“Banyak sangat gosip dia, semalam nampak dekat Stadium” emosi Shila Amzah terganggu, pelakon wanita sensasi ganggu Ubai

Baru-baru ini, ciapan penyanyi popular, Shila Amzah di Twitter (X) telah menarik perhatian ramai setelah dia mendedahkan ada pelakon wanita yang cuba menganggu suami tercinta, Ubai.

Biarpun ia sekadar mimpi, Shila merasakan situasi yang berlaku itu seakan-akan benar terjadi dalam kehidupan sebenar.

Kata penyanyi terbabit, pelakon wanita yang menganggu Ubai itu banyak kali terpalit dengan isu ‘panas’ sebelum ini.

“Banyak sgt gossip pelakon pompuan ni sampai dia dah termasuk Dalam mimpi dah dua Kali ???? Dia Kacau ubai Dalam mimpi sha pulak tu..dah bad mood bangun pagi..ubai pun dgn penuh sabar, “mimpi je tu sayang” . Semalam nampak dia Kat stadium, mimpi lagi hahahaha. And it was so vivid, Macam real. Korang pernah Tak Macam ni ?”

Lagi membuat netizen terhibur, Shila berkata disebabkan mimpi terbabit, mood nya hilang apabila bangun dari tidur tetapi Ubai memujuk dengan berkata ia cuma mainan tidur.

Membalas komen berkenaan insecure dengan pelakon wanita tersebut, pelantun lagu Patah Seribu itu menafikan hal terbabit dan cuma berasa bimbang kerana banyak berita mengenai individu itu.

Sekadar info, Shila Amzah dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *