“Bukan kali pertama, sejak kawin dengan Heliza semakin menjadi jadi” DS Mahadi

“Ini bukan kali pertama nama saya digunakan, malah semakin menjadi-jadi sejak saya mendirikan rumah tangga bersama Heliza,” kata Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium yang juga suami kepada selebriti, Datin Seri Heliza Helmi itu mendakwa namanya digunakan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud.

Beliau mengesan pihak dan individu terbabit menggunakan akaun palsu di media sosial seperti Facebook dan Instagram selain aplikasi sembang maya seperti Telegram untuk memperdaya mangsa.

Akibatnya, beliau dan syarikatnya menerima banyak kiriman mesej daripada mangsa yang mendakwa menanggung kerugian akibat ditipu sindiket berkenaan.

“Berdasarkan maklumat mangsa, mereka ditawarkan skim pelaburan serendah RM300 dan menjanjikan pulangan antara RM10,000 sehingga RM18,000 hanya dalam tempoh tiga hari.

“Scammer ini menggunakan nama, gambar dan video ceramah saya kononnya saya adalah bos mereka.

“Kebanyakan mangsa yang terpedaya memasukkan wang diminta ke dalam akaun bank diberikan tetapi selepas tiga hari, mangsa diminta memasukkan sejumlah wang lagi sebagai deposit bagi mendapatkan wang pelaburan mereka.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila individu terbabit gagal dihubungi selepas memasukkan wang itu,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Sungai Penchala di sini, hari ini.

Mahadi berkata, setakat ini pihaknya mengesan kira-kira 100 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan identitinya untuk mempromosikan skim pelaburan dan menipu mangsa.

Antara akaun media sosial yang menggunakan namanya adalah Al Kahtifah Trust, Aurora Mining Team, Al-Dagang Malaysia, Bijak Labur, Madinah Mining, Pelaburan Al-Marzuqi, MoneyStone dan Xafee Trade.

Berikutan itu, katanya, pihaknya sudah membuat lima laporan polis sejak awal tahun ini dengan terbaharu dibuat pada 25 Februari lalu di Balai Polis Kelana Jaya.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan polis mengenai tindakan diambil. Namun kami difahamkan polis sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kegiatan sindiket penipuan itu turut menjejaskan urusan syarikatnya selain mencemar reputasi dan nama baiknya.

“Saya minta tolong mangsa buat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak perlu gusar tindakan mereka akan menjejaskan saya kerana saya sendiri buat laporan p0lis,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi syarikat melalui laman web www.aufmbz.com atau menghubungi 018-2550707/5752 untuk mengelak menjadi mangsa penipuan.

‘Scammer online’ menjadi-jadi

Sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang dengan kerugian berjumlah RM57.73 juta dilaporkan di seluruh negara sepanjang tahun ini hingga 31 Oktober lalu.

Pegawai Penyiasat (Pelaburan Bersindiket atau Lain-lain Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Sa’adon Sabirin berkata, trend penipuan e-dagang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada 2018 dengan 3,318 kes membabitkan kerugian berjumlah RM22.39 juta.

“Keadaan bertambah teruk pada 2020 apabila pandemik Cvid-19 melanda yang mana 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan apabila lebih ramai orang membeli dalam talian.

“Statistik ini adalah melibatkan mereka yang ditipu dan membuat laporan namun saya percaya masih ada tidak membuat laporan polis,” katanya pada sesi webinar Penipuan e-dagang: Barang Hilang, Duit Melayang anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), malam kelmarin.

Mohd Sa’adon berkata, jumlah keseluruhan kerugian dicatatkan bagi penipuan e-dagang untuk tempoh 2018 hingga Oktober lalu adalah bernilai RM149 juta.

Beliau berkata, rakyat Malaysia terdedah kepada penipuan e-dagang berikutan peningkatan trend pembelian dalam talian secara tidak langsung boleh menjadi mangsa penipuan jika tidak berhati-hati ketika membuat urusan jual beli.

Pada masa sama, beliau meminta agar mangsa penipuan e-dagang untuk membuat laporan polis bagi membolehkan maklumat dan data berkaitan scammer dikumpul untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, maklumat antaranya nombor telefon dan akaun bank yang diterima daripada laporan mangsa penipuan akan dikemaskini dalam aplikasi Semak Mule bagi membolehkan orang ramai menyemak maklumat penjual sebelum membuat sesuatu urus niaga.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang Sazuree Shuib menasihatkan peniaga e-dagang agar mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust iaitu platform dibangunkan untuk melindungi pengguna dan mengekang aktiviti penipuan oleh peniaga yang menawarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.

Menurutnya, sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 625,000 perniagaan didaftarkan di bawah SSM BizTrust, namun hanya 43,000 perniagaan masih aktif.

“SSM masih memberi promosi percuma untuk pendaftaran BizTrust sehingga 31 Disember ini bagi peniaga yang menjalankan perniagaan dalam talian.

“Jadi, pembeli boleh menyemak, yang mana SSM BizTrust berfungsi sebagai simbol bahawa perniagaan anda memenuhi dasar ditetapkan,” katanya.

Sumber : Metr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *