“Cantik malam ni, datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?” Janna Nick buat hal lagi

Pelakon dan personaliti TV Janna Nick sekali lagi mencuri tumpuan warga maya gara-gara tindakannya terhadap pelakon Ruhainies dalam program Famili Duo malam tadi.

Difahamkan, Janna ada memperkenalkan Ruhainies terhadap audiens ketika segmen promosi produk penaja program itu malam tadi.

Ketika memperkenalkan Ruhainies, Janna mengaitkan Ruhainies dengan isu ‘penyondol’ yang agak hangat dalam dunia hiburan pada ketika ini.

Cantik malam ni. Datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?

Janna yang mengacarakan program pertandingan realiti nyanyian itu bersama Izzue Islam dilihat selamba mengusik pengasas produk yang diwakili Ruhainies itu.

“Ini skandal Ruhainies ke?” katanya bersahaja merujuk kepada lelaki yang duduk di sebelah aktres terbabit.

Namun begitu, gurauan Janna tidak dapat diterima baik sesetengah netizen yang merasakan gurauan tersebut seperti memerli ‘selebriti’ yang lain.

“Annoying Janna jadi pengacara. Jangan try hard untuk jadi pengacara yang menghiburkan dengan kata-kata kurang sesuai” komen seorang netizen.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *