Infomaklumat

Degil Tak B0leh Buat Apa 0rang Awam Terjumpa Geng Gelang Pink Di Luar Rumah, Kali Ni Dekat Bank Di Penang

Baru saja reda dengan kes melibatkan seorang makcik yang memakai tag pink COVID-19 di Perak, hari ini muncul pula kes baru berkaitan isu sama.

Tular di Facebook Penang Kini, seorang wanita katanya dilihat sedang beratur masuk di hadapan Maybank Raja Uda, Bagan, Pulau Pinang sekitar jam 11 pagi tadi. 

Menurut sumber, dia yang ada di tempat kejadian juga sedang beratur ingin masuk ke dalam bank tersebut apabila dia kemudiannya terperasan tag pink yang dipakai wanita tersebut yang katanya beratur selang seorang daripadanya.

Tindak tanduk wanita itu agak mencurigakan kerana apabila tiba masanya untuk masuk ke dalam bank, tak semena-mena wanita itu tidak jadi masuk dan terus menghilangkan diri. 

10 minit selepas itu, sumber ternampak seseorang memberitahu pengawal keselamatan yang wanita terbabit masuk ke dalam bank dengan memakai gelang pink. Uish beraninyaaa! 

“Call polis terus kalau nampak macam ni!” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini berasa amat marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut. Ramai juga yang menasihatkan kalau ternampak golongan ini berkeliaran di kawasan luar, tolong hubungi polis secepat mungkin.

Apa-apapun, menurut Penang Kini, perkara ini masih belum dapat dipastikan lagi oleh pihak berkuasa dan diharapkan tiadalah apa-apa yang buruk berlaku.

Please lah korang ikut SOP dan sila kuarantin dalam rumah. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : lobak merah / klm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *