“Dia makan dua kali. Ehhh tercakap pulak” Puteri Sarah dedh Syamsul berselera makan ketika ambil ank

Meskipun sudah bercerai, umum mengetahui pelakon Puteri Sarah tetap menjalin hubungan baik dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof demi kedua-dua anak mereka, Shaikhul dan Sumayyah.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan Puteri Sarah berkongsikan mengenai hubungan baiknya dengan bekas suaminya itu.

Menerusi video itu, Puteri Sarah berkata Syamsul sering melawat anak-anak serta mengambila membawa keluar untuk beriadah bersama.

Puteri Sarah sempat berseloroh mengatakan Syamsul pernah singgah makan di rumah dan makan dua kali.

“Sebab tu lah bila dia datang rumah, dia makan dua kali. Ehhh tercakap pulak. Kadang-kadang dia datang nak tengok anak, pastu dia makan dua kali, ehhh,” katanya.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen memahami bahawa Puteri Sarah mungkin sedang ‘mengusik’ Ira Kazar.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Ira dipuji netizen apabila sering berkongsikan resepi di media sosial miliknya. Malah, ramai yang memuji suara Ira sedap di dengar serta mengatakan patutlah Syamsul terpikat. 

Suami Awak Voice Note Saya, Jangan Marah

Ketika siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah menjawab soalan yang bertanya adakah Syamsul yang melabur dalam perniagaan yang diceburinya itu.

“Modal meniaga dari mana? Sol (Syamsul) yang bagi ke?”

“Hello, of course la tidak. Saya rasa kan semua akaun palsu ini dia buat notifikasi (ketawa). Jadi, bila Puteri Sarah live, dia akan cepat-cepat masuk.”

Bukan itu sahaja, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul ada memberitahu dia berada di set penggambaran untuk ‘scene’ waktu malam.

“Oh lupa sebab tadi orang tu (Syamsul) ada bagitahu dia shooting malam ini. Jadi sebab Syamsul tak ada kat rumah kan, dia kacau Puteri Sarah.”

“Tapi tadi suami awak voice note saya ya. Jangan marah (ketawa).”

Periksa telefon bimbit

ira syamsul

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mengingatkan Ira Kazar untuk memeriksa ‘call log’ telefon Syamsul.

“Saya rasa lebih baik awak check phone dia sebab dekat call log banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa. Tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan.”

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan di antara mereka pada 14 Jun yang lalu.

Selepas bercerai, Puter Sarah kemudiannya membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

Sumber : ohbulan / rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *