Hiburan

“Di pejabat imejnya macam makcik kaunter” Model buat 7 kerja rupa rupanya ibu tunggal

GARA-gara penampilannya yang berbeza di luar waktu kerja, gaya seorang wanita dilabelkan seperti petugas di kaunter.

Wanita itu berkongsi sisi lainnya sebagai model sambilan yang beraksi lincah di hadapan kamera, juga bersama sekumpulan model yang dilatih belajar berjalan catwalk.

Manakala satu sisi lain, penampilannya begitu berbeza apabila berbaju kurung sehingga dikatakan netizen ‘macam akak kaunter nak buat IC’.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Nur Jannah Anuar mengakui penampilannya memang berbeza disebabkan pekerjaan secara sepenuh masa dan separuh masa yang dilakukannya.

Dia yang berusia 38 tahun berkata, imej dan identitinya yang sebenar adalah santai dan ringkas yang tidak menampakkan dirinya sebagai model sambilan mahupun bekerja di pejabat.

“Dulu saya tak reti nak dress up, hanya lebih selesa dengan t-shirt. Penampilan lebih kepada boyish, nampak ringkas. Kerjaya sebagai model sambilan bermula pada 2015.

“Ketika itu saya di shopping mall, hanya pakai jersi, jeans dan selipar. Ada wakil agensi modelling tegur dan menawarkan saya untuk menjalani casting,” katanya ketika dihubungi.

Beraksi di pentas peragaan.

Di sebalik dirinya yang lebih dikenali sebagai model, juara Ratu Kebaya sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016 ini merupakan pembantu belia dan sukan di Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka sejak 2009.

“Saya tak boleh kerja duduk je, mesti nak buat kerja yang bergerak. Sebab itulah selain kerja hakiki di majlis sukan negeri, saya menjadi model sambilan buat catwalk dan photoshoot.

“Saya masih ingat lagi masa tu sekurang-kurangnya dua kali sebulan saya ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk menjalani buat photoshoot,” katanya yang berasal dari Peringgit, Melaka.

Iejan (tengah) menjuarai Ratu Kebaya sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016.

Menurut ibu tunggal ini, dia sebenarnya menggalas tujuh kerja demi minat dan meneruskan kelangsungan hidup untuk menyara seorang anak lelaki berusia 13 tahun.

“Selain kerja di pejabat dan model sambilan, saya jadi catwalk coach sejak bulan lalu. Sebelum ini pernah melatih anak-anak muda buat persiapan sebagai model, tapi tidak serius.

“Saya juga menguruskan pasukan futsal wanita Melaka, No-T Girls, sejak 2018. Saya mencari pendapatan sampingan sebagai jurumekap artis (MUA) dari 2008,” katanya yang turut menguruskan pasukan bola sepak wanita.

Berbakat sebagai model.

Dalam pada itu, Iejan yang pernah membintangi video muzik penyanyi Singapura, Amy Hakimi bertajuk Aku Redha turut melakukan kerja sambilan sebagai perancang kejutan (surprise planner).

“Saya juga menguruskan pemasaran untuk syarikat spa dan kecantikan dan ambil tempahan pelanggan yang mahu mendapatkan servis untuk rawatan,” katanya.

Apa pun perwatakan kita, tak kisah kita bermekap atau tidak, cantik atau tidak, berpakaian menarik atau tidak… yang penting kita yakin masa bila kita perlu untuk menonjolkan diri

NUR JANNAH ANUAR

Bagi model berketinggian 167 sentimeter itu, tugas paling mencabar adalah menguruskan pasukan futsal wanita kerana pada masa ini ia belum menjana pendapatan.

“Sebaliknya saya kena keluar modal sendiri untuk develop budak-budak ni. Kena cari tajaan, kena uruskan gelanggang selain jadual mereka,” katanya.

Menguruskan pasukan futsal dan bola sepak wanita.

Mengenai penampilan, Iejan berasa lucu dengan komen-komen netizen menerusi perkongsian videonya di aplikasi TikTok yang menyamakannya seperti ‘akak yang bekerja di kaunter’.

“Saya tidak terasa hati pun, tapi kelakar. Saya nak tunjuk siapa saya sebenar, selain orang hanya nampak saya cantik dan kurus.

Iejan turut melakukan kerja sambilan sebagai ‘surprise planner’.

“Jika bukan model, saya mungkin dilihat macam makcik kaunter atau berpakaian ringkas dengan t-shirtdan jeans.

“Kita kena yakin dengan diri sendiri. Apa pun perwatakan kita, tak kisah kita bermekap atau tidak, cantik atau tidak, berpakaian menarik atau tidak… yang penting kita yakin masa bila kita perlu untuk menonjolkan diri,” katanya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *