Connect with us

Semasa

Berjaya Padam Api, Bomba Terkejut Jumpa Pondok Atas Bukit. Bila Diperiksa, Kantoi Benda Lain Pula

Published

on

Kebakaran hutan bersebelahan ladang kelapa sawit di Bandar Springhill, di Port Dickson, hari ini membongkar penemuan sebuah pondok yang belum dikenal pasti pemiliknya.

Kejadian pada 2.48 petang itu disedari penduduk yang kemudian menghubungi Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson untuk membantu memadam kebakaran.

Seorang penduduk, Awangku Adanan, 45, berkata, ketika api menyala, dia ternampak seolah-olah kelibat individu menaiki motosikal keluar dari kawasan itu.

Bila diperiksa, ini yang dijumpai

” Tetapi saya tidak pasti siapa individu itu.

” Selepas api berjaya dipadamkan dan sekitar kawasan itu terang baru saya nampak macam ada pondok di atas bukit berhampiran kawasan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati selain pondok, kawasan itu turut ditanam sayur-sayuran.

Turut kelihatan, beberapa ekor ayam kampung serta reban dan dua ekor anjing.

Bagaimanapun, penghuni atau pemiliknya tidak kelihatan.

Dalam pada itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung kewujudan pondok itu.

” Kita akan menyiasat sama ada berlaku aktiviti h4ram atau ia hanya dijadikan lokasi rehat penduduk sekitar berkebun di situ.

” Ini kerana terdapat beberapa jenis sayur yang di tanam dan ternakan di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi BBDP Port Dickson, Mustaza Sairan berkata, seramai 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera untuk memadam kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan.

” Kebakaran membabitkan kawasan seluas 0.2 hektar, namun tidak membabitkan mangsa.

” Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu berdasarkan komen warganet, rata-rata percaya pondok tersebut didirikan oleh pendatang tanpa izin.

Komen warganet

” Misteri sungguh..macam misteri nusantara..ntah2 PATI yang buat pondok tu. Mujur bomba datang kalau tak sampai sudah tak tahu”, komen Anep

” Orang tempatan rasanya tak berani nak buat pondok dan duduk dalam hutan camtu” komen Izhar

” Baik siasat betul-betul macam mana sampai boleh bercucuk tanam atas tu..penduduk tempatan bukan semua ada tanah kalau org luar datang senang2 buat hasil memang patut kena tindakan” komen Yazid

p/s: gambar atas kiri adalah sekadar hiasan

Sumber : limauais

Semasa

Kes cov-19 melonjak naik, daerah PK PD di Kedah rayu Makanan

Published

on

By

MALAYSIA: Semalam rakyat Malaysia sedikit lega apabila angka pesakit cov-19 turun mendadak. Namun hari ini kembali melonjak tinggi apabila 21 kes telah direkodkan pada hari ini. Dengan 15 kes daripada keseluruhan kes import melibatkan warganegara Malaysia.

Pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat 3 lagi tambahan kes positif daripada Kluster PUI Sivagangga Kedah.

Sehingga ke hari ini, jumla kumulatif kes di Malaysia adalah 9023 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 196 kes sahaja.

Pesakit yang pulih pada hari ini pula adalah sebanyak 18 orang dengan jumlah keseluruhan pesakit pulih cov-19 meningkat sebanyak 8702 atau 96.4% daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan ini turut memaklumkan bahawa pada hari ini masih terdapat 2 orang pesakit di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tiada diantaranya memerlukan bantuan pernafasan.

Daerah PKPD di Kedah rayu Makanan

Penduduk sekitar Napoh terutama yang berpendapatan rendah, berharap kerajaan menyalurkan bantuan makanan kerana mereka tidak dapat bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di pekan itu.

Tinjauan mendapati, rata-rata mereka yang bekerja sebagai penoreh dan petani terpaksa akur dengan arahan TEMCO dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas dipakaikan gelang merah jambu.

Penduduk, Bunga Ali, 56, berkata dia berharap bantuan makanan asas dapat diberikan selepas hanya bergantung kepada gaji suami sebanyak RM1,200 sebulan.

“Kami sekeluarga sudah dipakaikan gelang merah jambu, suami hanya menjadi tukang kebun di kilang dan gajinya diguna menanggung dua anak yang masih bersekolah sebelum berlaku wabak Cov-19.

“Suami pula antara kontak rapat kerana pernah singgah membeli makanan di restoran nasi kandar di Napoh. Kami ada membeli bekalan makanan untuk keluarga tetapi tidak pasti sama ada ia cukup selama dua minggu atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bunga yang mula memakai gelang merah jambu hari ini, berkata dengan sumber kewangan yang terhad, dia sangat berharap kerajaan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Seorang lagi penduduk, Azlina Ibrahim, 45, berkata suaminya hanya berkerja sebagai penoreh, selain mengusahakan sawah dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

“Kami ada beli stok makanan, tetapi tak banyak dan sekarang sumber pendapatan suami terputus, saya harap kerajaan lihat nasib kami dan empat anak yang masih bersekolah.

“Jika perintah TEMCO ini disambung lagi selepas ini, ia akan memberi kesan besar buat keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kedai runcit sekitar Napoh mendapati kebanyakan bekalan roti kehabisan sejak semalam lagi.

Peniaga, Sri Thran Nadaraja, 38, berkata permintaan terhadap roti meningkat selepas terdapat berlaku penularan Cov-19 daripada Kluster Sivagangga.

“Sudah beberapa hari pembekal tidak hantar roti apabila ada antara pemandu lori turut dikuarantin sedangkan permintaan terhadap roti semakin meningkat kerana ramai penduduk tidak dapat keluar ke mana-mana.

“Bekalan barang keperluan lain di kedai saya mencukupi kerana tiada belian panik dilakukan penduduk, lagipun hanya ketua keluarga dibenarkan keluar membeli bekalan makanan,” katanya.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat mukim iaitu Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) susulan penularan wabk Cov-19

Sumber : kianimysumber

Continue Reading

Semasa

Najib dah didapati bersalah, cari generasi baru pimpin Um no. KJ mula bersuara lagi

Published

on

By

Ahli Parlimen Rembah Khairy Jamaluddin mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa mesejnya tidak boleh dinafikan yang Umno perlu bergerak ke hadapan.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu dipetik Astro Awani berkata masih ada yang mahu bekas perdana menteri Najib Razak kembali menerajui parti sebagai presiden Umno, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden Umno.

“Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baru untuk memimpin Umno,” katanya.

Khairy berkata kenyataannya sebelum ini mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Jelasnya hari ini, beliau tidak berniat untuk “biadap terhadap Datuk Seri Najib” dengan kenyataannya sebelum ini bahawa “Umno perlu bergerak ke hadapan.”

“(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga 10 tahun akan datang. Itu maksud saya.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.

“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ, nakal… semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib, dan mereka telah tembak messenger (kill the messenger),” katanya lagi.

Khairy yang juga bekas ketua pemuda Umno berkata parti itu masih kukuh di bawah kepimpinan Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah.

“Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baru? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” katanya.

Ahmad Zahid, 67, sedang dibicarakan di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi dan lapan pertuduhan rasuah.

Selasa lalu, bekas Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Secara keseluruhan, bekas presiden Umno itu dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun, namun hakim mengarahkan hukuman dijalankan serentak.

Sumber : kecohape

Continue Reading

Semasa

Apa Nk Jadi Dah, Tak Dpt Markah Lebih Pun Korang Buat Mcm Ni. Orstad Korang Tak Beritahu Ke. Siti Kasim

Published

on

By

Sejak beberapa hari lalu tular gambar pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak ketika pulang sempena Aidiladha.

Perkara tersebut menjadi perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang memuji, malah ada yang mempertikaikannya.

Sementara itu pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad pula menasihatklan agar pengguna tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan media  yang memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut.

” Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

” Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Mufti Pahang kata har4m..

Semalam Perkara tersebut telah menarik perhatian Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang memberikan pendapat beliau.

” Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah har4m walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

” Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

” Begitu juga dalam situasi ini, jika memb4hayakan nyawa hukumnya adalah h4ram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Respon Siti Kasim

Sementara itu, aktivis dan peguam Siti Kasim dalam satu posting di Facebook turut memberikan reaksi beliau.

Berkongsi keratan artikel Malaymail, Siti Kasim mempersoalkan tindakan tersebut yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

” Apa nak jadi dahhh..

” Tak dapat markah lebih kalau ko orang buat macam ni.. Memberhayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan cakap pasal menyusahkan orang lain.. Orstad-orstad ko orang tak beritau ke bukan macam ni nak jadi orang Muslim yang baik…

” Just to add, if anyone gets upset with my posting, that’s your problem. You can go and kiII yourself for all I care but you’re endangering others too. When your actions affect others, we all have a say.” tulis Siti Kasim

Siti Kasim kemudian menambah dalam ruangan komen menceritakan pengalaman beliau menghadapi situasi serupa ketika berada di United Kingdom.

Menurutnya ketika itu kereta mereka mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemaasan.

” Dalam masa 5 minit, kereta polis datang dan menjerit ke arah kami “Jangan berada dekat dengan kereta!!”, terus kami bergegas pergi ke arah tebing macam kena kejar dengan hantu”, tulis Siti Kasim.

Sumber : astroawani / FB Siti Kasim

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!