“Dia sunyi dia punya pasal” Ielaki ini muak ramai mudah simpati, termakan tangisan Sajjat

Seorang individu meluahkan rasa muak apabila melihat ramai warganet seakan termakan dengan tangisan usahawan transgender sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Muak dengan Sajat, ramai backup

Menerusi ciapan tular di platform X, individu dikenali Matt Hamzah memberi peringatan buat warganet untuk mengenang semula ‘punca’ yang mengakibatkan usahawan terbabit keluar daripada Malaysia.

Tambah individu terbabit, orang ramai tidak perlu mudah bersimpati sekiranya usahawan berusia 38 tahun itu dilihat seakan sunyi hidup seorang diri tanpa keluarga disisi.

“Kes dia clear cut (terang-terangan) jenayah. Takyah la korang backup sangat. Dia sunyi dia punya pasal. Dah tu kenapa lari?”soalnya.

muak dengan sajat

Jenayah tak kenal jantina

Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh Sajat sebelum ini jelas menunjukkan dia terlibat dalam kes jenayah.

Dia berkata, itulah adalah kenyataan yang tidak dinafikan biarpun seseoran itu berjantina lelaki, wanita mahupun apa-apa sahaja.

“Tolak tepi isu dia ni trans ke apa ke. Kes jenayah tak kenal kau lelaki ke perempuan atau trans, waiman non-binary sekali pun. Kau kena jelas kat situ,”tegasnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Sajat atau nama sebenarnya  Muhammad Sajjad Kamaruzzaman  meluahkan rasa sebak apabila rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri membantu membelikan kerusi roda buat bapanya yang kini sedang sakit.

Malah, dalam video tersebut Sajat juga meminta maaf kepada bapanya dan ampun diatas segala yang dilakukan termasuklah mengatakan yang dia sangat menyayangi orang tuanya.

Apa salah Sajat?

Ciapan individu terbabit mendapat perhatian ramai dan ada yang meminta kes jenayah apa yang dilakukan oleh Sajat sebelum ini.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *