Baru lepas dikritik gara menyusu ank. Kini Kak KM kena lagi buat drop challenge di depan rakan suami

Selepas tular video Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyusukan anaknya ketika sedang  menikmati makan malam di sebuah restoran mewah, kini warganet mengkritik tindakannya yang melakukan drop challenge di hadapan rakan-rakan suami.

Dikritik warganet

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut tampil mengkritik tindakan Kak KM yang dilihat agak melampau dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita , malah ada yang turut mendoakan agar anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini diberikan hidayah.

“Suami tak rasa apa ke” “Kawan-kawan suami pun tengokkan je..Allah. No komen lebih takut” “Macam Syial je”. “Kesian kak km ni”. “Semoga diberi hidayah”. “Semoga kakak sekeluarga diberi hidayah” komen mereka. Video: Klik link

Terdahulu, Kak KM  dikritik warganet selepas berkongsi video menyusukan anaknya ketika sedang makan malam di salah satu restoran mewah. Wanita itu kemudian menjelaskan kepada warganet bahawa video tersebut tidak menampakkan pyvdranya dan menutup sebahagian daripadanya. Sumber: Rose Merah

Baru lepas beberapa bulan bersalin Kak KM buat Majlis Aqiqah. Sekali ramai tak puas hati dengan pakaian Kak KM dan ini respon warganet.

Siapa yang tidak kenal dengan Kak KM atau Liana Rosli, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Dia sering menjadi bualan hangat wargamaya berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala.

Sebut nama Kak KM pasti ramai yang mengenalinya. Nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon terkenal Normah Damanhuri. Beliau merupakan seorang usahawan jamu yang terkenal dengan pelbagai jamu untuk lelaki dan wanita.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata keempat pada harini di salah sebuah hospital swasta Kuala Lumpur. Beliau memuat naik status menunjukkan cahaya mata perempuannya yang diberi nama Cinta Carissa.

Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini. Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kritikan dan teguran warganet di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan.

Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah. Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.

Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Baju tak sempat jahit ke?Majlis agama tu.

Takde yang tegur ke?

Tegur2 juga, korang tengok diri sendiri dulu!

Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu. Sebelum ini Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli pernah memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi. Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan.

“Cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi. Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli.

Sebelum ini , menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi yang mendapat kritikan warganet kerana permakaiannya yang kurang sopan. Dalam video yang dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan.

Sumber :  KL Menjerit / greatdailynews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *