“Dalam Idah pun tunjuk VC bermanja dengan lelaki” masih tak serik! menantu Kazar masih bising selepas disman

Melalui Instagram Story pelakon, Puteri Sarah, dia mendedahkan mesej peribadi seorang individu bersama menantu pelakon veteran, Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena yang masih ‘berbunyi’ biarpun sudah disaman.

Difahamkan mesej itu diterima olehnya daripada seorang individu yang menunjukkan Wiwie mendakwa Sarah bermanja dengan lelaki lain semasa melakukan live dalam waktu Idah.

“Dalam Idah pun tunjuk VC bermanja dengan lelaki dalam live. Adakah itu maruah isteri?”

ig story ps

Tidak berdiam diri dengan dakwaan terbabit, aktres itu membalas semula dakwaan tersebut dengan berkata wanita itu terlalu sibuk hal orang lain.

Bahkan, sempat menasihati Wiwie untuk sediakan wang yang banyak kerana perlu membayar saman.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah pun menyaman menantu Kazar kerana biarpun pelakon terbabit sudah pun menarik saman terhadap keluarga Ira Kazar, Wiwie sebagai menantu pelakon veteran itu masih perkatakan isu percerai bersama bekas suami, Syamsul Yusof.

“Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak” – Puteri Sarah Bengang Bekas Menantu Kazar Cari Pasal Di Instagram

Disangka sudah tenang dengan kehidupan masing-masing, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini tampil meluahkan rasa marah dengan sikap bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazween yang didakwa masih memperkatakan isu perceraiannya bersama bekas suami, Syamsul Yusof.

Kata Sarah, Wiwie didakwa masih menjaja kisah peribadinya di media sosial dan menganggap wanita itu patut bersyukur kerana dia telah menarik saman terhadap Ira Kazar dan juga dua ahli keluarga bekas madunya yang lain.

“Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak. Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok dan kami gembira dengan kehidupan sendiri.”

“Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau ke. Dah tarik saman dah cukup baik. Kau patut bersyukur tetapi tidak. Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.”

Berikutan itu, Sarah memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang dan akan membuat laporan kepada majikan Wiwie.

Puteri sarah liyana wiwien

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul telah disahkan bercerai pada 14 Jun lalu setelah bertahun-tahun perkahwinan mereka dilanda ombak disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar yang kini sah menjadi isteri pengarah terkenal tersebut.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *