Melalui laman Instagram pelakon popular, Amyra Rosli, dia ada memuat naik video memaparkan dirinya meluahkan perasaan kecewa serta jelas kelihatan wajah yang sedih.
Di awal video tersebut, Amyra berkata dirinya sudah tidak dapat tahan lagi dengan situasi yang berlaku dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan suaminya, Amar Bahrin.
Kali ni dah too much, depan-depan anak kami act normal. Sakit dan geram.
Lihat siaran ini di Instagram
Bahkan, sewaktu Amar masuk ke bilik tidur mereka, aktres tersebut meluahkan segala perkara yang ‘terbuku’ di hati kepada suaminya.
Daddy ingat Mummy diam, Mummy tak tahu ke? Mummy perhati je tau tak.
Di akhir video tersebut, rupanya ‘pergaduhan’ yang terjadi di antara Amyra dan Amar adalah gimik untuk mereka mempromosikan produk makanan yang dikenali ramai iaitu Pak Mat Western.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti meluahkan rasa lega bahawa segala yang berlaku adalah sekadar lakonan sahaja.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.