Bapa bayar RM50 kompaun untuk wanita berseluar pendek, tak perlu politikkan isu ni

Tak perlu politikan isu ni, Undang-undang itu telah lama berkuat kuasa, termasuk terhadap bukan Islam.” kata bapa Bapa angkat kepada wanita bukan Islam yang dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana memakai seluar pendek.

“Saya sudah bayar kompaun yang dikenakan MPKB terhadap anak saya dan saya mohon isu ini tidak dipolitikkan,” See Yeap Seng, 51, ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya perkara itu sudah selesai dan dia membayar kompaun bernilai RM50 pagi tadi.

“Saya terima banyak panggilan berhubung isu ini termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman, namun saya menolak kerana menganggap ramai pihak mengambil kesempatan memandangkan akan berlakunya pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu wanita 35 tahun yang juga pemilik kedai pakaian dikompaun kerana memakai seluar pendek di kedainya di Jalan Merbau, Kota Bharu, Sabtu lalu. Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata wanita tindakan itu dibuat bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985. Katanya, undang-undang itu telah lama berkuat kuasa, termasuk terhadap bukan Islam.

Kes tersebut mendapat perhatian termasuk kritikan pimpinan Bersatu yang menegaskan tindakan dikenakan oleh MPKB itu adalah terpesong dan menyalahi undang-undang. Selain DAP turut menawarkan khidmat guaman kepada wanita tersebut sekiranya dia memilih untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Sementara itu See berkata pada awalnya ketika dia sendiri keliru dengan kompaun terhadap anaknya itu memandangkan kedai bajunya menjual pakaian wanita Cina dan tidak didatangi pengunjung Melayu atau lelaki.

Namun katanya dia cuba mendapatkan penjelasan daripada MPKB berhubung pemakaian yang dianggap seksi dan perkara itu juga sudah terjawab selepas mengadakan pertemuan dengan pihak MPKB.

“Saya tidak menganggap apa yang berlaku isu perkauman sebaliknya saya hanya mahukan pencerahan. Saya tinggal di Kelantan sejak sekian lama dan tidak pernah rasis.

“Ada orang kata saya rasis, namun orang yang kenal saya mereka tahu saya bagaimana. Saya ada kedai kopi dan turut menyediakan surau untuk pengunjung beragama Islam,” katanya..

Sumber: sultanmurah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *