Connect with us

Hiburan

Beli Vellfire umur 12 tahun, sekali ibu Alyssa Dezek pula yg dipersalahkan. Mungkin mereka tak tahu siapa ayah dia

Published

on

GARA-GARA mendedahkan mampu membeli sebuah kereta jenama Toyota Vellfire pada usia 12 tahun, penyanyi dan Bintang YouTube Alyssa Dezek mendapat pelbagai reaksi netizen.

Segelintir netizen menganggap, tindakan ibu bapa kanak-kanak itu membeli sebuah kereta adalah tidak wajar berikutan pendapatan tersebut seharusnya digunakan untuk tujuan pelaburan masa hadapan Alyssa.

Bagi mengulas perkara itu, ibu Alyssa iaitu Suzanne Dezek berkata, mereka menghormati kehendak Alyssa yang mahukan sebuah kenderaan bagi memudahkan perjalanan kerjayanya.

“Pada saya duit tu duit dia, jadi dia yang nak beli Vellfire untuk memudahkan dia pergi penggambaran dan travel jauh untuk keselesaan dia.

Suzanne dan Hafidz Dezek, ibu bapa kepada Aryanna Alyssa.

“Bab rumah tu kita dah sediakan untuk Alyssa dan adik. Suami saya dah belikan. Simpanan pun memang ada untuk dia sambung belajar,” katanya kepada mStar.

Suzanne turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat netizen yang menganggap dia dan suaminya Hafidz Dezek mahu menumpang kesenangan kanak-kanak itu.

Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai ketua jurutera kapal mampu untuk memiliki kereta tersebut dan tidak perlu bergantung kepada pendapatan anak mereka.

“Sebab rata-rata netizen cakap saya dan suami yang nak pakai kereta tu. Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Alyssa bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Suzanne berkata dia hanya mengambil kecaman itu dari sudut positif dan tidak menyalahkan netizen yang tidak mengetahui latar belakang keluarga mereka.

“Tak apa la itu hak mereka nak komen apa pun, mungkin mereka tak tahu siapa ayah Alyssa.

Alyssa membeli sebuah kereta Toyota Vellfire dengan wang yang diperoleh dari video-video yang dimuat naik di YouTube.

“Yang kenal rapat dengan keluarga kami saja yang tahu. Saya fikir positif saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Suzanne berkata, walaupun Alyssa kini aktif dalam dunia hiburan, dia dan suaminya tetap mengutamakan pelajaran untuk anak mereka.

Suzanne juga sentiasa memastikan anaknya mendapat pendidikan yang sewajarnya seperti kanak-kanak lain.

“Sudah tentu kami pentingkan pelajaran, macam sekarang pun Alhamdulillah keputusan peperiksaan dia semua okey.

“UPSR tahun ni tak ada, untuk PT3 dan SPM memang kita nak dia fokus dan saya bekalkan dia tuisyen peribadi, cikgu datang rumah dan mengajar,” katanya.

Sebelum ini, Alyssa atau nama sebenarnya Aryanna Alyssa membeli sebuah Toyota Vellfire menggunakan wang yang diperolehi dari video-video nyanyian yang dimuat naik di saluran YouTube yang dikendalikan ibunya, Suzanne sejak lapan tahun lalu.

Alyssa mempunyai lebih 3 juta pelanggan di YouTube sekaligus menjadi selebriti Malaysia paling ramai subscribers.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : m star

Hiburan

Sah Kena Crai TaIak Tiga Dengan Pelakon Amar Asyraf, Ini Luahan Dan Permintaan Vivy Jeffry

Published

on

By

Terkini, pengesahan lafaz crai taIak tiga terhadap isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry masih berlangsung di Mhkamah Syariah Kuala Lumpur.

Vivy ketika dihubungi berkata, pelakon itu memberikan kerjasama yang baik dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

” Sejak dicraikan dengan taIak tiga pada 4 November tahun lalu, proses pengesahan di mhkamah masih berlangsung sehingga hari ini.

” Saya berterima kasih kepada Amar kerana dia memberikan kerjasama yang baik untuk selesaikan masalah ini.

” Sebenarnya, ada beberapa dokumen yang tidak lengkap dan menyebabkan mhkamah tidak dapat memberikan keputusan rasmi berhubung percraian kami,” katanya.

Menurut Vivy, dia berharap proses percraian mereka dapat dilesaikan secepat mungkin supaya dia boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

Harap Amar datang jenguk anak

” Tiada apa yang saya harapkan sekarang ini, selain berdoa supaya proses percraian dapat diselesaikan dengan cepat supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

” Namun, saya harap Amar sesekali datanglah jenguk anak atau bertanya khabar pun sudah memadai.

” Insha-Allah saya akan besarkan anak dengan sebaik mungkin dan berikan kasih sayang sepenuhnya,” katanya..

Terdahulu, Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Gambar- Amar bersama isteri pertama Arna Salleh.

Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Susulan daripada pendedahan Ellika itu, Vivi Jeffry akhirnya tampil membuka mulut pada Oktober tahun lalu,dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu.

Vivi berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua.

” Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.

” Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah.

” Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aiib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya.

Tambah Vivy, isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan mereka tapi masing-masing tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon sahaja

Sumber : asiakini

Continue Reading

Hiburan

Dia Pun Pernah Cakap Aku Gugurkan Anak Dia. Kali Ini Giliran Kecik Dedah Siapa Sebenarnya Fara Salleh

Published

on

By

Bekas vokalis Hyperact, Kecik, mendedahkan mengenai Fara Salleh wanita yang dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.

Kecik menerusi laman sosial Twitternya mendakwa, Fara Salleh merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung.

Menerusi bebenang di Twitter, Kecik berkata wanita tersebut juga pernah mendakwa haamil anak mereka dan menggugurkan bayi tersebut.

“Time November ke Disember tu aku shooting kat Perlis. Dia kat KL, dia selalu kecoh-kecoh suruh balik bla bla…

“Pastu contact mak ayah aku cakap dia gugur anak aku. Siap bagi gambar dekat kakak aku, gambar jaanin dari google,” tulis kecik lagi.

Tambah Kecik lagi, awal perkenalannya dengan Fara wanita tersebut mengajaknya tinggal sebumbung dan sempat tinggal bersama selama setahun.

“Memang salah aku stay berdua dengan dia tapi jahil time tu kan…Aku stay dalam masa setahun, tiga kali pindah.

“First aku stay kondo Banjaria Court dengan budak-budak Hyperact. Pastu aku kenal dia…Dia ajak stay sekali. So aku pun ok ajee…Bak kata orang rezeki gais…hahaha!

“Ya Allah jahilnya aku time tu…Aku stay kat Manjalara dengan dia. Alhamdulillah bahagia awalnya.. 5,6 bulan lepas tu dia kena buang kerja, pastu bermulalah sesi jadi ketua keluarga cenggitu,” dakwa Kecik.

Menurut Kecik lagi Fara Salleh lah yang menyebabkan dia disumbat ke dalam lokap atas tuduhan memuukul dan sebelum itu wanita tersebut bertindak menabur fitnaah tentang dirinya kepada anggota Hyperact.

Dakwanya lagi, Shuk dan isteri pernah meminta bantuan darinya selepas diganggu Fara Salleh.

Malah Fara Salleh juga pernah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipuukul Shuk.

Terdahulu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan Shuk Sahar bermain kayu tiga.

Lebih mengaibkan Shuk turut dituduh menghaamilkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.

Antaranya lagi

Cucu Tun Mahathir sifatkan penyokong Najib sebagai badut, bodoh

Cucu kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan para penyokong Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai bodoh.

Melia Serena Mukhriz berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap ribuan penyokong Najib yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk bersolidariti kepada bekas perdana menteri itu.

“Semua orang yang menjerit “bosku!” di di Mahkamah Tinggi hari ini adalah kumpulan badut. Bagaimana anda boleh menyokong lelaki yang bertanggungjawab dalam kes kleptokrasi terbesar di dunia? Bodoh,” katanya sebentar tadi.

Mereka lengkap memakai baju biru dan merah tertulis “bossku” sambil melaungkan “hidup bossku” dan “kita sayang bossku”.

Difahamkan, penyokong yang hadir terdiri daripada akar umbi Barisan Nasional (BN), Umno, MIC dan MCA yang mula berkumpul sejak jam 5 pagi.

Antara pemimpin yang hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Najib didapati bersaalah atas tujuh pertuduuhan saalah guna kuasa, pecaah amanah dan pengubahan wang haaram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Keputusan itu dibacakan oleh hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyifatkan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini.

“Saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduuhan,” katanya.

Najib didapati bersaalah di bawah Seeksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Raasuah Malaysia (SPRM).

Sumber : w0wberita

Continue Reading

Hiburan

“Buang Je Suami Samp4h” – Sharifah Amani

Published

on

By

Pelakon terkenal Sharifah Amani seolah-olah ‘memerrli’ seorang peniaga atas talian secara berseloroh kerana meletakkan komen tentang perniagaannya pada entri ucapan hari lahir Sharifah Amani buat adiknya Sharifah Aleysha.

Entri yang lebih bersifat penghargaan buat adiknya yang sentiasa berkorb4n untuk orang lain di dalam keluarga itu menyentuh hati ramai yang membacanya.

“Gilla actually adventures kita. Bila bukak balik gambar time sh00ting my short films ada je awak. Kejap jadi assistant, kejap jadi art department, kejap jadi focus puller, kejap jadi producer. Sebelum orang lain percaya kebolehan Ani, awak dah percaya dulu.

“It’s was accurate to call you our Pride because that’s how you mak3s us feel everyday, proud. Only the best doas for you my love. Ani will be there for you come what may. InsyaAllah. We love you sooooo much Sha. I hope we get to make you proud too,” tulis Nani sempena hari lahir Leysha.

Namun entri yang penuh dengan kasih sayang itu ‘dicemarkan’ dengan peniaga online yang menjual barangan bukan-bukan, menyebabkan Sharifah Amani menjawap komen tersebut.

Ramai netizen yang nyata terhibur dengan komen yang dibuat oleh Sharifah Amani kerana menganggap peniaga online tidak menghorm4ti entri yang sangat personal pada seseorang penghibur.

Sharifah Amani merupakan seorang pelakon yang banyak berjuang untuk industri seni tanah air.

Sumber : GEM PAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!