Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu aktres Bella Astillah mendakwa aktres Sophia Albarakbar memberi kenyataan palsu mengenai kehadirannya di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Bella menerusi hantaran di Instastory turut mendedahkan Sophia hanya beredar dari dewan MBSA sebaik sahaja persembahan Alif selesai
Bukan itu sahaja, Bella turut mendakwa nama Sophia sebenarnya tidak ada dalam senarai
tetamu yang sepatutnya hadir pada malam itu.
“Ya Allah masih nak menipu stay lepas liza hanim? Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada
dalam guest list. Dan kemudian lepas Aliff habis saja menyanyi dia terus gerak balik.
“Dahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi,” dedah Bella
Pada perkongsian yang sama, Bella turut mengatakan Sophia sudah biasa menipu dan
memutar belit kenyataan.
“Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu lalu tiada kaitan dengan penyertaan Aliff Aziz.
Sebaliknya kata Sophia, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live+.
Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Sumber : gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.