“Berbeza betul la dengan sebelum ni” bekas istri syk selamatdisatukan, kali ni bkan sebarangan bakal suami dia

Selepas sembilan bulan berpisah dengan Shuk Sahar, bekas isteri pelawak dan pengacara tersebut, Rossa Sera, dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan sekali gus memberi bayangan bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.

Bayangan itu diberikan oleh Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi video tersebut, Sera yang memakai persalinan berwarna merah hati dilihat sedang duduk di pelamin berdekorasi ringkas dalam sebuah majlis yang dipercayai berlangsung dalam suasana tertutup.

Menerusi video itu, Sera juga berkongsi paparan jari manisnya disarung sebentuk cincin oleh seorang wanita dipercayai berperanan sebagai ibu mentua.

Juga menerusi hantaran yang sama, Sera telah memuat naik sekeping gambar dirinya bersama seorang jejaka yang tidak dipaparkan wajah sebenarnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati, ada kalangan pengikut menganggap pertunangan tersebut tidak benar-benar berlaku.

Ini kerana, lazimnya majlis pertunangan memerlukan pasangan lelaki dan rombongannya berkunjung ke kediaman wanita dan bukan sebaliknya.

Justeru, ada yang berpendapat, Sera sengaja mencetuskan ‘propaganda’ menerusi perkongsian video tersebut.

Perkara itu ‘dipecahkan’ oleh netizen sejurus meneliti perkongsian video Sera di Instagram Stories (IGS) yang menunjukkan dirinya berada dalam kenderaan dan bukannya berada di dalam kediaman sendiri.

Dalam pada itu, percubaan Utusan Malaysia menghubungi Sera juga menemui jalan buntu apabila wanita tersebut tidak memberikan respons.

Untuk info, Shuk dan Sera berpisah secara sah selepas pengacara tersebut melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan perkahwinan tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Sumber : utvsan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *