Hiburan

“Diam diam eh kak Long kita naik pelamin” Seronok tengok AmeIina dan pasangan

GARA-GARA perkongsian video seorang jurumekap yang memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat.

Menerusi akaun TikTok hahaksado dengan kapsyen ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita’, Amelina disangka mengikut jejak aktres Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda.

Perkongsian itu juga menerima ucapan tahniah, malah ada juga yang meminta pengesahan tentang berita gembira itu.

“Tahniah selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke Jannah. Betul ke kak long dah kahwin? Tahniah Kak long selamat pengantin baru. Seronoknya kak Lina dah kahwin semoga berbahagia kak Lina,” antara respon dan reaksi netizen.

Klik untuk videonya

Reaksi dari netizen

Tu laa mslh netizen malaysia, malas nau nk membaca

Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, yang dihubungi mStar memberitahu foto yang diambil itu hanya untuk penggambaran drama.

“Foto tu sebenarnya masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral.

“Kalau betul kahwin saya akan buat grand… tak ada la pelamin macam itu,” katanya.

Bercakap soal jodoh, Amelina berkata, dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada rezeki dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami.

Tambah ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia pernah beberapa kali cuba untuk mengenali seseorang namun masih trauma dengan kegagalan rumah tangga dahulu.

Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.

AMELINA

PENYANYI

“Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.

“Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan,” ujarnya.

AMELINA5

Amelina tidak menolak jodoh sekiranya ada pasangan yang tepat.

“Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan indipendence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.

“Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit!

“Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara. Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah,” ujarnya.

Amelina mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood 26 April 1999 di Songkhla, Thailand, namun bercerai pada 29 Jun 2016.

Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 20; Putera Al’ Affiq, 19; Putera Al’ Asyraff, 18; Puteri Nur’ Asyurah, 16; Putera Al’ Arffa, 14; dan Putera Al’ Amzar, 12.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *