kan, ada di tangan aku. Tapi kepala aku tak da sikit pun rasa sakit macam kena tarik rambut. Milik siapakah rambut itu?.

Sekian di sini sajalah cerita aku, aku punya jari pun dah beku tak dapat taip sebab aircond klinik kuat sangat. Ni mungkin hanya cebisan dari kisah aku. 3 tahun menanggung sakit diganggu tapi akhirnya pulih Alhamdulillah berkat usaha mak abah aku yang tak jemu usung aku sana sini pi berubat. Kalau nak cerita part berubat tu, banyaklah lagi nak kena taip gayanya.

Kesimpulannya, kalau ada yang sakit-sakit macam ni, tolonglah sayangi diri anda dan pergi berubat, jangan biar melarat nanti susah. Alam ghaib ni ada, kita perlu percaya. Tapi tak perlu taksub sampai memakan diri.

Aku mohon maaf kalau ada singgung mana-mana hati pembaca lain, ada kata-kata yang tidak enak dan sebagainya. Yang baik dari Allah dan yang buruk segalanya datang dari kelemahan diri aku sendiri. Terima kasih sudi membaca.

Reaksi warganet

Eita Fazlin –
Mana yang ada tanda2 tu pergilah jumpa pakar perubatan Islam dan ikhtiarlah untuk berubat. Kisah ni lebih kurang je macam saya, baru habis berubat. Alhamdulillah makin baik sekarang. Badan dah tak sakit2, rasa ringan.

Pendamping yang sudah lama berdamping dari zaman bujang sampai sekarang dah 9 tahun kawin. Macam2 dah jadi. Sebab pendamping saya ni perempuan, jadi apa yang dia nak faham2 lah apa yang dia buat selama ni. Mula2 tak percaya nak berubat2 ni, bila mula diruqyah dah macam cacing kepanasan. Baru percaya. 😥

Nor Afifah Abdullah –
Sama macam adik aku, dia tak boleh stay kat asrama. Dia pernah masuk sek menengah dan asrama, masuk 3-4 hari cikgu kol suruh datang ambik. Adik aku demam.

Lepas dia sihat aku tanya kenapa, dia kata dia ada nampak ‘benda’. Sejak dari tu dia pindah sekolah, xstay asrama lagi dah. Then 2-3tahun lepas dia masuk U. Kejadian berulang, warden kol aku suruh ambik dia sebab dia demam dan lemah, meracau2. Aku ambik bawak balik rumah, aku bagi dia rehat.

Esoknya aku tanya, kenapa? ada apa masalah?dia cakap ada gangguan, kaki tangan dia lebam2. Aku tengok lebam tu, besar2. Dia cakap rasa berat kat bahu, dia budak yang tak tinggal solat dan kuat ngaji. Time mengaji pun benda tu ada, dia rasa sakit2 sendi bila mengaji..

Aku terus bawak dia berubat dengan ustaz. Alhamdulillah sejak dri tu, dia nampak okey. Takda dah mengadu apa2. Aku pesan kat dia sebelum tido, basuh kaki ambik wuduk..Kadang penat sangat badan lemah dan kotor, senang benda tu datang..

Nur Atiqa Natasha –
Ahad lepas saya balik kampung. Lepas sahur, kononnya nak tido kejap sebab penat. tapi bila lelap kejap, saya bermimpi benda pelik.

Saya dapat dengar suara sendiri macam bunyi lembu kena sembelih. Dan dalam mimpi tu, ada saya yang tengah baring berubat, dan ma abah dan mak sedara ada kat sebelah kanan. disebelah kiri pula ada macam almari yang ada cermin and kat situ ada nampak macam wajah hantu kot yang macam tengah pandang saya. And lepas tu, badan saya macam tengah terbang keliling ma, abah dan mak sedara.

Tak lama lepas tu saya tersedar. Then keluar bilik, tido dengan ma. Tapi sampai sekarang terfikir mimpi ape sebenarnya tu. Yang pasti, bangun je dari tido ketika tu, memang jantung laju degup kencang.

Sumber – Doktor gigi anda (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa kata anda? Pernah rasa didampingi? Jangan lupa kongsi pengalaman anda di baeah ye

Sumber :  EdisiMedia

Jangan lupa tekan like dibawah untuk berita menarik

Keluarga

Istri Pelik Makin Hari Makin Banyak Keputihan. Laki Pulak Suka Sangat Tidur Lewat. Terkedu Rupanya Dalam Diam Masa Istri Tengah Tidur Ini Yang Suami Lakukan

Published

on

By

Gambar sekadar hiasan.Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tia, aku da berkahwin.

Mungkin cerita aku pernah dialami para isteri diluar sana. Aku pasti bukan aku sorang je yang alami situasi macam ni. Cuma bnyak isteri yg berdiam dan tak ambil kisah atau mungkin tuntut perpisahan.

Kisah nya bermula macam ni, tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video bukan bukan non-stop kat situ.

Kantoi dengan saya, saya terus avoid dia. Saya mintak nak berpisah.

Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar.

Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak bersama dengan banyak perempuan macam ni. sy malu ada pertalian suami dengan dia.

Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video bukan bukan.

Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok benda bukan bukan tu praktis kat mana?

Tapi dia mintak untuk sesi kaunseling. Masa tu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh daripada apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin,

saya takkan kawin dengan lelaki macam ni. Sebelum kawin memang saya ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik.

Mungkin saya je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat.

Lelaki cuma sweet talker, tu yang buat wanita tertipu.

Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yang tak kena..

Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada saya. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.

Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu.

Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.

Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia bersama dengan btina-btina lain.

Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?

Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan.

Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada.

Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.

Tapi dalam masa yang sama saya takut jugak makan certain antibiotic masa mengandung, takut risiko kepada baby.

Sebab masatu saya baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.

Banyak kali sangat dah saya berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak.

Tapi sampai bila? Saya dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri.

Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50. Nafkah btin?

Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.

Sedangkan saya dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung.

Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan saya pregnant, mestilah tak period.

Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya saya tidur dalam air mata almost setiap malam.

Sampai saya terfikir nak beli benda yang bukan bukan. Sehingga ke bersalin sy makan hati.

Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk.

So agak-agak kat mana dia lepaskan kat mana? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan keinginan selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.

Lepas keinginan kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah.

Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali. Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan.

Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.

Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri.

Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami..Tolonglah bantu saya. Apa perlu saya buat

Sumber : apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Continue Reading

Keluarga

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali ‘Skandal’ Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Published

on

By

Sebut sahaja TikTok pasti ramai sudah terbayang video lucu yang sering menjadi tontonan ramai.

Semestinya aplikasi ini trend yang makin hangat dan menjadi ikutan ramai orang.

Ramai orang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur.

Akan tetapi, menurutnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Rupanya memang terdapat pelbagai konten yang bukan sahaja ‘fun’ tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Anda hanya perlu ikuti akaun yang menghasilkan konten seperti itu dan TikTok akan berikan feeds yang sama.

Tidak dapat disangkal bahawa aplikasi TikTok ini turut hype di Malaysia.

Apa kata baca artikel berkaitan TikTok yang lucu.

“SIAPA Sharina?”

Itulah soalan yang terpacul daripada mulut seorang isteri tatkala melihat nama wanita tidak dikenali muncul pada skrin telefon suaminya dengan mesej “I miss you sayang.”

Menerusi satu video tular di Twitter, kelihatan wanita itu seolah-olah cuba merebut telefon suaminya sejurus dia melihat mesej berkenaan.

Video Ada di Bawah Sekali

Tampil bercerita kepada mStar, Akmal Hizzat, 29, mengakui mesej yang muncul itu merupakan satu prank yang dibuat menggunakan filter terbaharu di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Akmal, dia mendedahkan isterinya, Fatin Noraishah Shafika, 27, agak marah dan terkejut sebelum dia membuat penjelasan sebenar.

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali 'Skandal' Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Paparan skrin video tular itu di Twitter.

“Masa tu kami dalam kereta nak pergi hantar barang ke rumah saudara.

Masa dia tengah mekap, saya cubalah rakam video TikTok dengan filter terbaharu tu.

“Mula-mula nampak mesej Sharina tu, memang dia percaya.

Reaksi dia agak marah, dia genggam tangan dan baju saya.

“Saya minta dia sabar, saya jelaskan bahawa ia filter TikTok.

Lepas tu pun dia masih tanya siapa Sharina. Sebenarnya saya reka je nama tu,” ujarnya.

Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat.

Menurut Akmal yang juga jurutera projek di ibu negara, dia sama sekali tidak menyangka video TikTok yang dikongsi di Twitter itu menerima lebih 120,000 tontonan.

Malah katanya, ramai netizen yang terhibur, tak kurang juga yang bertanyakan nasibnya selepas ‘kantoi’ dengan isteri sendiri.

“Filter tu sekadar nak kenakan isteri, tak sangka sekali buat terus menjadi.

Saya pun tak jangka akan viral, sebab saya kongsi je di media sosial macam biasa.

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali 'Skandal' Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada September lalu.

“Ada yang kata saya kena tidur luarlah selepas kantoi.

Alhamdulillah tiada yang kecam, orang ramai pun faham ia sekadar jenaka,” katanya.

Menurut Akmal yang menetap di Ampang, Selangor, dia juga mengakui seronok menggunakan aplikasi TikTok.

Malah katanya, ia berbeza dengan pandangan segelintir pihak suatu masa lalu yang menganggap aplikasi itu hanya sesuai untuk remaja.

Video Ada di Bawah Sekali

Video: Kantoi Layan Tiktok dgn Istri, Sekali 'Skandal' Hantar Masej Sayang Rindu Bagai

Akmal tak sangka video prank isterinya akan meraih perhatian ramai.

“Mula-mula dulu memang tak dinafikan persepsi mengenai TikTok. Buka je ada budak menari dan sebagainya.

“Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat. Ada yang kongsi video masakan, kereta, perubatan dan sebagainya,” ujarnya.

Bercerita mengenai dia dan isteri, Akmal mendedahkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 29 September lalu.

Video ada di Bawah Sekali

Sehingga kini, video prank itu turut menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Continue Reading

Keluarga

Dasar perampas!’ Kec0h seorang Istri serang majlis kahwin suaminya

Published

on

By

H4ncur luluh hati isteri apabila melihat suami yang dicintainya berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya.

Apatah lagi anak perempuannya yang juga terkesan dari perbuatan si bapa.

Dalam video yang sedang viral di media sosial, si isteri dan anak perempuannya nekad datang ke sebuah rumah di mana suaminya sedang dalam proses menikahi orang ketiga itu.

Tatkala melihat bapanya bernikah lagi, si anak meraung-raung menangis dan cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalang dua lelaki yang bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

Dari luar rumah, wanita itu menjerit ‘Per4mp4s!’ sehingga mengundang perhatian penduduk di sekitar yang datang menyaksikan kekecohan tersebut.

“Per4mp4s! Dasar per4mp4s!” jerit si isteri kepada suami dan perempuan berkenaan.

Ketika itu, mereka yang berada di dalam rumah baru sahaja mula membaca doa selepas selesai akad nikah.

Melihat si isteri yang sah datang menyerbu, suaminya terus berdiri,

manakala pengantin wanita terus masuk ke dalam bilik.

Ketika si isteri ingin masuk ke bilik pengantin,

dia dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai ibu pengantin berkenaan, lalu terus menutup pintu.

Menurut si isteri, suaminya itu sebelum ini pernah cur4ng dan menyebabkan pasangannya yang juga merupakan gadis promoter h4mil.

Katanya lagi, suaminya baru saja membeli kereta sembilan bulan, tetapi masih berhutang dengan pihak bank.

Si anak pula terus meng4muk, menarik baju ayahnya sambil disaksikan oleh penduduk yang terdiam dan tidak melakukan apa-apa.

Videonya di link ini

https://www.facebook.com/vingkiliem/videos/665736744352731/?t=8

Sumber : Indo Zone / Ttk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Artikel lain..

Sedih tengok keluarga ni naik kereta cabuk masuk pusat beli belah. Tapi bila tengok family ni berbelanja memang terkejut. Dia yang pakai kete mahal pun tak mampu.

Dont Judge Book by it Cover” itulah ungkapan bahasa orang putih yang tepat pada cerita ini. Maksudnya Dalam hidup ini,

janganlah kita menilai orang lain secara luaran kerana rezeki masing masing berbeza dan begitu juga amalan gaya hidup setiap orang juga berbeza.

Luahan yang dikongsikan oleh wanita ini bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi juga patut menjadi contoh kepada kita semua.

Apa yang bagusnya, wanita ini menjadikan apa yang berlaku di depan matanya sebagai pengajaran.

Beginilah orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri.

Sentiasa mengkaji diri dan menginsafi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Ambil la bahagian yang positif dalam cerita ini sebagai tauldan pengajaran dalam hidup kita agar kita menjadi insan yang positif setiap hari.

Cerita ini telah diparkan dilaman media maya satu ketika dahulu.

Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul betul memberi

pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya.

Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami.

Kereta itu memang buruk sangat, sampai saya cakap pada suami, “Kesian keluarga tu naik kereta buruk saja.”

Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka.

Tuhan betul betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain.

Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita.

Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini. Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang,

habis saya dimaki dan dikatakan membazir. Kemudian bila nak buat pembayan di kaunter,

sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga.

Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus,

minyak masak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.

Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat.

Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit.

Disini saya rasakan tidak semestinya seseorang yang buruk diluar juga buruk di dalam.

Jangan terlalu merendahkan seseorang dengan apa yang mereka pakai.

Setelah status ini dimuat naik. Warganet tidak ketinggalan meletakkan komen. Berikut adalah komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Wat Eva – Biasala EGO. Hujung hujung kereta hutang. Bekerja untuk bayar kereta. Cuba kreatif sikit. Bekerja untuk pergi melancong ke jalan jalan or shoping shoping ke makan makan ke dengan family. Kan lebih bahagia?

Wajihudin Johari – Kesian kt orang tu pkai kereta “buruk”?? Ayat ni je dh nampak perangai ko macam mana la pompuan oii. kalau laki kau tak pkai honda city tak ada kau nak kt dia. dh mcm tu lg mau salahkan laki. jenis tak reti bersyukur la tu.

Amy Hani – Orang yang pakai kereta so called buruk tuh lah yang banyak duit berkepuk kepuk tahu? belanja barang dapur 600 sebulan steady je. dah beli kereta buruk tuh cash, tak payah fikir beban hutang,duit banyak berkepuk kepuk.

siap boleh bawa family pergi bercuti mandi kolam berenang dalam bilik hotel grand lexis lagi. bahagia hidup bila bebas dari hutang. kau yang pakai kereta mahal tuh nak keluar duit belanja pun berkira kira. takut sangat tak cukup sampai hujung bulan. sedih hidup. HEHEHEHE

Nur Fatin – Setengah darinya p beli belah pkai keta lma tpi kalau jln jauh bru guna keta yang lebih selesa. orang yang dh ada2 ni p jln2 bandar dekat dekat tk kisah sgt pkai keta kecil atau buruk buruk jimat sikit ruang n kos. biasala tu.

Mira Edora – Sebab tu. dengan anak anak isteri. jgn kedekut. kalau kedekut allah akan sempitkan rezeki. kamu wahai lelaki yang brnama suami.

Amira Syahida – tak semestinye kereta buruk tu miskin. knp mentaliti kita mcm tu..ade jutawan relax je naik kapcai. kot kot g beli brg dpur naik saga je. kt umah ade sebijik vellfire

Mohd Safwan – Pakai kereta mahal mahal, hulur dkat bank byar kereta 1k. hulur dkat mak bapak,50 pn mengunkit. makan ala ala artis. gaji 5k kata dk ckp lg. kos sara hdup tnggi katanya. p blahh ahhh.

Abu Syafi darwish – lain orang lain rezekinya. mgkin yang kereta proton tu ade kereta mewah dirumah siapa tahu. betul kau berutang beli kereta. tp kau dh ade kemudahan untuk perjalanan jauh yang lebih selesa.aku pakai kancil beli cash nak ke kedah kn naik bas gak. kereta pun selalu meragam. Ape yang penting kn bersyukur rezeki yang ade insyaallah cukup. jgn sekali compare dengan orang lain..

Aiden Hamir – Kalau nak beli kereta mahal perlu bijak. Ikat 5 tahun kebawah je. cepat settle. Kalau tak tak payah. pakai apo yang hado. sebab kalau bayaran 1300 sebulan. Kalau kumpul setaon macam macam leh beli dan leh settle. Kalau betul2 job dah steady takde masalah nak pakai kete apa pon.

Continue Reading

Trending