“Dia memang pernah cakap sebelum ni..” Istri Raja Afiq sanggup berhenti kerja PoIis, sekali kantoi pekerjaan baru beliau

Raja Afiq tidak pernah melarang keputusan isterinya, Soffwany Yusoff yang memilih untuk berhenti kerja sebagai anggota polis demi mengejar cita-cita sebagai pramugari.

Afiq berkata, isterinya itu sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pramugari dan akhirnya berjaya menggapai impian itu.

“Saya sokong apa saja yang dia minat. Dia memang pernah beritahu nak jadi pramugari sebelum ini, tapi disebabkan dia berasal dari Taiping, Perak dan sukar untuk dia datang ke Kuala Lumpur untuk hadiri temu duga ketika zaman mudanya.

“Selepas hampir 15 tahun dia bertugas sebagai anggota polis, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah selepas percubaan pertamanya menghadiri temuduga di Malaysia Airlines, dia dipilih untuk menjalani latihan.

“Walaupun kerjaya sebelum ini sudah menjamin hidupnya, tapi bagi saya kita hidup hanya sekali dan tak salah untuk dia menukar kerjaya baharu kerana rezeki ada di mana-mana,”katanya.

Menurut Afiq, tidak menjadi satu masalah apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya yang kini memilih kerjaya di awan biru.

“Setakat ini saya tengok jadual penerbangannya tidak padat. Cuma dalam seminggu hanya satu atau dua hari saja dia kena bermalam di lokasi terakhir penerbangannya.

“Jadi, tidaklah terlalu lama dia tinggalkan rumah. Semalam saya berpeluang menghadiri hari pelantikannya sebagai pramugari dan saya tumpang gembira,”katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2020 di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *