“Benda betul buat apa nak pusing pusing” Jep Sepahtu akhirnya jawab pasaipa dia tak ‘kelihatan’ di majlis kahwin Shuib

Pelawak Jep Sepahtu akhirnya menjelaskan mengapa dia tidak hadir ke majlis perkahwinan rakan baiknya, Shuib Sepahtu bersama pasangan, Watie Hanifiah pada 23 Jun yang lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok ini, Jep dilihat melakukan ‘live’ TikTok ketika berada di kampung sempena sambutan hari raya Aidiladha sambil melayan peminat.

Peminat kemudian bertanyakan mengapakah dia tidak hadir ke majlis perkahwinan rakannya itu dan memberi respon serta merta.

Katanya, dia tidak dijemput ke majlis perkahwinan Shuib dan Watie sekaligus menjawab persoalan peminat tentang isu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Jep yang terus menjawab persoalan peminat dan tidak berdolak-dalik.

Steady je Jep tak payah meleret-leret.

Benda boleh direct nak kias-kias buat apa.

Terdahulu, peminat mencari-cari keberadaan Jep di majlis perkahwinan Shuib yang diadakan gilang-gemilang namun tidak kelihatan.

Namun, ahli Sepahtu yang lain dilihat hadir dan sama-sama meraikan hari bahagia pelawak itu.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *