Baru nk sweet2, sekali reaksi shuib cepat2 tutup watie punya… netzen sempat perasan benda ni

Sejak pelawak dan penyampai radio Shuib berkahwin dengan usahawan, Watie Hanifiah, pasangan ini terus menerus menjadi perhatian warganet di media sosial.

Terbaru, Shuib dan Watie dilihat meraikan Hari Raya Aidiladha dengan bercuti bersama anak-anak serta bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah dan ibu tiri, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Mokder.

Keluarga bahagia ini difahamkan bercuti ke sebuah pusat peranginan terkenal. Di Instagram Story, Watie, 35, memuat naik video meriba anak perempuan Shuib, Zahira Talita Zahra manakala Shuib bersama Ariq Matin ketika menaiki ‘buggy ride.’

Apa yang menjadi bualan warganet di TikTok adalah tindakan spontan Shuib menutup bahagian leher Watie yang terdedah dengan menggunakan tangannya.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah hanya memakai ‘inner’ tudung hitam dengan ‘bucket hat’ berwarna krim.

Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie. Kini, pasangan sama cantik sama padan ini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *