Hiburan

Diberi Gelaran si Bapak Tunggal, Shuib Akhirnya Buat Keputusan yang Mengejvtkan Semua

SYUKUR… itu luahan pelawak Shuib Sepahtu apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dipantau di hospital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, jika arwah Siti Sarah masih ada ia tentunya menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-36 pada Rabu.

Selain berita gembira tentang kepulangan Ayash, pelawak berusia 37 tahun itu turut berkongsi foto bahagian tangan bayi berusia satu bulan lapan hari itu.

“Syukur Ya Allah, esok hari lahir ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini. Insya-Allah sekejap lagi dah boleh balik dah.

“Allahuakbar… tangan, jari sebiji tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

“Terima kasih semua. Syukur Ya Allah di atas rahmatMu,” katanya menerusi Instagram pada Selasa.

Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta teruja.

Pada Isnin, Shuib diberi peluang buat pertama kali bertemu dengan anaknya yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Shuib berkata, berat badan anaknya itu sudah mencecah 2.6 kilogram dan kuat menyusu.

   

“Ayash sihat berat sudah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang istimewa sangat hadiah daripada ibu. Allahuakbar.

“I wish you are here sayang… I love you” tulis Shuib.

Shuib Mahu Berahat

Kini bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia mahu berehat seketika daripada dunia seni.

Ini untuk memberi tumpuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan.

Menurut Shuib, sejak Ayash pulang rutin hariannya kini berubah apatah lagi perlu menyesuaikan diri dengan tanggunghawab sebagai bapa tunggal.

“Sekarang, semuanya berubah termasuklah jadual harian saya termasuklah selepas Ayash Affan pulang ke rumah.

Dan dia memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam tempoh pramatang.

“Berehat yang saya maksudnya bukannya berhenti tetapi tidak terlibat dengan sebarang program buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib sempat berseloroh akui pelik apabila dirinya kini bergelar bapa tunggal. Ujarnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.

“Pelik pula dengan gelaran tersebut tetapi inilah yang saya jalani. Penggantungan anak-anak sekarang sudah beralih 100 peratus kepada saya sejak ibu mereka meninggal dunia.

“Jadi, untuk laksanakan semua ini, ada baiknya saya fokus dulu dengan keadaan di rumah bagi memastikan kehidupan dan pelajaran anak-anak terjaga,” katanya.

Sementara itu, menerusi laman Instagram Siti Sarah, kelihatan tiga adik-beradik Ayash teruja menyambut ketibaan adik bongsu mereka.

“Alhamdulillah… Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Uwais, Talita dan Matin hari-hari tanya fasal Ayash.

“Mereka nampak gembira sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada semua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

    

“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah” ujar pengendali instagram berkenaan.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Sumber : budaksitu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *