Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Kak KM melahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya iaitu Rania selamat menjalani operasi di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad lalu.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menerusi laman sosial berkata Rania kini dalam keadaan stabil dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya.
Lihat siaran ini di Instagram
“Semua orang, satu Malaysia nak tahu keadaan Baby Rania macam mana. So far Alhamdulillah, doktor kata dia dah stabil. Alhamdulillah sangat. Terima kasih yang doakan Rania,” kongsi Kak KM.
Pada perkongsian lain, Kak KM turut mendedahkan dia sudah tiga malam tidak dapat tidur lena disebabkan memikirkan keadaan anak perempuannya itu.
“Dah tiga malam tak tidur, dia punya semak perut, serabut, sebu, libang libu tau tak rasa itu… kau nak tidur tak lena, kepala ini rasa bengap, blur saja. Tak tahu nak cakap,” katanya.
Sebelum ini, Kak KM pernah berkongsi mengenai anak ketiganya, Rania mengalami masalah jantung berlubang dan pernah disahkan mengalami masalah pada injap jantungnya sejak bayi.
Sumber : Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.