Menerusi foto yang dikongsi Instagram jurusolek Fazz Ariffin memaparkan dia menata rias Nina atau Shazrina Azman di hari bahagianya itu.
Pada malam itu juga, Nina, 43, mengenakan persalinan berona putih rekaan Ezzati Amira sedondon dengan jubah yang digayakan Essam.
Sementara itu, salah seorang rakan Nina berkongsi sekitar mailis yang berlangsung di Instagram selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.
Menerusi video tersebut, senyuman tidak lekang daripada wajah Nina dan Essam sambil menyapa tetamu yang hadir.
“Senyuman itu, Masha-Allah. Tada kata yang boleh diterangkan macam mana saya bahagia untuk awak” luahnya.
Meninjau ke Instagram Nina dan Essam, pasangan itu bagaimanapun belum berkongsi sebarang foto atau video mengenai majlis kenduri yang diadakan. Pada Jun lalu, Nina mendedahkan sudah kembali mendirikan rumah tangga but kali kedua dan majlis pernikahan dengan Essam dipercayai berlangsung di Amerika Syarikat.
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada Jun lalu. Nina juga ketika itu memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup bagi meraikan pernikahan mereka.
Untuk rekod, Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos tahun lalu.
Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki
bernama Musa.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.