Caprice dedh ‘orang kanan’ Ebit Lew mulai sedar, bersyukur kebenaran semakin hampir

Umum sedia tahu selebriti, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli memang kerap memuat naik perkongsian mengenai seorang personaliti dakwah, Ebit Lew sejak beberapa tahun lepas.

Terbaru, Caprice telah memuat naik hantaran di IG story dengan menyatakan selepas dua tahun akhirnya kebenaran bakal terbongkar tidak lama lagi.

Caprice memaklumkan yang ‘orang kuat’ kepada personaliti dakwah itu sendiri telah mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada individu tersebut.

Ujar selebriti itu lagi, dia bersyukur kerana selepas dua tahun akhirnya insan yang dikatakan dianiaya telah berani tampil.

Walau bagaimanapun, individu yang didakwa ‘orang kuat’ kepada Ebit Lew itu telah menyatakan yang mereka semua pendosa dan berharap dapat menyelesaikan masalah antara dia dan personaliti dakwah berkenaan sebara ‘adik-beradik’.

Namun begitu, dia sangat menghargai keprihatinan Caprice dalam isu berkenaan dan terbuka untuk bertemu dengan selebriti terbabit pada bila-bila masa.

Untuk rekod, perbalahan antara Caprice dan Ebit Lew telah berlarutan sejak beberapa tahun bermula dengan isu ketika masing-masing berada di Palestin.

Pelbagai pendedahan dibuat antara mereka sehingga membuatkan negara sedikit kecoh dengan isu-isu yang dibangkitkan mereka di media sosial.

Sumber: Instagram Caprice  / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *