Terkini, pelawak dan usahawan terkemuka Shuib telah berkongsi sebuah gambar di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan dirinya berkerusi roda dan berada di sebuah hospital bersama isterinya.
Dalam hantaran yang sama, telah dikongsikan juga kapsyen yang berterima kasih kepada orang ramai kerana telah mendoakannya.
Namun, hal ini meraih perhatian warganet apabila di gambar yang sama, Shuib gagal menyatakan punca dirinya dimasukkan ke hospital.
Baru timbul kes, dah sakit, kesian Shuib.
Tiba-tiba tak sihat pula.
Semoga cepat sembuh dan boleh mencarum KWSP segera.
Sumber : Instagram
Ekoran pos tersebut, rata-rata mendoakan agar pelawak ini diberikan kesembuhan segera. Tetapi, tidak terlepas dari kritikan netizen, ada juga yang memerli Shuib yang secara kebetulan jatuh sakit semasa namanya sedang hangat menjadi bualan.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meninggalkan komen membuat spekulasi usahawan ini telah meniru artis negara luar yang akan tampil dengan cara yang sama jika timbul sebarang kontroversi bagi meraih simpati.
Sumber : beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.