Aktres Jasmin Hamid mohon doa dari orang ramai supaya bebas dari kanser rahim dan selain menyatakan menjalani pembedahan kecil pada hari ini.
Kata pelakon berusia 51 tahun itu, dia merupakan penghidap kanser rahim serta mendedahkan cyst merupakan faktor hormonnya terganggu dan mengalami pendarahan rahim.
“Mohon doa dari kalian untuk Allah lancar dan mudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim. “Saya ada cyst dan hormon saya dah huru hara hingga jadi pendarahan pada rahim saya,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, Jasmin yang terkilan dengan sesetengah komen berkenaan potongan badannya memberitahu bahawa masalah kesihatannya itu merupakan punca utama berat badannya meningkat.
“Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga ada kalanya kata-kata orang itu, mengguris perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya dan buatkan saya tertekan untuk berjumpa dengan sesiapa.
“Tak ada siapa pun dalam dunia ni nak gemuk termasuklah saya,“ katanya.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie memaklumkan dia sudah memafkan individu-individu yang melontarkan kata-kata mengguris hati kepadanya.
Semoga cepat sembuh. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan selebriti mendoakan supaya pembedahan berjalan lancar dan memberi kata-kata semangat buat Jasmin.
Terdahulu, Jasmin mengakui dirinya terkejut apabila tular dakwaan palsu mengatakan dirinya sedang bertarung nyawa akibat saluran tersumbat.
Rentetan daripada peristiwa tersebut, dia tampil menafikan dakwaan tersebut dan meminta pihak berkenaan berhenti menyebarkan berita tidak benar.
Sumber : Ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.