Hiburan

“Belum Lagi Genap SebuIan MeninggaI..” Ayh Vanessa Didkwa Sibuk Bahagi Harta Dan Ketepikan Hak Cucu

Sebelum ini, dunia industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian pasangan selebriti terkenal iaitu Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Andriansyah akibat nahas jalan raya di Tol Ngajuk, Surabaya pada awal bulan November lalu.

Namun begitu, ayah kandung Vanessa iaitu Pak Doddy didakwa seperti ‘gilakan’ harta peninggalan Vanessa kerana dia ingin mengasingkan harta berkenaan untuk anak serta menantunya, namun bagi bahagian cucunya iaitu Gala Sky diabaikan.

Belum genap sebulan Vanessa bersama suaminya pergi buat selama-lamanya, Pak Doddy didakwa seperti ‘gilakan’ harta anaknya. Perkara berkenaan terbongkar apabila Pak Doddy menyatakan bahawa dia ingin mengagihkan harta arwah anaknya itu kepada anak perempuan serta menantunya.

Susulan daripada itu, Pak Doddy telah menerima banyak kecaman daripada netizen kerana dia seperti mempunyai kepentingan peribadi sehingga hak cucunya itu terabai.

Dalam pada itu, rakan Vanessa iaitu Marissya Icha mendedahkan mengenai hubungan Pak Doddy bersama anak perempuannya itu ketika di program Rumpi.

Saya cerita perkara yang betul, kalau Pak Doddy datang ke Vanessa, dia akan cakap ‘tak apa bagi je dia duit, dia nak duit je bukan nak jumpa dengan saya’.

Ujarnya lagi, Pak Doddy berjumpa dengan anaknya itu semata-mata untuk meminta wang. Apabila Vanessa tiada di rumah, ayahnya sanggup menyuruh anaknya itu menitipkan wang berkenaan kepada orang yang berada di rumah.

Tak apa kalau tak ada kat rumah titipkan je duit dekat siapa-siapa. Kalau tak pinjam dekat siapa-siapa dulu.

Lebih mengejutkan lagi ketika di sebuah rancangan podcast iaitu Ruang Interogasi, Pak Doddy mengakui bahawa barang-barang peribadi milik Vanessa seperti pakaian diserahkan kepada adik perempuannya.

Namun apabila disoal mengapa Pak Doddy tidak menjual pakaian berkenaan dan hasil wang jualan itu diberikan kepada Gala, dia mengatakan banyak memori pakaian arwah anaknya itu.

Sisanya (baju) diwariskan kepada adiknya, boleh dipakai oleh adiknya.

Apa yang membuat netizen lebih hairan apabila ditanya mengenai tarikh kelahiran cucunya, Pak Doddy seakan tidak tahu tarikhnya walaupun ia merupakan cucunya sendiri.

Tarikh lahir Gala… saya lupa bila tarikhnya. Bila ya. Bulan Julai rasanya.

Antara komen dari netizen

“Tu la yg ditakutkan kalau dua2 meninggal tinggalkan anak.. Family berebut harta.. Kaut harta.. Sama kes yg pasangan suami isteri meninggal dlm kemalangan dulu.. Tinggalkan anak ramai.. Ada adik kononnya nak jaga & besarkan anak buah.. Nak bagi kasih sayang.. Tup tup makan duit anak yatim.. Buat majlis kawen grand.. Kesian budak2 tu.. Dah la mak ayah dah xde.. Harapkan pegar, pegar pulak mkn padi.. hmmm

“Pergh.. Jgn main gilaa harta anak yatim piatu ni.. Kena pulak anak tu.. Anak lelaki.. Kalau nk bahagi ikot faraid..

“Kesian baca kisah hidup arwah nie.. nakkkk jugak berebut harta anak yatim. Aku kesian dekat Gala.. tgok muka dia luluh hati aku

Sumber : Adiez Gilang / 0h bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *