Hiburan

Buat Ig Live Di Rumah Baru, Sekali Shuk Sahar Terkejvt Peminat Dengar Suara Wanita Menangis

PELAWAK Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi misteri kerana terlalu fokus melayan pengikut.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya… saya memang tak dengar apa pun waktu live tu.

“Mula-mula saya live biasa je… lepastu kami main teka-teka umur dan nama… siapa menang dia dapat duit RM150.

“Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya.

Bunyi wanita menangis dikesan semasa Shuk Sahar buat siaran langsung di Instagram.

Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian misteri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut.

Saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya!

Lebih menakutkan apabila ada pengikut yang sempat merakam bunyi misteri itu dan menghantar kepadanya sejurus selesai bersiaran langsung.

“Bila orang hantar screen recorder dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis, ” ujarnya.

Shuk dan keluarga baru mendiami kawasan tersebut.

Sementara itu, Shuk berkata pada malam itu dia bersiaran langsung di rumahnya yang baru sahaja didiami.

“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk dan belum sempat buat doa selamat lagi.

“Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang turut menyertai siaran langsung itu mengesahkan kehadiran suara misteri itu.

“Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah saja, mula-mula masa teka beg tu, masa tu dah dengar bunyi menangis tapi buat b0doh je… seram!

“Seriuslah! Tadi saya ingat ada orang main-main sebab Abang Shuk buat macam tak kisah je.

“Saya dengar tadi masa Shuk nak video call pemenang tiba-tiba dengar suara perempuan menangis… dengar benda yang sama, lepas itu semua cakap benda sama,” antara komen pengikut.

Tayang kemesraan di Instagram – “Cuma nak beritahu, saya dan isteri Alhamdulillah tak ada apa-apa”

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku cu-rang dan dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Cuma nak beritahu, Shuk dan isteri Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan wanita tersebut menjadi tular sejak Khamis minggu lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti.

Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian mStar, wanita yang didakwa sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya.

Pendedahan mengenai Shuk di Twitter yang menjadi tular.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk juga sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai suaminya itu.

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa ber4ng terhadap wanita yang didakwa bercinta dengan pengacara tersebut.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sumber : transformasi isu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *