Meskipun dirinya masih hangat disebut-sebut peminat di media sosial mengenai kisah rumah tangganya bersama bekas isteri dan isterinya kini, namun Syamsul Yusof dilihat tidak mengendahkan berita-berita tersebut dan ‘jalan terus’ dalam kariernya.
Terbaru, pengarah filem Munafik itu khabarnya sedang dalam proses membuat skrip bagi naskah terbarunya tidak lama lagi bersama Astro Shaw.
Kongsi Syamsul, dia bakal menerbitkan filem bergenre seram selepas filem Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2.
Sedang menulis, skrip filem terbaru untuk Astro Shaw. la adalah filem seram seterusnya setelah Khurafat, Munafik 1 & Munafik 2. Bismillah.
Untuk rekod, isteri kepada anak pelakon Kaza Saisi ini pernah mencatat sejarah dalam pembikinan filem Mat Kilau apabila berjaya mengutip kutipan panggung bernilai lebih RM97 juta.
Sumber : obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.