“Bangga izin ank perempuan bawah umur hisap rokok” Kak KM boleh didkwa

TINDAKAN usahawan jamu Kak KM membenarkan anak perempuannya menghisap rokok tanpa disedari menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kepada amalan tidak bermoral.

Akui tidak mengetahui tentang hal berkenaan,Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bagaimanapun berkata apa yang berlaku itu di bawah kawalannya dan tidak membahayakan kesihatan kanak-kanak itu.

Seperti yang saya katakan anak saya hisap rokok tanpa tembakau dan ia berlaku di bawah kawalan saya serta di depan mata sendiri.

“Ia hanyalah momen untuk kami imbau kembali aktiviti yang pernah saya buat bersama arwah datuk ketika saya kecil. Saya juga hisap rokok daun tanpa tembakau.

“Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini,” jelasnya kepada mStar.

Sebelum ini tular sebuah video memperlihatkan sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya berusia 12 tahun menghisap rokok daun dimuat naik usahawan kontroversi itu di Instagram.

Video berkenaan menerima kecaman netizen yang menganggap Kak KM gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini

KAK KM

USAHAWAN JAMU

Bercakap lanjut, Kak KM berkata, dia masih tahu bersikap rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak.

“Saya bukannya bodoh nak beri anak hisap rokok ada tembakau.

“Dalam video tersebut anak saya hanya hisap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya.

Screen Shot 2022-03-21 at 12.31.45 PM

Kak KM hanya suka-suka bagi pengalaman merokok kepada anak.

Untuk rekod, tindakan sebegitu boleh didakwa di bawah Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan anaknya kepada amalan tidak bermoral.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *