Baru-baru ini, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ telah menarik perhatian ramai orang apabila telah tampil di salah satu iklan makanan.
KJ yang juga merupakan salah satu penyampai radio Hot FM itu telah memuat naik video pendek tersebut di akaun TikToknya dan sempat meraih 1.4 juta penonton.
Memandangkan saya tengah free, saya berbesar hati menerima tawaran itu.
Teruja melihat lakonan KJ sebagai rider dalam iklan tersebut, rata-rata warganet kagum dengan kebolehannya yang tidak kekok sama sekali walaupun pertama kali berlakon untuk sebuah iklan.
Namun demikian, semenjak kalah di Pilihan Raya Umum lalu, masih ada yang berharap KJ akan kembali mengambil alih tempat dalam dunia politik.
Sudah, KJ dah rosak teruk.

Pada masa yang sama, ada juga yang meniliti tujuan bekas menteri ini kelihatan aktif di media sosial dan industri hiburan adalah supaya sentiasa berada dalam ‘radar’ rakyat dan tak dilupakan seperti bekas-bekas menteri yang lain.
Warganet kini tertunggu-tunggu dengan apa yang bakal bekas menteri kesayangan mereka ini lakukan pada masa akan datang. Mungkin juga KJ akan mula berkecimpung dalam dunia lakonan?
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.