Buat protes dengan keputusan Malam tadi? individu kecewa sampai ambil keputusan ini

Sering membawa watak picisan, pelakon Bell Ngasri tak menyangka dia membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular untuk tahun 2023.

Pelakon yang terkenal dengan watak Barkoba ini juga memenangi kategori Artis Komedi Popular mengalahkan empat saingan lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.

Di laman B40 Buat Perangai Apa Harini, penyokong tegar Syahmi Sazli meluahkan rasa kecewa dan memberi satu bintang kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.
Peminat itu juga nak mogok lapar selama seminggu tanda protes kepada keputusan malam tadi. Katanya, Syahmi lebih layak kerana selain berlakon dan membuat lawak, Syahmi juga berjaya mengarahkan filem yang bawa untung besar.

Orang ramai bagaimanapun tak bersetuju dengan pendapat lelaki ini. Menurut mereka, Bell Ngasri sememangnya layak mendapat pengiktirafan memandangkan dia sudah lama berbakti menghiburkan masyarakat.
Sumber : ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *